Sweet!! 15 Tempat Menarik di Langkawi & Idea Masa Honeymoon

Nak honeymoon di Langkawi? Best idea tu. Tapi sebab cuti ini mesti special, mesti romantik, kami nak tolong beri idea untuk trip bulan madu tu.

Ini kami senaraikan 15 tempat menarik, aktiviti atau tips untuk bulan madu anda di Pulau Langkawi ini. Kami bagi anggaran harga, jadi pilih je aktiviti honeymoon yang sesuai ikut bajet yang ada.

Jom mula.

1.Cari Bilik Hotel Yang Ada Jakuzi

bilik hotel suite bahagia dengan jakuzi

Bilik di hotel Bahagia, Kuah yang ada private jakuzzi dalam bilik

Mahal, tapi berbaloi.

Kalau anda mahu honeymoon hotel yang romantik lagi mewah, cari bilik yang ada kolam renang private (macam La Villa atau Datai).

Kalau bajet kurang, cari yang ada jakuzzi indoor. Dah letih berjalan, kan seronok berjakuzi berdua dalam bilik?

Bilik berjakuzzi bermula dari RM 350 semalam di Hotel Bahagia sehinggalah beberapa ribu ringgit di Datai.

Anggaran Kos Berdua : RM 350 ke atas satu malam

2. Naik Kereta Kabel

kereta kabel langkawi

Wajib naik kereta kabel Langkawi — walaupun sekali seumur hidup

Jantung mungkin berhenti sekejap, tapi sah seronok.

Tau mengapa ni wajib naik kereta kabel ni? Pertama, sebab boleh tengok pemandangan Langkawi sampai ke Thailand.

Dan kedua,sebab kajian sains sahkan yang bila jantung kita berdegup kencang, kita akan lebih tertarik dgn orang yang ada di sebelah kita. Iye!

Boleh juga datang petang, sebab boleh layan matahari terbenam dari atas puncak gunung Mat Chincang.

Anggaran Kos Berdua : dari RM 60

3. Tunggang Kuda Tepi Pantai

 

Boleh tunggang kuda di pantai, jalan kampung atau naik gunung

Boleh tunggang kuda di pantai, jalan kampung atau naik gunung

Selalu tengok je orang naik kuda. Tapi jarang naik kan?

Nanti kalau dah ada baby, confirm dah tak ada peluang nak naik. Jadi kami sarankan anda berdua naik kuda masa honeymoon.

Kalau tak jumpa kuda di tepi pantai, boleh tempah kuda dengan Island Horses

Anggaran Kos Berdua: RM 120 ++

4. Manjakan Badan di Spa

four season langkawi spa
Masa honeymoon, badan kena jaga, ye tak?

Jadi kami sarankan anda ke spa sekurang-kurangnya sekali semasa di sini.

Ada banyak spa yang anda boleh cuba di pekan Kuah atau Pantai Cenang.

Tapi kalau bajet besar, boleh saja buat full body massage di hotel.

Anggaran Kos Berdua: RM 100 ++

5. Rasa Syoknya Cruise Senja

sunset cruise langkawi

Ada banyak Sunset Cruise di Langkawi. Boleh tempah online atau beli di Pantai Chenang

Bayangkan anda duduk berdua di atas bot, sambil terasa sejuk angin laut meniup rambut.

Yang tersayang pegang erat tangan anda, dan bisikkan, I sayang u. Langit pula masa itu warna merah-purple sebab matahari tengah terbenam. Aih, romantik sangat kalau naik cruise senja begini.

Anda boleh berseronok 3 jam di laut. Makanan pun siap sekali. Dan walaupun ada alkohol dalam bot, makanan laut dan air soda/mineral ada dihidang untuk orang Islam.

Untuk bot moden, naik dengan Naam Adventures. Kalau mahu bot yang lebih adventure sikit dan makanan pun lebih mesra orang Islam, cuba Tropical Sunset Cruise.

Anggaran Kos Berdua : RM 550 ke atas

6. Dinner Kat Tengah Sawah

dinner langkawi

Seashell Restaurant di Laman Padi. Harga murah untuk pengalaman special begini

Sepanjang hidup anda, berapa kali anda makan kat tengah sawah padi?

Kalau nak dinner yang best, boleh layan makan malam romantic kat Seashell Restaurant. Tempah meja kat tengah sawah. Lauk sedap, suasana pun best.

Cuma kalau hari hujan, jangan ambil yang di tengah sawah sebab banyak nyamuk huhu ..

Anggaran Kos Berdua : RM 50 ++

7. Jalan-Jalan Pasar Malam

pasar malam kuah langkawi

Boleh cuba banyak makanan Siam ada di pasar malam Langkawi

Kalau nak tapau makanan, cuba layan pasar malam Langkawi.

Jalan-jalan pegang tangan, boleh lah tau taste pasangan kita – suka yang pedas ke, suka yang manis ke – makan tu, tak suka makan ni ke?

Pasar Malam Langkawi ada setiap hari. Tapi yang paling besar ada di Kuah – tiap-tiap Rabu dan Sabtu.

Anggaran Kos Berdua : RM 30++

8. Tengok Wayang Atas Bumbung

nest rooftop langkawi

Pemandangan dari Rooftop. Book dulu kalau datang musim cuti.

Kalau tak kisah tidur lewat, anda boleh tengok wayang di open air cinema Nest Rooftop, Pantai Cenang ni.

Wayang di sini berbeza sebab dipanggil the Silent Cinema. Anda bakal tonton movie di atas bangunan, di tepi pantai Cenang, dengan headphone.

Boleh datang awal untuk makan malam di sini. Movie night cuma ada pada Isnin & Selasa, pukul 9 ke atas. Telefon atau SMS 017-229 1063 untuk tempahan.

Anggaran Kos Berdua : RM 10 (untuk 2 headset)

9. Piknik Tepi Pantai

piknik di cenangSalah satu yang jarang dibuat couple yang honeymoon kat Langkawi ialah picnic.

Boleh saja beli roti, air, sedikit makanan dan picnic berdua kat tepi pantai.

Pantai yang menjadi tempat kebiasaan di Langkawi ialah Pantai Cenang. Tapi kalau nak yang privacy lebih, boleh layan picnic di Pantai Tengah.

Untuk pemandangan paling cantik, piknik di Pantai Tanjung Rhu – tapi agak jauh dan leceh kena lalu pondok pengawal.

Anggaran Kos Berdua : RM 30 ++

10. Enjoy View Tasik Dayang Bunting

tasik dayang bunting botYang ini kena tenaga, dan ambil masa separuh hari. Jadi plan betul-betul.

Tempah trip island hopping di Pantai Cenang atau dengan agen di airport/terminal feri dan bersedia untuk siap-siap awal pagi.

Dari jeti ke Tasik Dayang Bunting, memang anda kena naik tangga dan jalannya agak berbukit, jadi tenaga perlu ada.

Dan sebab anda bakal melawat ke pulau lain, trip ini memenatkan. Tapi ia lebih murah jika dibandingkan dengan naik cruise senja.

Anggaran Kos Berdua : RM 90 ++

11. Kendali Kayak Lalu Paya

langkawi kayakKalau anda mahu menguji sabar partner anda, cuba berkayak. Dapat juga untuk tengok sejauh mana anda berdua boleh bertolak ansur.

Trip berkayak di Langkawi bakal masuk ke hutan paya dan gua. Trip ini pun akan mengambil masa separuh hari, tapi kos selalunya siap dengan makan tengahari.

Harga tak murah, dan tenaga pun banyak perlu dipakai. Jadi hanya sesuai kalau anda berdua ada bajet dan tidak kisah basah dan kotor.

Anggaran Kos Berdua : RM 450 ++

12. Candle Light Dinner Tepi Laut

cande light dinner di dataiIni aktiviti wajib semua pasangan berbulan madu di Langkawi.

Kalau anda tidur di hotel mewah macam di Andaman, ini biasanya diatur orang hotel. Tapi kalau tidak, anda boleh cari sendiri di Cenang atau Pantai Tengah.

Untuk makluman, candle light dinner di Casa Del Mar dianggap tempat makan malam tepi laut yang terbaik. The Cliff tempat paling kerap diambil orang kerana viewnya cantik (tapi banyak yang merungut tentang rasa makanan).

Dan tempat antara yang murah – di Sambaria (dlm Sandy Beach Motel).

Kos Berdua : RM 250 ++

13. Ambil Angin Kat Dataran Lang

dataran lang malam

Tak semua aktiviti masa honeymoon perlu mahal.

Boleh juga datang waktu petang atau malam ke Lang Square kalau setakat mahu rasa bayu laut atau kalau mahu bergambar.

Dah nama pun ikon Langkawi, perlulah ada satu dua gambar dengan helang besar ni ye tak?

Anggaran Kos Berdua : Percuma

14. Snorkeling Di Pulau Payar

snorkeling di pulau payarIni antara tempat snorkeling paling happening di Langkawi.

Dan memorinya mesti melekat sampai bila-bila sebab banyak ikan jinak-jinak yang bakal mengerumun anda anda.

Biasanya ada 2 jenis trip. Satu di tepi pantai, lebih murah dan sesuai kalau skill renang anda suam-suam kuku. Satu lagi di tengah platform di laut, untuk yang mahu lihat terumbu karang dan renang puas-puas.

Dua-dua trip biasanya datang dengan set makan tengah hari. Boleh beli di kawasan Cenang atau tempah online dengan Naam.

Anggaran Kos Berdua : RM 550++

15. Pergi Koh Lipe

koh lipeYa. Dari Langkawi, boleh juga ke Koh Lipe, Thailand. Cuma sediakan duit dan passport.

Koh Lipe tidaklah jauh sangat. Kalau dengan feri, makan masa masa 1 jam 30 min.

Kalau mahu menginap, boleh tempah bilik. Tapi ramai juga yang balik hari. Boleh naik dengan Tropical Charters atau kat Telaga Harbour.

Di Koh Lipe, boleh layan makanan Siam, jelajah pulau atau rasa urutan Thai. Boleh rujuk kat Sajionline tips lanjut.

Ha! Jangan cakap abam tak bawak oversea masa honeymoon ini!

Anggaran Kos Berdua : RM 360 ++ (tiket pergi balik dengan Tropical Charters)

Akhir kata, plan awal-awal kalau nak ke Langkawi.

Elak datang semasa LIMA, Tahun Baru Cina atau semasa  Le Tour de Langkawi. Sebab bilik penuh, orang ramai dan jalan sesak. Honeymoon anda bakal jadi sangat mahal dan tak romantik.

Plan, plan, plan. Kalau nak tempat menarik Langkawi ini romantik, selain duit, planning pun perkara no 1.

Moga honeymoon kat Langkawi jadi kenangan terindah, paling special, paling manis dalam hidup anda.

Ada tempat yang kami tertinggal? Tolong share kat bawah.
Kredit gambar : Ironman, Langkawi Info, Flyer2U, Wee Lau, Raymond Tan, Langkawi.sg, LangkawiLink, TheDatai, Azfar Ahmad, Kate Machine, LiseyKina

Apa Lagi Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>