Yeay!! 13 Tempat Menarik di Melaka Untuk Kanak-Kanak

Tarikan di Melaka dekat-dekat dan banyak.

Tapi antara semua tempat tarikan yang ada, ini senarai 13 tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak yang lebih baik dari kebanyakan yang ada.

Jom kita layan tarikan pertama.

1. A Famosa Resort

Kredit

Kredit via eiza.blogspot.my

Kalau anda habiskan masa hujung minggu dengan anak-anak di A Famosa Resort pun sudah cukup – sebab tempat ini luas, dan lengkap dengan Safari dan Taman Tema Air yang cukup untuk anda sekeluarga di sini.

Cuma kami sarankan datang pada hujung minggu atau cuti sekolah sebab tempat ini lengang pada waktu biasa.

Dan kalau mahu ke sini dengan keluarga sediakan poket tebal. Bukan apa, anda mungkin letih dan mahu makan saja di resort, sebab tempat makan best di Melaka pun jauh.

Lokasi : Simpang Ampat
Masa Terbaik Datang: Sepanjang Hari Minggu

2. Melaka Night Safari

Kalau anda ke Melaka dengan anak, Zoo Melaka memang tempat tarikan wajib tuju. Tapi kalau anda datang pada cuti sekolah atau hujung minggu, datang pada waktu malam dan layan Melaka Night Safari.

Bila malam, haiwan lebih aktif. Cuma anda kena tahan nyamuk dan makan awal. Bukan apa, zoo ini besar dan night safari pun bermula pukul 8 malam.

Lokasi : Ayer Keroh
Masa Terbaik Datang: Malam

3. The Shore

Sumber: Tiada info

Sumber: Tiada info

Kalau anda mahu anak anda merasa berjalan atas jambatan kaca dari atas bangunan – datang ke Shore Tower.

Tapi selain pemandangan dan berselfie, tidak banyak yang boleh di buat di sini.

Tempat ini pun bukan untuk orang yang gayat. Jadi sebelum datang, pastikan anak anda okay. Kalau tidak, rugi duit tiket.

Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Pagi

4. River Cruise

Tak sah ke Melaka dengan anak kalau tak naik bot River Cruise.

Kami sarankan anda naik bot pada waktu malam sebab lampu-lampu dari Kampung Morten dan jambatan sepanjang sungai yang berkelip-kelip memang mempesona betul.

Angin sungai pun lebih best dan cuaca pun tak panas. Cuma kalau datang dengan kanak-kanak yang aktif, anda kena jaga-jaga lebih.

Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Malam

5. Planetarium

planetarium-melaka
Kalau anda sudah letih dengan tarikan Melaka yang kebanyakannya tarikan bersejarah, dan anda mahukan tempat menarik kanak-kanak yang educational, ada Planetarium Melaka.

Kali ini, tarikannya bukan lagi bangunan lama, tapi planet atas sana.

Cuma lokasinya di Ayer Keroh, jadi kalau anda menginap di pusat Bandar, rancang ke sini elok-elok sebab jalan semasa cuti sekolah selalunya jem.

Lokasi : Ayer Keroh
Masa Terbaik Datang: Pagi

6. Mamee House

mamee jonker house

Anak anda boleh melihat &Β membuat sendiri mamee mereka di sini

Ha! Yang ini kena hati-hati, takut anak nak makan Mamee tiap-tiap hari.

Tapi kalau anda mahu lihat sendiri bagaimana snek Mamee dibuat, anda & anak-anak mesti seronok.

Kalau anda lapar, boleh rasa mee goreng segera yang original datang dari dapur Mamee sendiri.

Tempat ini pun di kawasan Jonker Walk. Jadi alang-alang sudah ke sini , anda boleh saja shopping barang cenderamata di kedai-kedai di tepi jalan.

Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Pagi/Tengah Hari

7. Menara Taming Sari

Gambar: Sham Hardy

Gambar: Sham Hardy

Kalau The Shore menakutkan untuk anak anda, tapi anda mahu mereka melihat Melaka dari atas, cuba Menara Taming Sari.

Menara yang naik perlahan-lahan ini terasa lebih selamat, dan masanya pun tidak berapa lama. Jadi tiada masalah anak-anak menjerit gayat.

Cuma kalau anak anda tidak boleh duduk diam, ia mungkin merunsingkan sebab semua orang diberi tempat duduk sendiri.

Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Pagi

8. Muzium Kesultanan Melaka

Kalau anak anda di bawah 10 tahun, tempat ini mungkin membosankan. Tapi ini tarikan Melaka yang ilmiah kalau anak anda sukakan sejarah dan anda pula pandai bercerita.

Kami sarankan anda ke sini selepas anda sudah makan di Mahkota Parade. Bawa air mineral sebab anda bakal banyak berjalan.

Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Tengah Hari

9. Rumah Terbalik

rumah terbalik Melaka

Dunia dah terbalik

Untuk generasi yang suka berinstagram dan berselfie, bergambar di rumah terbalik memang best. Banyak aksi untuk anak anda posing-posing di sini.

Tapi kami sarankan datang awal pagi atau jangan datang langsung. Bukan apa, saiznya terhad dan bila tempat ini sudah mula sesak dengan orang, peluang bergambar pun kurang.

Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Pagi

10. Muzium Lebah Sedunia

beefarm-melaka
Kalau anda ke Melaka dengan anak, jangan lupa ke Muzium Lebah Sedunia.

Pertama sebab harga tiketnya percuma, dan kedua sebab tak banyak muzium begini di Malaysia.

Kalau anda dan anak cuma tahu lebah dan madu, muzium lebah bakal buka mata semua. Ada madu dan cuka epal madu kalau anda mahu produk yang datang terus dari ladang.

Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Tengah Hari

11. Bas Hop On Hop Off

Ramai anak-anak sekarang yang tak pernah merasa naik bas. Jadi kalau ke Melaka, apa kata anda naik bas Hop On Hop Off dan bawa mereka ke tingkat 2 London Bus yang tak berbumbung.

Kalau anda mahu melawat kawasan bandar, anda boleh naik pada waktu petang.

Tapi kalau anda cuma mahu bersantai mahu melihat suasana malam, pun tiada masalah sebab bas beroperasi sehingga pukul 10 malam.

Harga tiket pun murah — cuma RM 2.50 untuk kanak-kanak.

Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Petang

 

12. Pantai Klebang

Kredit

Kredit via i1os.com

Datang bercuti dengan anak meletihkan. Jadi kalau anda mahu tarikan anak-anak yang mana anda boleh duduk berehat, dan mereka bebas berlari ke sana-sini, datang ke Pantai Klebang.

Untuk anak kecil, ada dataran dengan permainan kereta bateri. Tapi kalau anak anda sudah besar, ada kawasan pasir putih luas untuk mereka berlari puas-puas atau bermain layang-layang.

Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Petang/Malam

13. Muzium Kapal Selam

Kredit: Mynikfoto

Kredit: Mynikfoto

Akhir sekali kami tutup tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak dengan muzium rare yang ada hanya satu saja di Malaysia – Muzium Kapal Selam.

Alang-alang anda di Klebang, jangan lupa lawat kapal perang ini.

Kalau dulu anda cuma boleh melihat dari luar, sekarang anda dan anak-anak boleh masuk melihat ke dalam. Kalau nak adventurous lagi, boleh tidur dalam tempat ini (Cuma kena booking dulu).

Lokasi : Bandar Melaka
Masa Terbaik Datang: Petang

Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak. Tapi kami saring betul-betul supaya tarikan ini praktikal untuk anda yang datang dalam masa yang singkat semasa cuti sekolah.

Kalau harga tiket tarikan yang mahal masalah anda, kami sarankan anda dan anak habiskan masa di Pantai Klebang, naik bas London dan masuk ke muzium lebah Sedunia saja.

Anda ada idea lain? Share dengan kami.

  1. mas balqis says:

    Firt time nk bwk anak2 pegi jln2 di melaka cuti sek akan dtg ni..byk jgak tpt2 menarik nk kena pegi ni..

  2. mas balqis says:

    Firstime nk bwk ank gi jln2 melaka cuti sek ni..byk jgak tpt menarik yg nk pegi ni..

    • Iskandar Suhaimi says:

      Kami tgh cuba siapkan list penginapan family. Tapi belum dpt release lagi dlm masa terdekat. Insyaallah x lama lagi ya cik Atyn

    • Iskandar Suhaimi says:

      Ye Ed, cuma sygnya harga tempat2 ni dah naik mencanak2 2-3 tahun kebelakangan ni

  3. Nani Syahidah Ninggal says:

    Terima kasih beri info yang bagus utk bawa anak2 bercuti di Melaka. Jazakallah khaira kasira..😍

    • Iskandar Suhaimi says:

      No prob sis Nani. Kalau info kami ada membantu, itu dah capai misi kami. Enjoy your holiday sis πŸ™‚ !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>