Soluna Guest House Langkawi — Penginapan Bajet Murahnya Kaw!Kaw!

Anda mungkin tak pernah mendengar Soluna Guest House. Sebabnya senang -- tempat ini tiada di Agoda atau di Booking.com

Harga bilik bajet untuk penginapan yang dekat dengan pantai Cenang ini memeranjatkan. Dari RM 20 untuk dorm (kongsi bilik air ya?).

Ini kawasan luar porch.

solunaout

Layan tidur petang-petang memang best.

soluna-hammock

Tempat ala kampung ini dekat dengan pantai Cenang. Dalam 10 minit jalan kaki. Tapi disebabkan ia bukan di jalan utama, ia jauh lebih menenangkan.

solunayard

Ini bilik biasa kalau anda datang dengan suami atau isteri dan tidak mahu berkongsi bilik air. Harga bilik semasa artikel ini ditulis — RM 75.

solunabilik3

Dorm — RM 20. Sesuai kalau datang ramai, tapi bajet kurang cantik. Yang anda lihat ialah suasana bila kumpulan dah check-in. Belum apa-apa sudah bersepah yo!

soluna-dorm

Tempat minum-minum petang dan duduk bersembang.

soluna-makan

Signboard ke Soluna.
soluna-kawasan

Jadi, kalau bajet anda di Langkawi kecil. Tapi masih mahu penginapan murah di Cenang, cuba Soluna Guest house.

NOTA: Kebanyakan yang menginap di sini ialah pelancong luar negara.

Alamat : Lot 1560 Jalan Bohor Tempoyak, Langkawi
Laman Web : Soluna Guest House
Cara Booking : Tempahan hanya dengan email – hantar ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>