5 Rahsia Dapatkan Bilik Hotel dan Penginapan Murah Yang Jarang Diketahui Orang

Terima kasih kepada internet, mencari bilik murah semakin mudah. Berikut adalah 5 rahsia mencari hotel murah (atau penginapan percuma) di seluruh dunia.

1. Gunakan Laman Web Rasmi Hotel

Jika anda mahukan harga bilik murah sewaktu bercuti, jangan terus berjalan masuk ke hotel. Tapi tempahlah bilik terlebih dahulu.

Mulakan pencarian bilik murah anda dengan pergi ke laman perbandingan harga seperti Wego. Di sini, buat senarai pendek hotel yang sesuai dengan bajet anda.

Kemudian pergi ke laman web rasmi hotel itu. Cari bilik pada tarikh yang sama. Pihak hotel selalunya lebih suka anda menempah melalui laman mereka, jadi kadangkala anda bukan sahaja mendapat bilik lebih murah tetapi juga sarapan percuma dan lain-lain kemudahan yang tidak diberi oleh laman pihak ketiga. Jika tawarannya lebih baik, buat booking atau call terus di laman hotel.

Jika anda malas memilih, gunakan saja Agoda untuk menempah bilik di Asia manakala Booking.com, TravelPony serta Tingo untuk destinasi lain di dunia.




2. Tidur di Hostel

bilik di monkey in the trees

Bilik yang kemas dan besih di Monkey in The Trees. Dari RM85 semalam

Ya, hostel selalu dikaitkan dengan tempat sesak dan kotor. Tetapi sterotaip ini semakin tidak relevan dengan hostel-hostel moden.

Anda mungkin rasa takut tidur bercampur dengan orang tak dikenali. Jangan risau. Apa yang kurang diketahui ramai ialah banyak hostel yang ada bilik-bilik persendirian untuk pelancong yang datang berdua atau golongan berkeluarga pada harga yang jauh lebih rendah dari hotel. Hostel juga kebanyakannya dekat dengan tempat tarikan pelancongan dan pengangkutan awam.

Bilik persendirian di hostel Bandung yang ditempah melalui HostelWorld contohnya berharga hanya RM 14.13. Harga semurah ini membolehkan anda melancong lebih lama bukan saja ke negara di Asia Tenggara, malah ke destinasi yang lebih mahal seperti Tokyo, London atau Sydney.

Nota: Warga Msia juga boleh menginap di Malaysian Hall. Harga di London ialah GBP30 (~$38.9) manakala di Sydney ialah AUD20 (~$15.25).

3. Cari Rumah untuk Keluarga

Keluarga anda besar? Jika anda kerap melancong bersama dengan keluarga, anda juga boleh berjimat jika anda gunakan rumah tumpangan atau homestay.




Di Msia, gunakan Mudah.my atau CariHomestay. Tetapi jika anda risau homestay anda berhantu, katil dipenuhi berhama atau terletak di jalan sunyi, gunakan iBilik. Berbeza dengan Mudah.my, anda boleh membaca ulasan pengunjung terdahulu dan melihat lokasinya sebelum menempah.

Ini contoh berapa yang anda jimat. Anda boleh dapatkan rumah atau apartmen penginapan untuk 10 orang di Cameron Highland dengan hanya RM 200, di Melaka dengan RM 130, atau Langkawi dengan RM 150.

Untuk homestay di luar negara, cuba guna VRBO, Rentmix atau Flipkey. Tetapi jika anda tidak kisah menerima keluarga lain di rumah anda, anda mungkin boleh mendapat rumah/homestay percuma di seluruh dunia melalui HomeExchange.

4.Dapatkan Bilik dan Makanan Percuma dengan Bekerja

ladang sayur

Salah seorang peserta WWOOF di ladang

Jika anda masih muda, sanggup bekerja keras untuk tempat tinggal, dan mahu bergaul dengan orang tempatan, cuba WWOOF.

Begini ideanya.

Anda bantu tuan rumah anda di ladang mereka selama 4-6 jam sehari. Sebagai balasan, mereka beri anda tempat tinggal dan makanan sepanjang di negara mereka. Yang menariknya, anda boleh tinggal di negara orang jauh jauh lebih lama dari biasa. Bukannya seminggu dua, tetapi mungkin sehingga satu tahun.

Bezanya, anda perlu pastikan yang anda mendapatkan visa yang sesuai kerana anda bukan pergi semata-mata untuk melancong. Contohnya jika anda di bawah 31 tahun dan mahu me-WWOOF-ing di Australia, dapatkan Visa Kerja dan Holiday.

Walaupun bunyinya menarik, jika anda lebih kuat makan dari lembu si tuan rumah, suka mandi berjam-jam dan mahukan wifi 24 jam sehari kerana ketagihan candy crush, anda tidak sesuai di ladang. Alternatif terbaik untuk anda ialah dengan ..

5. Ambil Apa Jua Penginapan Percuma

Ya, jika anda kuat tidur dan geli memerah susu tetapi mahu penginapan percuma, jangan putus asa. Harapan tetap ada.

Caranya agak mudah. Gunakan laman couchsurfing, globalfreeloaders atau travellers for travellers untuk mencari tuan rumah yang sudi memberikan anda bilik percuma.

Syaratnya satu. Jangan menolak jika ditawarkan untuk tidur di sofa, dalam van kecil atau di depan ruang tamu. Jika anda tidak kisah, anda bukan sahaja mendapat tempat tidur percuma, malah mungkin rakan baru yang boleh menunjukkan anda tempat-tempat yang jarang dilawati pelancong luar.

Jadi itulah 5 caranya mencari tempat tidur murah di Malaysia dan dunia. Yang mana satu pilihan hati ?

 

Kredit gambar: Mark Fischer , strikeael, parikramavasi, maheshwar, lazypirates

  1. aisyah says:

    perkongsian yang menarik.. boleh laa ana apply nanti jika nk bercuti keluar negara..huhuu.. (agan-agan je)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>