7 Hotel Murah di Cenang, Langkawi Utk Bajet Kecil

Bila bercakap tentang hotel di Langkawi, ramai yang cari hotel murah di Pantai Cenang. Sebabnya, pantai, tempat makan cukup dekat.

Untuk lebih memudahkan anda, berikut adalah 7 hotel murah pilihan kami di pantai Cenang, Langkawi.

Kalau anda tidak kisahkan lokasi, ini senarai hotel murah di Langkawi yang baik-baik.

1. Malibest Resort

malibest - hotel bajet cenang yang tepi laut

Jika anda dapat menginap di Malibest, lokasinya pasti mengagumkan. Anda cuma beberapa langkah sahaja dari pantai, restoran dan pelbagai kedai di sini.

Bilik dan katilnya besar, dan restoran hanya di seberang jalan. Jika anda mendapat bilik menghadap laut, anda akan tidur dengan deru ombak dan pemandangan indah dari dalam bilik.

Sayangnya, perabot di Malibest sudah lama, dan peluang untuk anda berjaya mendapatkan bilik cukup tipis. Tempah beberapa bulan awal jika mahu tidur di sini.

2. Easy Hotel

easy hotel pantai cenang - suasana dalam bilik

Jika anda datang dengan keluarga besar, bilik di sini memang ideal kerana ia bukan sahaja boleh memuatkan katil kelamin, tapi juga tambahan katil jika perlu.

Perabot dan kemudahannya agak lama. Akan tetapi tahap kebersihannya lebih baik dari kebanyakan hotel di Cenang.

Hotel pilihan Langkawi ini tersorok sedikit dari jalan utama dan berada di seberang pantai. Jadi tiada pemandangan laut yang cantik dari tingkap anda.

Tapi lokasinya masih  strategik dan harganya cukup berpatutan untuk bajet sebuah keluarga kecil.

Peluang mendapat bilik? Lebih baik dari kebanyakan hotel bajet di sini.

3. Adina Drive In Motel

adina

Untuk mereka yang berkeluarga, mungkin agak sukar mencari penginapan bajet di Cenang dengan harga di bawah RM 180 untuk 4 orang.

Tapi Adina Drive In Motel ada hampir semua yang anda inginkan. Ia tidak berada di jalan besar, jadi suasananya lebih tenang dan selamat untuk anak kecil. Ada kolam renang untuk anda beristirehat, manakala pantai juga dalam jarak jalan kaki.

Pendek kata jika anda datang dengan pasangan dan ada 2 anak kecil, ini antara penginapan murah di Cenang yang kami syorkan untuk anda.

4. Pondok Muara Chalet

pondok muara chalet langkawi

Bilik di Pondok Muara Chalet lebih baik dari kebanyakan motel dan chalet murah di kawasan Pantai Cenang.

Akan tetapi, ia bukan di tepi pantai. Anda perlu berjalan kira-kira 15 minit atau memandu sekitar 5 minit untuk ke pantai.

Tapi jangan gusar. Harganya lebih murah dari kebanyakan penginapan di Cenang dan dengan pemandangan sawah padi, anda akan dapati ia antara pilihan yang menarik yang ada di kawasan ini.

5. Landcons Hotel

suasana pool di hotel landcons cenang

Landcons Hotel yang mempunyai lebih 50 bilik adalah antara hotel murah utama di kawasan Pantai Cenang. Langkawi.

Anda perlu melintas jalan untuk ke pantai. Akan tetapi, Underwater World Langkawi serta kedai makan dan lain-lain cukup dekat dengan hotel ini.

Dan untuk sebuah penginapan bajet, anda juga mendapat bonus kolam renang di dalam kawasan hotel — ideal untuk mereka yang datang dengan anak kecil.

Cuma sayangnya walaupun ianya hotel, tiada sarapan disediakan.

6. Cenang Memories Motel

cenang memories bajet hotel di cenang

Motel ini dalam jarak 20 minit jalan kaki ke Pantai Cenang. Jadi jika anda betul-betul ingin menginap di tepi pantai, ia bukan motel yang ideal.

Akan tetapi, bilik di sini memang dibuat untuk keluarga. Sebuah bilik keluarga boleh memuatkan 4 orang, dan bilik datang dengan balkoni.

Pemiliknya lebih mesra pengunjung dan trip island hopping dan skuter boleh ditempah di sini melalui beliau.

7. Fave Hotel

fave

Kami tutup hotel bajet di Cenang pilihan kami dengan Fave Hotel.

Jika anda datang untuk bulan madu dan inginkan hotel baru, moden dan bersih, pilihlah Fave hotel.

Akan tetapi harganya agak premium (walaupun ianya dahulu tidak semahal ini) dan kurang sesuai jika anda lebih banyak menghabiskan masa di luar dari di dalam bilik.

Jika anda menempah dengan sarapan, anda boleh memilih sarapan Barat atau Timur. WIFI percuma, kolam renang tersedia dan kedai kopi ada di dalam hotel untuk keselesaan anda.

Nah! Sekarang yang mana satu pilihan hati?

Apa Lagi Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami