Tahu Tak? 5 Tip Mengelak Bilik Hotel Berhantu di Malaysia

Hampir semua hotel di berhantu. Tetapi beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan makhluk ini.

Bukan apa. Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk emel. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam.

Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 3 anak yang asyik bergaduh, anda mengganggu mereka. Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang disakat di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak.

1. Elak Resort Terpencil

Amber Court

Gambar di atas ialah gambar yang diletak dalam iklan. Gambar di bawah ialah keadaan sebenar.
Kredit: Azhafizah

Ada banyak resort di yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Contohnya Resort Tok Senik, Langkawi. Ada juga hotel yang nun jauh di atas bukit seperti First World Hotel di Genting.

Ada resort terpencil di yang selalu terjadi kes chalet misteri kerap terbakar. Ada juga yang sebenarnya tapak markas tentera Jepun pada zaman perang dunia.

Mengapa anda pilih tempat sebegini? Mengapa pula pilih untuk bercuti di kawasan peranginan yang berhantu seperti Genting?

Hotel First World, Genting memang dikatakan berhantu sehingga ia diletak dalam senarai 15 hotel paling berhantu di dunia oleh Yahoo Travel.

Ada lebih 6,000 bilik di sini. Dengan bilik sebanyak ini, dan dengan tetamu yang ramai, anda pastikah yang suara orang bergaduh dari bilik sebelah anda itu suara manusia? Dan bolehkah anda pastikan wanita tua menyapu koridor yang menyapa anda itu bukan hantu ?

Amber Court, Apartmen Ria dan penginapan lain di Genting juga terkenal dengan entiti yang suka mengacau. Bukan apa. Tempat itu tidak baik dan selalu diguna untuk benda tidak baik.

2. Jaga-jaga dengan Hotel Bersejarah

Hotel bersejarah adalah hotel yang lebih tua dari moyang anda. Contohnya hotel Cheong Fatt Tze dan E&O di Pulau Pinang serta hotel Majestic di Kuala Lumpur.

Hotel-hotel ini diminati kerana taraf 5 bintang dan gaya kolonialnya. Tapi, usia yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia — tak kiralah bersejarah atau tragis.

Hotel Majestic Kuala Lumpur kini adalah hotel 5 bintang ternama di Kuala Lumpur.

Hotel Majestic Kuala Lumpur kini adalah hotel 5 bintang ternama di Kuala Lumpur.

Hotel Majestic contohnya telah ditutup pada tahun 1984 sebelum dinaik taraf dan dibuka semula selepas tiada penghuni selama 28 tahun.

Sewaktu Jepun kalah perang dunia, tentera Jepun yang membunuh diri dengan menusuk pedang mereka ke badan sendiri di hotel ini. juga orang-orang Inggeris yang sangat suka tinggal di sini sehingga mereka meninggal dunia di dalam bilik di hotel.

Sewaktu ia ditutup, kakitangan KTM dikatakan sering melihat kelibat lelaki berpakaian Jepun memandang jauh ke arah jalan melalui tingkap salah satu bilik di situ.

3. Jika Bilik Penuh, Cari Saja Hotel Lain

Peluang anda bertemu si penunggu cukup tinggi jika anda buat benda di bawah.

Datang ke resort tergesa-gesa, tanpa tempahan, semasa hari sudah malam — dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong.

Kerana tidak tahan dengan perangai anda, akhirnya, selepas beberapa minit mengetuk keyboard komputer, staff hotel itu berkata pada anda,

“Jika encik tidak kisah, kami ada satu bilik untuk encik.”

Tahniah! Anda baru saja menempah tiket vip untuk berjumpa hantu di bilik nanti.

Di dalam hampir semua hotel, ada bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu.

Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap dijumpai makhluk halus atau tempat di letaknya patung2 keagamaan orang Cina yang di simpan untuk membuang sial atau makhluk halus di hotel.

Jika penyambut tetamu katakan pada anda yang bilik sudah tiada, mengapa pula selepas beberapa minit mengetuk keyboard, dia akhirnya terjumpa dengan bilik kosong?

Anda susahkan dia. Kini giliran anda pula untuk susahkan.

4. Bilik Pelik? Minta Yang Lain

katil berselerak

Jangan kompromi dengan bilik yang kelihatan terusik

Tanda awal yang bilik anda dihuni makhluk lain ialah bila anda masuk, bilik anda berbau pelik, berselerak, atau lebih sejuk dari biasa.

Ada juga yang tidak berselerak. Cuma bila anda masuk, anda lihat lantai basah — seperti ada orang baru keluar dari bilik air.

Mungkin housekeeping kekurangan staff hari itu. Tapi amat jarang bilik diberi tanpa diperiksa dahulu.

Jika anda masuk dan bilik anda berselerak teruk — contohnya selimut di lantai, pintu almari ternganga, atau ada daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi.

Walaupun apa alasan yang diberi pihak hotel, minta bilik lain.

Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya.

5. Adab Bila Senja

Sebelum senja, ajak anak masuk. Jangan lagi biar mereka mandi-manda dan menjerit-jerit di kolam renang. Anda pun, jika sedang mengandung atau baru habis berpantang, jangan berani sangat.

Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama jika balkoni bilik anda menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang menjulang tinggi.

Banyak kes makhluk berbaju kurung moden terbang masuk melalui balkoni.

Ini kisah seorang tetamu sebuah hotel tepi laut seperti yang diceritakan dalam thread mengenai hotel berhantu di forum Cari.

Our room facing the sea. balcony. Memalam nak tido, aku ni tah aper je gi bukak sliding door. Biar open. Angin masuk best je.

Tengah aku best renung2 laut try nak tgk lautan waktu malam (walhal mmg gelap takkan nampak), tetiber kain sangkut kat muka aku. Aku ok lagi. Aku tolak tepi coz for sure langsir — coz aku diri dekat ngan langsir. Pastu kain serkup muka aku lagi. Aku tolak lagi until aku sedar. Kain tu kain putih. Then aku dah gigil. Aku undur aku pusing je — perempuan diri depan aku tapi tak show muka. Cuma rambut panjang sampai lantai — ketawa. Terus pengsan. Sedar2 kwn aku dah balik. Aku diam je. Esok pagi terus checkout. Tak sanggup aku.”

(nota: Petikan telah di edit tatabahasanya)

Sebenarnya, banyak hotel yang berhantu di Malaysia. Di tempat lain di seluruh dunia pun begitu. Malah, kemungkinan juga hotel yang baru anda tempah pun makhluk tak diundang.

Apapun, kami harap anda kini lebih bijak memilih bilik. Jika anda ternampak kertas di kaunter -in yang tertulis “Jangan jual bilik-bilik ini, melainkan jika pelanggan desak sangat”, kini anda tahu mengapa.

Anda ada tips lain? Atau ada pengalaman di kacau hantu di hotel ? Jom share!

Kredit gambar: BangorArt

  1. Setakat ini…memang tak pernah alami gangguan kat mana2 hotel yg pernah aku dan fmly aku tempah dan duduki. Walaupun ada hotel mcm spooky and old fashioned, kdg2 buat meremang bulu roma kat tengkuk..tapi as Muslim aku berdoa dan bertawakkal.

    Just nak share dan sama2 ingat mengingatkan for those yg nak ddk kat satu2 tempat mcm ni. especially yg Muslim la, ngandung ke, ada bw anak kecik ke… sebelum jejak kaki masuk lobi atau masuk kwsn hotel tu… start la baca ayat2 suci Quran terutama ayat lazim utk elak menda2 mcm ni… cth, start dgn AL-Fatihah, ayat2 awal Al-Baqarah dan ayat Qursi (yg ni biasanya aku ulang byk kali part “wala ya’uduhu hiffzuhuma” tu.

    Begitu juga bila dah dpt bilik n nak masuk bilik tu… selawat skali dll. masuk kaki kanan. baca bismillah 21x. InshaaAllah dgn niat baik, Allah berkati. 🙂

  2. Nk share jugak pengalaman diganggu ni.. Jadi kat satu hotel di bandung. Lokasi hotel ni di tengah2 pekan, berdepan tempat shopping yg kalau sy sebut mmg semua akan tau. Hotelnya ok cantik interior nya jgk baru. Sy ke sana menyertai seminar sebenarnya, sy ditempatkan di tingkat 9, hotel ni ada 10 tingkat, tingkat atas rasanya penthouse.

    Hari pertama sy ditempatkan bersama seorang rakan tp rakan sy ni berkerja jd dia cuma akan turut menyertai seminar kami keesokkan harinya.. Utk pengetahuan semua bilik sy ni bilik yg paling hujung tp dh lupa no bilik. Disebabkan rakan sebilik sy tidak ada, sy diteman oleh tour guide lina namanya.. Sgt friendly..jd kami berbual dan berkongsi cerita masing2… Sebelah bilik sy bilik 2 org lagi peserta seminar. Sewaktu sy dan lina sedang berbual..pintu bilik kami diketuk.. 2 peserta yg tinggal dibilik sebelah kata mereka kami berbual dan ketawa sgt kuat..

    Sebenarnya pelik jgk, mustahil bilik sebelah dpt mendengar perbualan kami kerana lina sedang sakit tekak..suaranya hilang. Jadi dia nk bercakap pun adakalanya sy x dpt dgr dgn jelas..tp sbb tak nk panjangkan cerita kami minta maaf dan masing2 tidur.

    Keesokan hari, selepas kursus sesi pertama kami dibenarkan balik ke bilik masing2 sementara menantikan sesi kedua bermula. Sy balik ke bilik sendiri, lina dh balik ke bilik dia sbb harini kawan sebilik sy akan mula mengikuti seminar kami. Sy baring di atas katil dan terlelap. Tetapi selepas setengah jam terlelap ibu jari kaki sy disentap membuatkan sy terkejut. Sy amat pasti ibu jari kaki sy ditarik oleh sesuatu. Bulu roma sy semua naik bila sy lihat sekeliling bilik. Sy cepat2 keluar dari bilik.

    Selesai sesi kedua seminar, sy dimaklumkan rakan sebilik sy tertinggal pesawat jd maknanya sy tidak akan mempunya teman sebilik sepanjang seminar berlansung. Mungkin risaukan sy.. Rakan bilik sebelah mengajak sy tidur dgn mereka . Sy pun mmg x berani nk tidur sendiri sebenarnya jd sy decide utk terima pelawaan mereka. Sy ingat bila bertiga xdalah sy dikacau lg..tp a

    Sy silap..bukan cuma sy tp kami bertiga tidak dpt tidur mlm itu.. Semasa sy dlm bilik rakan sebelah ni..dari dlm tandas sy dgr buntyi perbualan 2 org perempuan, buah butir perbualan mereka sybx jelas tp mmg dpt dgr ada conversation diantara 2 wanita. Perbualan tersebut dgrnya datang dari bilik sebelah..yg bermakna bilik saya..tp bilik tu xda penghuni. Sedang sy cuba mengamati perbualan yg sy dgr.. Sy dgr ada suara berbisik ke telinga kanan sy.. Sy tersentak tapi sy abaikan..sekali lagi bisikan tersebut sy dgr di telinga kanan sy.. Kali ni bulu roma sy tegak berdiri.. Sy cepat2 keluar dari tandas..

    Sepanjang mlm kami bertiga diganggu.. Kami dgr bunyi pintu bilik sy dihempas kuat, bunyi perabot dialih.. Semakin lewat semakin banyak gangguan yg kami terima, dalam jam 1.30 pagi telefon bilik kami berbunyi..slah seorang dari kami mengangkat tp bila kami jawab kami cuma dgr hembusan nafas dari dalam talian…belum sempat kami matikan talian..telefon dibilik sy pula berdering.. Diikuti dgn bunyi door bell. Kami cuba ignore semua gangguan tersebut tp dlm hati tuhan ajelah yg tau perasaan kami. Dlm jam 4 pagi.. Salah seorang rakan sy nk pegi ke tandas.. Jd kawan yg sorang lg temankan..

    Selepas menunaikan hajat mereka kembali semula di katil..tiba2 ada bunyi air paip terbuka.. Sy assume 2 kawan sy td terlupa nk tutup air.. Kami saling pandang 1 sama lain..mmg cuba berfikiran positif tp x boleh. Sy bgtau mereka..” Xpelah.. X payah tutup air tu..dia nk melimpah sampai pagi pun biarlah..” dlm hati sy berdoa minta2 la mmg diaorg lupa tutup air…but guess what..selang 3 minit air paip tu tertutup sendiri..diiringi dgn hempasan pintu. Tak mungkin angin..sbb xda satu sumber angin yg terbuka. Kami berpelukan dan keeaokkan harinya kami minta tukar.bilik. tak sanggup!!

    • Wan Mohd Fareez says:

      Hotel mne tu ? Sy pon pernah jugak kene kacau masa tido hotel dekat bandung . Mmg betul2 tgh bandar hotel tu. Lupa lah nama hotel tu.

      Masa tu dalam pukul 1 pagi. Sy ngan cousin belum tido lagi . Tgh main phone sambil charge. Depan mata direct boleh nampak pintu bilik yg jaraknya dlm 5-6 langkah.

      Pastu tiba2 pintu bilik air tu terbuka sendiri. Sy ingat time tu sy org terakhir guna toilet tu mmg dah tutup betul2. Mcm pelik la kalau nk kata terbuka sendiri. Tambahan pulak pintu tu kalau nk buka nanti ada bunyi kat tombol mungkin sebab dah lama. Masa tu takde bunyi apa2 then terus terbuka. Nasib baik tu je 😅

  3. Sutera unggu says:

    Cerita ni….. Cerita masa aku bekerja sebagai pramugari MAS.. Bila buat penerbangan domestik…. Selalunya 6 hari terbang, tido hotel merata2 … Dari sabah sarawak sampai le ke penang, masa tu aku buat penerbangan yg 6 hari tu…dari kuching hilton next malam penang ,kira yg tu last flight sebelum balik KL.

    Nak jadi cerita aku demam, hari ke 6 tu, malam tu kami tido di Penang – Hotel Novotel. Sampai je hotel, aku dah tak larat nak basuh muka cuci make up segala, dengan uniform kebaya tu ,dengan rambut bersanggul, dengan handbag ,cabin bag trolley tu,macamana aku masuk bilik tutup pintu, punya lah rasa tak sihat. Aku terus tido atas katil. Masa tu sampai jam 2 ke 3 tengahari.

    Aku terjaga sebab ada kain ala2 sepoi bahasa dihembus angin dok kipas2 ala2 libas2 muka aku ni….buka mata…. gelapnyaaa dah malam rupanya… lampu tak on aircond tak on,tapi terasa sejuk sampai ke tulang( sebab aku dah sakit melampau) Tiba2…. Tirai/curtain bilik yg warna putih yg ringan , the one yg belakang curtain yg tebal tu,… Dah terbang terbang lap muka aku,… aku pun bangun …tiba2 aku terpikio jap…eh…takder pulak aku buka pintu sliding balcony sebesar besar umat. Yg aku tau ..masa aku masuk bilik…aku terus pengsan.

    Aku bangun meraba2 dalam gelap cari suis lampu…..terus aku pi tutup pi tu sliding door kat balcony tu…. Uikkkkkk….. Bilik aku tu betul2 facing rumah banglo Boon Siew (Honda) yg mmg dah lama tak berpenghuni tu…..cuma ada caretaker yg datang buka lampu kat luar banglo tu bila petang dan datang tutup lampu tu bila pagi… dah la aku demam, nasib baik laaa lepas makan ubat dalam flight aku dah sihat balik…dan tak demam balik…….

    Well..dah nama nya pun kerja……. Lepas flight tu….balik kl,….aku cuti 2 hari…hmmm…..aku buat flight ke penang lagi lepas tu….. Siang2 aku dah tanya kat receptionist , aku tak nak bilik bilik facing Boon Siew punya Banglow… Lega la sikit…dapat bilik opposite yg leh nampak laut….

    Esok pagi dah nak balik kl….aku operate flight balik ke KL the earliest flight out….dari penang…kira nya pukul 3pagi dah call time/wake up call,
    Pukul 4 dah kena ada kat Lobby untuk gerak ke airport,… Aiseymannnn…..

    Malam tu dalam pukul 12.30 on the dot….bilik atas aku dok seret katil ke sana ke sini…seret kerusi ke sana ke sini….dalam hati aku..apa ke jadahnya…..housekeeeping nak pindah2 barang pukul 12.30 tengah malam….

    So aku pun….dok pujuk hati aku…jap lagi ok la tu..jap lagi ok la tu…hampehhhh tak ok jugak sampai pukul 2pagi…aku cuma ada masa 1 jam nak rehat….sebelum buat flight. Ye lahh kan…bukan buat satu flight je pun ..terus balik kl, balik umah…. Lagi 8 jam nak terbang…take off ,landing, take off landing. 4 sector flight lagi nak kena buat… ( pen/kul/sin/kul).

    Last last kesabaran aku dah tercalar,..aku terus call receptionist bagi tau tolong bgtau org atas aku jgn buat bising.. Lepas 30 min…bunyi lagi…seret seret barang kerusi meja semua.

    Last call….. Receptionist tu…a guy yg jawap… Dgn nada teragak2 nak bgtau…. Hmm..ahh…hmm..argh,…sebenarnya bilik atas cik tu kosong……”katanya

    Hmm….aku terus terdiam kejappp…. Ku ambil bantal tekup atas kepala… Ku pejam mata…ku pura2 tak dengar. Last2 ku bangun ..ku mandi,.ku pakai uniform… Ku heret bag trolley turun bawah….dok kat lobby pukul 3.40pagi….

    Kawan2 yg lain turun ..mereka kata apa tau…ehh awalnya u ! … Yer laaaa..dalam hati aku…awal la…..nasib baik dia heret2 je barang kerusi almari katil segala…kalau “dia” jengok datang melawat bilik aku…mau aku tercirit kat situ….

  4. Best jg baca pngalaman” korang smua ni..

    Tp pelik jg sbb hmpir smua share cerita yg sama, psal bilik mandi, sliding door, almari etc..

    Pngalaman sy masa holiday dgn kluarga taun 2013 dkt kk , kitorang mmg slalu travel dkt KK n nginap pn nginap dkt Api Api Center.. N masa mlm tu, kira jam 10 lh cmtu, ada pula org ketuk pntu.. Smbil ketawa” ..

    Sy nk je gi buka pntu tu tp parents larang sbb yg ketuk tu mak ckp mngkin ‘ayam”‘ hehehe .. And yg sikit seram msa travel dkt sandakan, masa tu mmg dh jam 5ptg dkt jam 6 lh cmtu, cri hotel pn yg ngam dgn bajet , so kitorang dpt hotel yg agak suram jg lh.

    Buka j langsir boleh tngok pokok” n jln yg gelap.mmg gelap kt blakang tu. N tu lh 1st hotel yg kitorang stay , gna bilik mndi mcm kna perhati.. Mcm ada j bnda dkt blkang.. Sbb blik mndi sana ada tub so mmg terasa btul mcm ada yg perhati, n bkn sy j yg perasan mak sy pn prasan gk..

    Kitorang ni mmg bnyk Kali melancong dkt SABAH. Mostly KK n Api Api Centre mmg tmpt slalu g. N mmg xda pa pelik blaku, same mcm hotel2 sluruh Sabah yg kitorang pnh stay..tp ada stu mass tu sy rakam vdo dkt prdana park ,rakam air pncut tu.. Lpas rakam tu korang akan dgr suara pmpuan jerit mcm ksakitan jg lh suara tu smbil mcm mnta tolong. My mom suh padam sbb sy kerap mcm ketagih dgr suara tu.. Sy x pdam pn xtaw spa yg g pdam..emm tu j lh erk..

    Sy mmg bnyk cerita seram yg sy sndri lalui, to page ni sbut psal hotel j so sy x da pngalamn seram psal hotel..he he.. That’s all

  5. Setakat ni alhamdulillah belum pernah terkena, bagus tipnya. kalau rasa semacam je, sekurang-kurangnya kita baca ayat kursi, kebanyakan kita hafal ayat ni. Apapun kalau bercuti tu biarlah dengan niat yang baik. Masuk bilik tu bagi salam dulu. Pikir baik insyaalah dapat baik.

  6. Norizan says:

    Saya pon suKa bercuti terutama nya utk melepaskn stress.antara hotel yg psrnah sy ddk dan berhantu:
    1)PD -The Regency Tanjung Tuah resort (India yg Rekemen saya kat sini)sgt menyeramkn tdo pon nmpk byg hitam di dlm bilik.ank umur 3 tahun mlm tdo sejuk badan.ank tdo berkepit dgn saya.bibik tidur di ruang tamu dgn anak sulung sbb hnya ada 1 bilik.jam 2 -3am sliding door trbuka dan tertutup dhn sendirinya.tpi view dri tgkt 5 dan apartment sgt bersih .cuma mungkin ia x selalu di huni so tmpt mcm tu mmg la berpenghuni.

    2)PD-corus seaview apRtmnet tp nom blok X ingt..sorry.bibik nmpk perempuan berbaju puih di veranda.kami tdo bilik atas ade 2 katil besar.saya dpt rasa mcm ade org memerhati kami.

    Apapun gunakn tips yg di beri oleh kwn2 lain sbb ianya sgt membantu.

  7. Pengalaman aku masatu kalau tak salah tahun 2015 , aku ada join satu kelab ni . Kebetulan pulak masa tu kelab tu ada anjurkan satu program dekat langkawi . Aku mcm berminat lah nak join sebab tgk dari aktiviti yang d beritahu nampak menarik . Penginapan pulak kat resort tok senik . Aku pun search lah kat google pasal resort tu . Yela jenis aku ni kalau apa apa kena search dulu at least kita dah ready kalau jadi apa apa sebab kita dah tahu . Dah search tu ha mcm mcm lah keluar cerita tu ini . Tp aku tetap nak pergi jgk yela bukan selalu kan dpt mcmni dgn kwn kwn .

    Nak dijadikan cerita masa tu dah kat langkawi dah puas berjalan kitaorg pun check in la , ketua kitaorg bg bg bilik , so satu bilik ada 4 / 5 orang mcm tu . Aku dapat lah satu bilik dgn akak sorang ni . Lagi 2 orang akak ni tak sampai lg sebab dorang naik kenderaan sendiri dan masatu lagi satu bas tak sampai so masatu cuma bas kitaorg je yang dah sampai dulu . Okay lepastu pihak resort tu ada sediakan van kitaorg bergilir gilir lah naik .

    Sampai je dekat bilik aku ni , aku dah rasa lain mcm . Sebab suasana kat situ pun dah rasa lain . Ala ala kampung cmtu dah tempat sunyi je mcm takde org lain selain kitaorg nih ha cm tu . Masa aku search kat google tu aku ada baca psl bilik yang seram kat resort tu, tak sangka la pulak bilik tu dkt je dgn bilik aku . Tgk dari jauh bilik tu mcm dah lama takguna kiranya mcm rumah kena tnggl lah . Okay lepastu aku dgn akak yang sorang ni yang satu bilik dgn aku tu nama dia syaza . Kiranya kat kawasan rumah tu cuma kitaorg je sebab kanan kiri dan tepi nya lg semua tkde org . Lagipun bilik kanan kiri tu kawan aku yang naik bas lagi satu tu , dorang lambat sampai so kitaorg dulu yang check in.

    Masuk masuk je bilik ada seekor kucing hitam tak tahu lah dtg dari mana(sepanjang aku ada kat situ kucing tu sentiasa ada di mne mne bilik tp yang peliknya kucing yg sama) okay lepastu masuk masuk je bilik tu suram sangat . Lawa tu lawa sebab perabot dia kayu kayu cm tu . So akak yang tadi tu terus ke balkoni buka langsir biar cerah sebab gelap sangat kan . Dah boleh nampak la dari dlm belakang bilik tu mcm sawah padi pun ada , mcm padang pun ada aku tak sure sebab aku tak p pun dekat balkoni tu .

    Lepas dah letak brg brg semua dlm bilik tu . Akak syaza tadi tu p on tv . Alhamdulillah tv okay je , clear je mcm pakai astro haha . Lepas dia on je tv dia ckp dia nak p mandi aku pun ye kan jela . Aku pun bangun dari katil( depan katil ada tv dengan meja) amik iron dgn tudung baju apa semua nak iron untuk pakai malam ni . Kan sebelah tv tu ada meja aku iron lah kat situ . Tgh sedap sedap iron tudung tu tv yang tadi elok TIBA TIBA jadi mcm tv tamat siaran dan suara kat tv tu jadi kuat sangat . Aku punya takut terus berlari kat atas katil , berselimut di siang hari . Aku cuma harap masatu kak syaza tu keluar toilet dgn cpt .

    Beberapa minit lepastu mcm angin yang kuat tiba tiba dtg sampai langsir tu duk terbang kuat sgt . Aku bangun matikan tv terus bersandar main phone . Home whatsapp home tu jela yang aku tekan sebab takut . Masatu dlm hati dah mcm mcm surah aku baca . Masatu allah je lah tahu rasanya tu tak boleh nak di cakap mcm mana . Lepastu akak syaza tu keluar je toilet . Aku buat mcm takdeapa lah . Malas nak tunjuk kang dia pulak takut .

    Malam kedua kat sana aku tukar bilik dgn org lain yang ada tidur sekali dgn kwn aku kat sebelah bilik aku je . So kiranya malam tu aku berdua jelah dgn kawan aku tu . Kitaorg just on lampu toilet dgn on tv, lampu tidur je . Kitaorg tidur dgn tv on lah ha cmtu . Tidur lena je alhamdulillah lah , so pagi tu aku bangun dulu . Aku pelik lah asal tv nya tak on . Aku pun kejutla kawan aku tadi tu eh ko off ke tv nya? Dia cakap tkde pulak . Nak sedapkan hati aku ckp lah maybe ada lah tu automatik ke apa ke kan . Tapi aku ada tanya gak kat kwn kwn aku kat bilik lain dorang on ke tak tv sampai pg . Dorang ckp on je . Tak de off sendiri pulak tv nya . Tp tak tahu lah kan sebaliknya . Em entahlah.

    Okay ni aku cerita pengalaman kawan aku yang lain pulak . Masa dah balik baru semua berani nak buka cerita , kalau tak mahunya diam seribu bahasa je. Okay masatu kitaorg baru habis program dkt bistro yang dekat dgn kolam renang tu . Sepatutnya malam tu kitaorg naik van tp sebab semuanya dah penat nak menunggu van lg . Kitaorg pun pilih untuk berjalan kaki je ke bilik masing masing . So bilik first yang kitaorg akan jumpa ialah bilik yang yang berhantu yang cm org ckpkan tu . Kitaorg yang bising bising tadi semua jadi diam tk tahu lah pasaipa . Tp bilik tu lampu dia nyala mcm ada org tapi takkan lah bilik dah mcm rumah kena tnggl pun ada org duduk.

    Ada lah bilik akak sorang ni (lupa nama apa) ni pulak bilik paling hujung so dia org yang terakhir yang akan sampai . Masa tgh jalan tu dia ada terjumpa sorang ni tp dia pakai tshirt biasa mcm kita jgk . Akak tu pun dgn berani nya p lah tegur” nak ke mana tu, asal tak balik bilik lg” benda tu diam je . Akak tu buat tk tahu jela lepastu akak tu pandang balik kat benda tu ha tgk atas okay je sekali tgk bawah dua dua kaki dia tkde . Akak tu apa lg terus pecut berlari masuk bilik ah . Terus demam ha .

    Okay cerita kedua, akak ni pun bilik dia jauh sikit dari bilik aku . Tapi kiranya sebaris bilik tu ahli kelab tu jgk .

    Aku ingatkan mcm untung lah sebab apa apa senang lah kan sebab sebaris tu kita kenal tp rupanya tak jgk . Dalam bilik tu ada 4orang k satu malam tu tgh sedap sedap tidur TIBA TIBA katil dorang bergoyang kuat . Tgh sedap tidur mmg tersedar lah kan lepastu tiba tiba rasa mcm ada benda kat bucu bilik tepi balkoni . Pandang lah situ ada pulak benda berkain putih rambut panjang tgh perati kan dorang . Dorang punya takut baca surah ayat kursi semua . Lepastu buat buat tidur je walaupun tak boleh nak tidur pun .

    Sampai lah esok pagi semua nya okay tapi akak tu ada ckp salah sorang yang dlm bilik tu masatu ada tgh dtg bulan . Masa tgh duduk kat atas katil terbocor pulak darahnya kat cadar tu so dia pun bangun la p amik kain p toilet basahkan kainnya , sekali dtg balik kat katil tu tgk darahnya dah tkde . Masatu semua terdiam je tak thu nak ckp apa . Sampai lah balik rumah masing masing baru buka cite .

  8. juanita82k says:

    I punya experience ada 3…

    1st kat Melaka, x ingat la hotel mana but tahun 2003 and x jauh dari tapak museum kat town, me n my mom tido lena …bila pagi the next day my dad ckp lepas kul 12 malam dia x leh tido cuz dia ckp mcm ada someone ketuk pintu non stop then dia sepak2 mintu mcm nak roboh pintu, mungkin dia marah la kowt, my dad berani so dia bukak pintu tapi xder apa2…yg paling pelik, my dad ada masalah telinga, dia kena guna hearing aid sbb dia x boleh dgr sgt org ckp but malam tu dia sorang jer dgr makhluk tu mengamuk ketuk n sepak n bagai..me n my mom tido x khabar lol

    2nd experience, kat Seri Menanti hotel kat Negeri 9, hotel tu bertingkat, but we all tido tingkat yg paling atas, n dia dia dibina sebelah tapak Istana lama….malam tu ada member kahwin kat area tu..so thats why la tumpang tido kat hotel tu, waktu tu i bawak anak2 2 orang umur 3 tahun n 6 tahun, maid aku pun bawak sbb dia tolong jaga baby..so malam tu bila balik dr wedding mmg we all semua penat, tgh2 malam my anak yg 2 tahun tu menangis kuat tiba2 maid aku meracau dlm lena dia, dia ckp jangan ganggu kami kerna kami ngak nganggu kalian , dlm bahasa indon dia, yg aku pulak…dlm kepenatan boleh dgr semua tapi x larat nak bangun, n kat atas bumbung dgr org berlari kehulu kehilir !!! Mmg annoying gilaaaaaa sbb kuat sangat dgr, me and my maid baca Ayat2 Al-Quraan and Alhamdulilah x xder bunyi bising..I thought kat atas ada tingkat but bila check waktu pagi the next day, bumbung jerrrr…..

    Langkawi kat area Pantai Cenang, x yah la aku namakan hotel ni, hari ke 4, malam tu dlm bilik air mcm shampoo semua jatuh bila bukak lampu n bukak pintu bilik air, ada jer shampoo kat atas rack, then 1 hour later dgr balik dia jatuh, arghhh annoying nyer but nasib baik time tu kami ber empat so xder la takut sgt , i guess bunyi mcm tu normal kowt kat hotel mana2 …

    Ada member baru2 ni cerita dia stay kat hotel depan pantai cenang n dia experience something reallly seram, wife dia dah tido so dia lepak kat luar balcony hisap rokok kat depan view laut pantai cenang n ada pokok2 kat sebelah kanan…tiba2 dia nampak mcm ada asap depan dia n then asap tu transform jd Kakak Lang…dia ckp muka cantik rambut panjang menjerit kuat and isi perut semua keluar nampak darah jer, so member aku terus muntah n masuk dalam…the next day baru dia keluar cuci muntah dia n terus check out ! Seram dowh

    But moral of the story, takut hanya dgn Allah, mintak tolong dgn Allah, berdoa supaya Allah selamatkan dan protect kami dan family kami, solat 5 waktu, jauhkan haram n yes beri salam sbelum masuk hotel room, trust only Allah ! Good luck u guys with the travelling and may Allah protect u all ..Amin

  9. Mar anggerik says:

    Assalam…nak share pengalaman pertama kena masa bercuti di Melaka..resort tu dulu kepunyaan Melayu,kalau tak silap sebelah evelyn resort ,chalet kayu..lepas solat isyak nk tdo dalam jam 1am camtu,elok je letak kepala di bantal,dengar cakaran di dinding luar..lama n bergantian bunyi..cuak gak,tp alhamdulillah Pas bc ayat Quran n surah pelindung lain,jam 3am senyap dah..Smp pagi.esok trus check out. Kali kedua kena di laguna Langkawi,pi sehari je Jumaat-Sabtu sbb ahad ada kenduri kawin Di kodiang,,kebetulan musim cuti sekolah Mac 2015, jd bilik d Langkawi kebanyakannya full.ms kat area jeti kole Perlis,ada sorg Abg ni tegur,ckp ada bilik murah dr 1300 Jd rm650 semalaman,tempat cantik atas air katanya..suami kata ok sbb dah alang2 Smp,amik bilik tu.naik feri,Smp amik kete sewa trus pi hotel tu sbb dah hampir jam 5pm.smp yes mmg lawa..tp terceruk ke dalam dr bandar n keliling tu mcm tak hidup je persekitarannya..Da siap check in,mandi solat setel ank,rehat tgk tv,tgk jam dah pukul 9.br terasa lapar,suami ajak kua makan,panggil bell boy sbb jarak nk ke lobi mmg jauh.smp kat lobi tny budak tu,nti kitorang nk balik bilik korang hantar tak?dia ckp kita servis Smp jam 10:30 je..suami senyap je.pas gi mkn dlm jam 12:30 am Smp hotel,kitorang kena jalan kaki utk menapak ke bilik.dr tempat parking nampak dah mcm banner putih melayang2 kat depan pintu guest room yg pertama,bila Smp dekat takde apa pun..buat dek je,jalan separuh jalan tetiba ank sulong kata,mommy can u hold me tight?sy ckp kenapa?jalan je lah..mommy penat sambil sy start baca ayat qursi n azan..dia pon ckp adam takut mommy..i sew something ugly,suami pon tny nampak apa,anak merayu lg pls daddy,angkat sy,sy takut.sy pun cakap pd suami,dukung ank kita syg,sbb kita lalu jalan org ni..sambil sy berbisik,Assalam pembuka kata,kalau kau Islam kau tentu tahu maknanya..kami cuma tumpang lalu n nk tumpang tidur semalam sj di tempat ini,esok kami pulang..sepanjang nk Smp bilik tu ank sulong tekup muka ke bahu suami,baby kedua alhamdulillah tidur lena dlm carrier.smp di bilik sy psg ruqyah n suruh suami azan.mcm td beritahu tumpang tidur sbb bilik tu dah rs lain bila masuk.alhamdulillah ank2 tidur nyenyak,suami pun sm,cuma sy je resah xble tdo,asik nk pandang ke ruang tamu.last sy terlelap sy pun tak pasti jam 3/4am. Esok ms nak check out,panggil bellboy,naik buggy tu,lalu depan guest room yg ank kata takut tu,br prasan situ mmg tiada siapa duduk,keadaan bilik mcm berkacah,selerak mcm ade org duduk tp mmg tiada org pun,lalu juga tempat sy nampak banner melayang rupanya dinding,Jd terpikir yg malam itu banner ke si kakak?bila dah Smp kodiang cerita dgn ank buah yg pernah kerja di Langkawi,dia kata situ mmg berhantu,sbb tu gak ramai pergi kecuali org Arab,terkejut tp bersyukur sbb tiada apa yg teruk berlaku,alhamdulillah.moral of the story,Google dulu Sebelum check in.

  10. Pengalaman menginap di Hotel Aseana Langkawi…masuk saja dah terasa semacam tapi buat tak kisah..Fikir positif, mungkin disebabkan aircon.

    Tapi, menjelang malam sayup2 bunyi salakan anjing dan sewaktu ingin menutup pintu dan tirai langsir sliding door, nampak seperti lembaga memandang, buat tak tau dan Alhamdulillah tidur lena sampai siang.

    Esoknya, pagi2 bergambar di balkoni, pelik juga kawan saya bertiga tiba-tiba ada extra sorang lagi. Wajah dan sosok dia saling tak tumpah seperti gabungan kawan yang bertiga.

    Saya tanya, siapa yang sorang lagi tu? Semua terpinga-pinga. Tiba turn kawan lain tolong amikkan gambar, pun sama, tiga jadi empat, Hokey….tanpa berkata sepatahpun, kami seret beg untuk pi check out.

  11. mummywisya says:

    Kisah 1: Ancasa All Suites Resort & Spa, Port Dickson

    Nak share jgk cite mase stay kt Ancasa Port Dickson tahun 2014. mase tu sewa satu apartment 2 bilik ngn family mertua. stay satu malam je pon. di sbb kan ade dua bilik je kakak2 ipar n biras sy tido dkt dpn tv. diorg pn ttp la lampu dpn cuma pasang lampu dapur n rapat kn skit pintu dapur tu. pastu tibe2 pintu tu terhempas kuat and terbukak balik dengan sndiri nya..nak kata sebab angin tak kan dia boleh terbukak balik kan..pastu lampu kat dapur pn berkelip2…mase tu awal lagi…dalam pukul 11mlm.. saya pn dgr dr dalam bilik.sbb bunyik kuat sgt..mcm marah benar bunyik nye..sy tgk ank2 n hubby tdo lena.sy pn buat xreti jela sbb ingat kn org sebelah..so smbung la tdo dgn lena nye..pastu bangun pg esok nye baru la biras dok cite pasal kes malam tu..tbe2 rasa meremang bulu tengkok..hikhik..

    Kisah 2: Seri Bulan Condominium, Port Dickson

    kisah ni plak jadi tahun 2015. g bercuti ngn kakak2 ipar jgk. sewa condo 2 bilik. kakak ipar cerita malam pertama dia dgn hubby n baby dia tdo dpn tv. pastu dia tersedar sbb dgr bunyik org mintak tolong tp ckp “omputeh” hokay.. tgk jam bru kul 2 pagi. pastu ank2 dia yg tdo kt dalam bilik pn lari tdo kt dpn tv jgk sbb dorg ckp rase lain macam. pastu mlm esok nye hubby dia pulak dgr bunyik yg sama waktu pn sama. tp hubby dia buat xreti jela. dh pagi tu baru la dia cite kat kakak ipar sy n kakak ipar sy pn bgtau dia pn dgr bunyik yg sama.

    sekian…

    p/s: cerita ini bukan cobaan taw.. ni benar2 kejadian.. 😉

    • kisah angkasa hotel pd ni jdi kt saya. saya tidur 2bedroom bilik atas skli block yg behadapan jalan raya , mlm tu saya tidur saya mimpi suasana mimpi tu mmg sma bilik tu yg sya menginap and datang seorang pmpuan tua rmbut pnjang dlm mimpi tu cuma pesan klo dduk situ jgn sesekali amik atau usik apa2 barang dalam bilik tu jgn ambil apa2 pon cmtu je dia ckp. tjga dri mimpi tu mmg sya takut sngt sbb mcm real sbb suasana bilik dgn mimpi mmg sma seolah bkn mimpi… meremang plk blu roma

    • Sy pun terkena gangguan di seri bulan jugak dalam tahun 2011 kalau x silap. Hotel nya usang…bila malam mmg scary… malam pertama tiada kejadian, malam kedua dalam pkl 11 malam, kami berdua lapar tapi malas nak turun beli makanan, so kami potong lah kek lapis yg kami bawak, makan sambil tonton tv…. dalam pkl 12 kami masuk tidur, kek tadi kami biarkan atas “coffee table” dalam separuh jugak la, esok pagi bila bangun sy tengok kek tu dah xde, x tahu siapa yang ambil, bila tanya member, dia pun x tahu… siapa yang ambil kek tu? hehehehe seram.

  12. azmi amir says:

    Assalamualaikum…

    Tq pd admin sbb share tip² yg sgt bguna.pd yg share crite² pn tq gak.byk yg bleh dibuat pngajaran&di ambil iktibar.sy juga sorg yg gemar travelling.check in hotel sna sini.even hotel yg bdekatan ngan umh sy pon,sy check in gak.mmg sjk.dr bujang smp dh kahwin n smpai ank dh 3org pn msih cmtu.wife pon sekepala ngan sy.alhamdulillah,setakat ni blm pnh tejadi bnda² yg x diingini lg.mohon jua pd Allah swt moga dijauhkan.setakat rsa² seram tu adelah.

    Tp ape yg sy nk kongsikn arini adelah bedasarkn pngalaman dr sahabat² sy yg terkena gangguan makhluk² ni.tp sy xmaulah bercerita detail ttg hal ni.ckuplah sy beritahu yg simple² je.dr crite² yg di share kt sini,sy tertarik ngan kisah PD marina resort.

    Wktu mula pmbinaan mmg nmpk gah&indah.bakal mnjadi tarikn utama pngunjung² PD.tp xtau kt mna silapnya…hotel tu nmpk terbiar&x terurus.3org sahabat pya kenangan pahit disitu bila tido mlm mereka diganggu oleh bunyi seprti org berlari di koridor,bunyi perabot di seret n climaxnya bl kemunculan ‘si dia’ di tengah² ruang tamu.

    1 lagi kisah berlaku di waktu sy&rombongan kilang ade company trip ke kuantan.admin book hotel di TC (telok cempedak).hotel ternama,dgn pantai yg indah&suasana yg nyaman.sorg sahabat perempuan hampir² terkena di sana.smp di sna waktu tghari.smp saja kami trus lunch di ballroom.lepas amek key card bilik n masuk bilik n rehat.mlm tu kami ade dinner n aktiviti lain² lg.lps dinner kami free at leisure.suka ati la mna nk pegi asalkn pndai² jga diri.berhampiran hotel ade mcm 1 kwsan uptown.sy n kwn² bersiar siar lps tu lepak mekdi.lewat gak balik ke bilik.lbih kurg jam 1 pagi ,sy balik ke bilik.ada 3-4 org kwn lepak sma dlm bilik.bl dh jauh dr bini,perangai pn mcm org bujang laa…(layan stone) tp xdelah tahap smp high sgt.just nk enjoy² je.tgh lepak² tu,phone bbunyi.kwn pempuan sy ni call.dia tyakan sy kat mana.so sy bagitau sy lepak kt bilik ngan kwn².rupanya dia n her gang bru lps wondering around kt uptown tu.msa dia call tu,dia dh smp tepi pantai.dia ajk sy lpak kt pantai tp sy bagitau kwn² ade dlm bilik so x syoklah nk keluar.dia pon kata ok xpelah.enjoy your time katanya.yelah…kepala tgh sedap,xkan nk lepak ngan pempuan lak kan.so abis bab tu kat situ.

    Tp x abis cmtu je…the next day lps breakfast.sy cari dia kt ballroom tp xjumpa.sy tya kat kwn² dia tp kwn² dia bagitau dia blm bangun lg.sy mcm pelik je tp xfikir sgtlah.tgh² mkn tu,nmpk dia msuk ballroom.muka pn muke bru bgun tido.sy trus bgun pegi kt dia.sy tya dia ke mana mlm semalam.dia ckp just pusing kt uptown tu n tepi pantai lps hang up call ngan sy.tp dia cerita,msa kt tepi pantai tu,kt belah hujung tu dia nmpk ade kwsan tu terang benderang ngan lmpu.mcm gerai mkn pn ye gak.dia kata dia mcm tertarik nk ke sna.so dia jln menuju ke arah lampu² tu.msa tgh jln tu,sorg kakak ni tegur dia(kakak ni kwn 1 kilg) bertanyakan dia nk ke mana.so dia ckp nk ke arah lampu tu smbil jari menuding ke arah lampu tu.tp dia ckp akak tu bagitau,mana ade lampu kt hujung sana.gelap je kt sana tu.akak tu cepat² ajak dia balik ke bilik.lepas akak tu anta dia ke bilik,dia xtau ape n terus tido.bl bgun tido,dia teringat psl tmpt yg dia nmpk mlm semalam tu.sblm ke ballroom dia pegi ke tepi pantai nk tengok.tp mmg dia tekejot sbb kt hujung tu xde apepon melainkan kwsn berbatu.xde tanda² mcm ade kwujudan org buka gerai.lps breakfast tu sy temankn dia ke hujung pantai tu(kt tempat belampu tu) tp mmg 100% sah xde tanda² org berkedai kat situ.yg ade cuma pelepah² kelapa,batu& 1-2 tin minuman.tu pn tin lama.smp skrg klu cerita hal tu,dia mmg fikir semula&tertanya tanya ape yg dia nmpk mlm tu.

  13. MisZlilY says:

    Saya ade sekali pengalaman la , mase tu sye dgan husband bru balik bercuti dri kg , nk blik kl , da smpai kl dah pon husband penat sgt2 n dy drive pon dah trlelap2 , nk smpai rumah agak dalam 40 minit ke 1jam cmtu la , then kitorg decide utk rest la dulu , tido dulu , just cari hotel budget area taman melawati.

    Mmg hotel budget pon , ktorg amek dayuse je sbb nk rest kjap sblom nk truskn prjalanan , nk tido dalam krete x selesa , semue hotel budget kt sne pnuh kcuali ade stu hotel ni dpn restoran sakura taman melawati kl ade byk lgi bilik kosong n mse ktorg smpi tu ade la 2 ke 3 couple tgh bratur nk check in.

    Smpi turn ktorg reception india ckp ade stu bilik je lagi dkt sblh kiri , bilik no16 ke 17 cmtu la x igt , husbnd ckp ok jla sbb da pnt sgt , then dy bg kunci n ktorg trus naik , mse jln nk ke bilik tu ade prasan mcm ade bau something , tp buat xtw jla , maybe sbb hotel budget kn bau mcm2 ade.

    Msuk je bilik husband on aircond n dy bukak bju mcm biase , trus bring n trlelap , da pnt sgt kn , sye pon ikot la bring nk tdo , ttbe husband mngadu skit2 badan , mcm kne tarik2 urat kne pukul pon ade , dy xblh nk bergerak , sye igt dy cme pnt sgt n skit2 bdn , so just tmnkn dy smpi dy ok , x tdo pon , tp ble sye pgg bdn dy , dy mrh dy cakap skit sgt2 , nk brgrk mmg xblh , tp dy xde pon ckp ppe ade bnde ke ap ke , smpikn sye bg minum air yg sye bcekn dgn ayat kursi pon dy xblh telan , then da nk checkout kn , sye tye dy , ok x , blh jln x , i siapkn dy , pkikn bju n cuci muke , then ktorg klua la check out.

    Sblom blik rumah dy ajak g mkn , kt kdai makan tu la bru dy crte yg katil dy bring tu sbnrnye tmpt ‘org’ , mse nk msok bilik dy nmpk ade org la kt toilet , ble dy bring je ats ktil tu , bnde tu mrh cakar2 dy hempap bdn dy n pukul2 suruh dy bergalih , tpi sbb trlalu pnt , dy xbrgalih , tu yg dy xblh brgrak sbb bdn dy kne hempap , dy xnk brgalih sbb dy tw bnde tu nk dkt dgn sye sbb tu suruh brgalih

    Since that la i blajar drive n amek lesen , taubat xnk tdo hotel2 mcm tu , n i akn tgok dlu bilik tu mcm mne bru i blh msuk , sbbkn kjdian tu i jdi cerewet klw nk tdo hotel ,

    Tak la seram , just nk berkongsi pengalaman , tq

  14. Tahun lepas di PD. . Kat hotel XXX.. waktu siang indah belaka tapi waktu malam tengah lena tidur saya dan pasangan di kejutkan dengan tangisan bayi yang kuat..

    Saya tengok jam pukul 2 pagi.. kenapa lah time bercuti ada yang menggangu.. saya bangun dan terkejut ada bayi di sebelah kami… Saya panggil pasangan suruh buat sesuatu dan lepas tu tangisan tu hilang…

    Saya sambung tidur sampai pagi dan bila saya bangun pagi saya lihat bayi tu ada lagi dan tidur dengan lenanya dan hati saya berkata comel gak anak aku ni…hehehehe.. Peace yooo…

  15. Assalam n salam sejahtera..

    Rambut panjang di sinki atau lantai toilet, lantai toilet basah, suhu bilik yang terlalu sejuk dan macam2 lagi yang pernah dialami oleh orang yang “bertuah”. Termasuk isteri saya semasa kami bercuti di Sabah. Kudat lebih spesifik. Compare saya dan isteri, dia lebih mudah nampak “sesuatu” sebab deria dia lebih alert daripada saya. Kadang-kadang dia dengar “sesuatu” tapi saya tak dengar apa2. Malahan dia juga pernah dirasuk atau badan dimasuki jin masa di kampung saya.

    Apa yang isteri saya alami ialah dia ternampak lembaga putih berambut panjang lalu betul2 melintas dari pintu bilik ke pintu sliding (balkoni). Masa tu kami sedang tidur dan memang kebiasaan kami tidur akan buka salah satu lampu yang indirect dan tak cerah sangat. Masa tu kami pasang lampu di pintu masuk (bahagian dalam luar toilet) dan lampu balkoni.

    Saya memang dah lelap hanyut tak sedar diri dek keletihan drive dari kundasang ke kudat. Petang tu ada singgah di Simpang Tanjung Mengayau (cantik pemandangannya). Tau pun isteri cerita masa dah check out. Mujur lembaga yang lalu tu tak menoleh ke arah katil kami. Atau mujur takde gangguan yang lain, syukur Alhamdulillah. Saya kata kepada isteri, agaknya memang laluan dia hari2 dari laut ke darat.

    • Kalau bagitau nama hotel kang kena saman tak, hehe.. ataupun menjejaskan bisnes atau periuk nasi orang tak? saya bagi hint je, kalau nak tau boleh gugel sendiri ye.. hotel di kudat yang ada golf..

      Kami dapat bilik di tingkat bawah menghadap ke taman(level bawah daripada lobby).. another side menghadap laut.

      • Iskandar Suhaimi says:

        Setakat ni belum lagi ada hotel nak saman. Tapi ye lah, bagi hint cukup. Kang tak pasal2 kita naik turun court hihi

      • Aku pun ade pengalaman dihotel tu. Level yg sama, menghdap taman. No. bilik dah tak ingat. Waktu check in tu waktu maghrib pulak. Malam tu terjaga dari tdo n terdengar ade suare2 berborak dkt luar balkoni n dengr macam ade budak2 main dekat tmn tu. Ade playground kecil kat situ. So, terdengar la bunyi buaian sume. Try tutup mata balik n baca segala ayat yg taw. Suare tu xhilang pun smpaila xsedar bile tertdo. kalo aku selak langsir sliding yg menghadap balkoni tu, pasti ‘mereka’ ade kat situ. Tapi mmg xberani la kan.. hahaha.. alhamdullilah stakat dgr2 je la..

      • Riznna kamu pegi bila yea? saya macam hendak ke sana…kalau x salah tekaan saya tu…adakah baru baru nie?

    • saya tahu hotel ni,sebab saya pun orang kudat.tapi tak sangka pula hotel tu berhantu.

    • Rezeki masing² kut…sy penah gak tdo hotel tu tp Alhamdulillah x jumpe benda pelik…

  16. Pengalaman saya pula, di sebuah hotel lama kat Pulau Pinang.

    Booking thru online…saya dari KL ada kursus di sana.

    Mula2 sampai dengan en suami…wah hotel zaman kolonial…ada 5 tingkat 3 star…kami stay tingkat 2.

    Sepanjang koridor sampai dalam bilik penuh gambar Nyonya yang asyik merenung kat kita. Seram jugak, tapi abaikan je.

    Esok pagi, saya berseorangan turun ke lobb(en suami masih tidur)…selepas sarapan saya meronda2 setiap tingkat hotel tu. Ada rasa seram sejuk tapi abaikan je. Setiap sudut banyak bahan2 artifak zaman kolonial. Ada ambil beberapa keping gambar.

    Turun semula ke lobby, naik Cab ke tempat kursus. Agak boring dengar presentation penceramah & rasa mengantuk yang teramat sangat, saya pun tengok balik gambar yang diambil kat hotel tadi.

    Terkejut campur seram bila di zoom jelas nampak komunis botak berseluar pendek di tingkat atas hotel. Saya tak ceritakan pada en suami, cuba bertahan kursus lagi sehari…tapi tuhan saja tau..x dapat tidur malam tu…

    Moral of the story saya takkan booking online dulu sebelum survey hotel yang nak stay tu…Kuss semangat…

    • Hotel First World Genting tu pun pernah stay…syukur xde gangguan…dah anak2 plk edit gambar diaorg letak ikon momok….aduii

    • Sy pun.. sy pnh cek in satu hotel kt melaka.. hotel tu hotel baru lg..

      Msa tu raya cina bilik penuh kna tggu giliran klu nk bilik.. sbb kmi dtg pun pkai terjah je jd mna2 hotel je kmi masuk jnji bilik 0.. msa nk msuk ke bilik tu kmi x jumpa sape2 pun lorong ke bilik sunyi walau bilik sume penuh.. nk dijadikn cite kami masuk bilik sunyi je kiri kanan..

      Ptg ckit je bunyi bilik sebelah ada org berckp2.. india.. kuatnya xtau nk ckp sgt2 bising.. dgn bunyi bayi lg.. sedangkn bilik tu ada satu katil besar saja dan ruang pun mmg terhad.. sedang kn sy dgr yg bunyi dari sebelah ada 5-6 org atau lebih..

      Sbb sgt bising peliknya dorg berckp2 seperti nk gado tanpa henti smpai 1-2 pg.. ikot sy mmg angin sgt2.. nk je sy buka pintu yg bole terus ke bilik sebelah dan bg warning.. tpi ank sy elok je tido nyenyak..

      Bila sy klua sy x dgr apa2 dri luar atau ternampak mereka kelua ke.. dan x terdgr apa2 pun.. dh terbaca kt sini baru terpikir adakah betul ianya manusia?????????

  17. Kalau baca semua cite rasa serik nak tido hotel..

    Pengalaman saya dan suami tahun lepas..Kami dihantar ke melaka untuk karnival di mitc selama 5hari, jadi hotel disediakan…

    PUTERI RESORT MELAKA…ok masa 1st sampai kat resort ni nampak menarik jgk resort ni. Kami dapat bilik 370 tinggkat atas sekali.

    Jeng3 tak yah tunggu hari [email protected] hari pertama dah belaku sesuatu yang best. Masa ni pukul 9 malam saya nak mandi sebab badan dah terasa melekit dan rasa mengantuk sangat2. Saya dah bukak shower air ok lagi tibe2 air betukar menjadi colour merah seperti karat bukan setakat shower air sinki air jamban semua colour merah.

    Saya call reception saya tanye resort ni ada problem air ke? Then die cakap takde. Saya cakap bilik air bilik kami air keluar semua karat. Dia cakap ok saya akan minta maintanence datang bilik check.

    Dah dekat 15 minit, maintanence takde datang bilik kami. Air masih karat. Selepas 15 minit kemudian baru air ok. Lagi 1 air karat yang keluar dari paip tu semua berbau ok.

    Haaa ni kejadian tido pulak. Setiap malam mengalami orang tarik kerusi dan meja kat atas, padahal kitorang duduk tinggkat paling atas ni. Pastu aircond bilik suke sgt buat hal seperti hihihi saya stopkn swing keatas then lepas berapa minit swing gerak balik.

    Bila balik search kat internet rupanya resort ni berhantu dan banyak jugak ceritanye 🙂

  18. Antu Fly says:

    Assalamualaikum,

    Aku ada pengalaman di Century Pines Resort, Cameron Highland. Kami menginap di Garden Room. Luar bilik ada garden. Tak perlu naik lift. Bilik bawah.

    Sampai di lobi semua ok. Happy. Anak2 pun happy dapat main pool dan fusbal. waktu bellboy bawak jalan ke bilik kena lalu di satu lorong. di lorong tu pun dah rasa lain mcm. ada rasa ngeri jugak.. Bilik garden ni mmg agak terceruk sikit. Bukak pintu tgk dalam mmg ada rasa something tapi taktau rasa apa. Cuma waktu tu rasa cuak tak sampai lagi.. so semua ok. kami sefamily keluar jalan2 makan2 then balik bilik.

    cuma waktu keluar tu agak senja sikit. tengah jalan nak keluar tu anak aku sound “takuttt.. antu fly” dia kata.. aku cakap mana2 dia tunjuk atas.. demmm tapi aku stil control. bini ajak ambik gambar pun kena marah.. terus suruh masuk kereta.. diulangi marah dan terus suruh masuk kereta. ternyata tak takut bini. hikhik..

    ok di bilik.. semua ok saja sampai time nak tido.. anak aku yang setahun dah lama tido. yg sulung mmg tido lambat. dah yg sulung tido turn bapak la pulak nak tidokan mak.. tak payah cerita la kan.. hikhik.. sampai ja tengah malam anak yg kecik start nangis, mak dia tidokan balik.. berulang2 mcm tu la. nangis bukan nangis biasa2. mcm kena pukul. meraung2.. sampai jam 3 pagi tak berenti nangis. aku pulak lupa bawak yasin. baca saja ayat kursi ulang2 then anak aku tido. tup2 aku teringat balik ‘antu fly’ tadi. anak aku bila berenti baca kursi dia nangis. yg sulung jangan cerita la.. nyenyak dibuai mimpi.

    So aku decide bawak family semua keluar naik kereta round.. sebab anak2 aku mmg senang tido bila dalam kereta.. jam 3 pagi oi!! tup2 sampai lobi buleh pulak anak aku ok jaa.. siap gelak2.. aku tau lah mmg angkara ‘antu fly’ lah ni..

    jadi untuk menyelamatkan family dari gangguan antu fly.. aku bawak la family round2 sampai semua tido. kesimpulannya kami semua tido dalam kereta kat parking hotel sampai azan subuh.. sbb nak balik bilik hotel risau anak nangis lagi. dan aku pun cuak jugak sebenarnya..

  19. Mcm2 cerita pasal hotel ni..

    Sy pon nak share pasal hotel fully booked ni kt PD last yr ms cuti sekolah.

    Sbenarnya dah book awl2 tru online tah mcm mana tiba sana bilik semua penuh. Pastu receptionist tu dok tekan keyboard tu kuat2.. Kte x marah pon time tu tp agknya dia nk bg tau kot..sbb teruja sgt nk cek in situ almaklumla hotel 5 star pastu ada private pool bagai kami tggu je receptionist tu ye la kan bkn salah sy.

    Sy pon blur mana plak la aku nk cek in last minit ni . Tetiba dia kata ada 1bilik . Bilik ni besar dr yg biasa. Tp dia bg harga sama.

    So pegi bilik ok luas cuma perabot sume cam dah lama x guna, peti ais pon rosak. Lantai basah n kt bilik airnya hancing ya amat. Puas siram bau x hilang2.

    Ank2 teruja mandi kt pool dgn huby. Sy dok teman bby tido ada la rs seram sejuk tp buat bodo le. Dlm ht aku x kacau ko, ko jgn kaco aku😁

    Mlm blk dr mkn on tv x de siaran yg ada sume siaran cina pastu channel nasional. Kami pon buka tv3. Gamba pon xberapa nk jelas pastu memasing pon dah tertidur keletihan.

    Sy je tido2 ayam. Pastu terjaga sbb tetiba suara tv kuat pastu channel lain. Kejutkan hubby tye nape kuatkan suara tv. Dia kata mana ada dia tido je. Pastu sy bisik kt hubby ‘dia’ soh kita jimatkan elektrik tu…

    Besok sy cek out lambat dlm 1 jam stengah cam tu. Sy standby kot2 ada extra charges. Cpt je recetionist yg smlm tu proceed dan xde extra charges pon.. Pelik gak.

    Bila da baca post kt sini br perasan agknya receptionist tu dah tau agaknya patut la bell boy yg antar beg kitorg tgk kami pelik smcm je.. Nauzubillahiminzalik..

    • Iskandar Suhaimi says:

      Adohai puan Zii,

      Mmg kena satu2 macam yg kami bgtau ye? Nasib la dia x kacau bebudak. Kalau kena, haru!

    • Blh tau x zii duk bilik mana kat hotel 5 start tu? Atas bangunan ke? Atas laut ke or kat garden?

  20. sy pun ada pengalaman di tok senik resort,langkawi cuma ia x menakutkan.kita org gi minum2 kat luar resort sb dlm resort makan mahal.roti canai rm7 sekeping.sedar2 denga azan maghrib.grak la jln kaki perlahan2.ado plak bdak resort tu lalu bw moto.sy tumpang,kwn2 lain jln kaki.sampai kt simpang bdak resort gi ke bangunan utama.sy tunggu kawan2 disimpang berseorangan.tetiba dr atas bukit ada seekor kucing yg amat cantik memandang saya.kalau tempat tu x berbukit,mmg sy nk ambil kucing tu.x lama,kwn2 sy sampai.bila sy fikir balik,mana datangnya kucing secantik itu dari hutan?kucing begitu mmg dijaga rapi & waktu dijumpai waktu senja di pinggir hutan….

  21. Saya selalu menginap di hotel sbb suka bercuti, so far alhamdulillah xada apa2 yg pelik, tapi tips2 admin bg mmg berguna bg org yg mcm sy ni, baca semua cerita mistik kat sini mmg menyeramkan, cuma klu kita nak elakkan gangguannya pastikan sebelum masuk hotel baca ayat kursi terlebih dahulu dan jgn tinggal solat, InsyaAllah Allah Maha Pelindung

  22. Pernah pergi ke Genting dua kali… Dua2 kali pun ade pengalaman paranormal…

    Sekali kat Ria apartment (Pahang) ngan skali kat Highlands hotel… Tak kan pegi lagi ah hahahaha

    • yang ni saya pernah kena… Ria Apartment Pahang — siap ikut balik… anak meronta2 xnak dengan saya.. sbb nampak momok kat blakang saya.. kat dapur or kemana2 makhluk tu ikut saya.. so far g berubat dah ok… serious mmg xkan pergi sana lagi…

  23. bila dah dengar kisah begini rasa takut pulak nak duduk hotel..jika tiada pilihan apa boleh buat..

    setakat ini saya belum jumpa lagi perkara pelik berlaku..

    lain kali perlu baca ayat pengusir hantu sebelum masuk bilik

  24. Ini pula pengalaman saya dan keluarga semasa mengikuti rombongan sekolah di Pulau Langkawi pada tahun 2012. Nama hotel tu Bahagia Inn. (Bahagia la sgt..)
    So saya, adik perempuan dan sepupu juga ikut sama. Hotel yg kami duduki agak kecil. Tp ada 2 bangunan. Hotel tu bersambung dgn kedai2 di situ. But not bad jgk bilik yg kiteorg dpt. 1 floor hanya 3 bilik je yg berpenghuni. Sebelah kanan dan kiri bilik kami adalah bilik kosong.

    Lepas check in, kami nk keluar utk mkn t.hari. Tp masa tu, ada hal sikit berlaku dan adik saya merajuk tknk ikut sama. Beberapa minit lepas tu, adik saya terdengar suara saya dan sepupu berbual di luar bilik. Dia buat endah tk endah sebab dia igtkan kami mmg setia menunggu kt luar tu. Haha. Rupanya bila dia bukak pintu, tkde siapa pun sbnrnya. Dia rasa hairan tp tkde rasa takut sebab masih siang.

    Malam besoknya, kiteorg duduk kt tangga luar bilik tu. Smbil sepupu saya melukis, kami berbual & ketawa bercerita mengenai aktiviti yg kami lakukan siang td. Pukul 11 lebih, kami pun masuk tidur. Pada pukul 2pg, mak saya terdengar suara kami bergelak ketawa di luar bilik. Dia pun memandang ke pintu, nk tgok samada pintu berselak atau tk. Kalau tk selak, mksudnya kami msih di luar. Tp sebaliknya, kami sedang tidur. Beberapa minit lepas tu, saya terjaga kerana gelak ketawa di luar sgt kuat seperti sedang mengilai. Tp saya cam suara tu. Itu suara kami. Serious sama. Dan saya pun fikir benda positif.. “oh, maybe diorang baru check in”
    Bangunan lg 1 pula terdengar org bertukang mlm2.. smpai diorang tk dpt tido. Dan rambut penuh di atas lantai toilet.

    Esoknya masa check out, kami tanya samada bilik sebelah kami tu ada org atau tk, tp syg… takdo..
    Rupanya, mlm tu, semua org dgr.. tp takut nk bg tau. Dlm ferry on the way balik baru diorang bercerita.

  25. Sepanjang pengalaman saya berjalan2 satu Malaysia ada beberapa resort yang keras:
    1) Aseania Hotel Langkawi-Almari selalu dibuka waktu magrib dan waktu subuh.Rasa macam ada orang melintas ketika waktu berkenaan.
    2) Resort Tok Senik Langkawi- Bunyi orang terjun atas bumbung dan mencakar2 pada waktu malam
    3) Club Med Cherating- Bilik panas dan rasa macam ada sesuatu pandang.Mimpi ngeri2 dan meracau
    4)Mandarin Oriental KLCC-Bilik panas dan sentiasa gelap walaupun lampu banyak.Tidur macam orang tengok
    5) Hotel bajet di Cameron Highlands-Suka main tingkap dari pukul 12 mlm hingga subuh.Tension sebab x blh tido lansung
    6) Gunung Raya Resort-Langkawi- Shower dibuka sendiri dan flush sendiri.Kami bertiga naik takut.Satu bilik bunyi orang berjalan sb lantai papan.Resort atas bukit ada aircond lagi,tapi panas semacam.Mmg x akan pg dah hotel ni.Ngeri walaupun tempatnya best sangat.
    Ada beberapa lagi hotel yang saya x ingat nama,tapi selalunya kalau bilik panas walaupun ber aircond mmg conform jawapan nya =tukar bilik.

  26. Assalam kisah benar baru2 ni sy dgn huby g melancong ke luar negeri je, kat kuantan pahang..

    Kami dh booking hotel awal2 secara online..Lama x pegi bercuti rasa seronok la.

    Kami booking hotel 3H 2M…Hotel yg kami cek in hotel di persisiran pantai beserah bersebelahan pantai balok. Perjalanan kami ke destinasi tersebut memakan masa 4.30 jam di + dengan masa sesat, kami gerak dr tmpt kami pon ptg sgt dah.

    Sampai je kt hotel kami trs g cek in, sbb dh kepenatan. Kami sampai kul 11. Hotelnya boleh tahan la, tapi sunyi sikit je. tingkat 2 bilik 2090…dpt katil queen..sbb bilik lain sume katil twin single 2.

    Mlm pertama Memang x de masalah wlopon terasa meremang bulu roma, x pk pon pasal hantu2 ni…tp mlm yg kdua lps ujan dlm kul 8mlm sy x tahan sejuk selesema ditambah bersin2 lagi…n minx huby matikan aircon n buka tingkap bia angin masuk…then nyamuk plk kacau…jd sy tutupkan cermin tingkap smula…setengah jam pon berlalu huby sy pon dh hanyut di buai mimpi..pas tu sy turun bawah sbb lapar n tapau mkn bt huby sekali dlm kul 9mlm…sy ajak adek sy yg duduk kt bilik sbelah sbb nk ajak huby x smpai hati sbb dia dh tertido…

    Kiteorg lepak la kt restoran hotel tu smpai kul 12…blk je bilik tengok huby dah bangun…lepas je dia mkn..lyn tv sampai huby terlelap balik. Saya x dpt tido biasa la sbb lyn cite best kul 2.45 bru sy lelap. Abis je cite sy tutup sume lampu n tido…x pk ape dh wktu tu…tgk jam hpn dlm skitar dekat kul 5 pagi huby sy ngigau…sy abaikan sbb sy ingat dia ngigau skejap je…bilik wktu tu mmg gelap gelita…then dia ngigau lagi tanpa bernafas…sy jdi risau saya trs kejut n suoh dia beristifar pas tu dia sambung tido…

    Lepas je dia mengigau bulu roma saya pon meremang semcm…bilik gelap…sy pon terdengar cawan di atas meja di hentak…so sy buat tak tahu, sy x pandang kiri kanan…sy buat x tahu n pejamkan mata..sekali lagi saya di uji saya terdengar suara org berborak2 diluar bilik saya…sy pon berfikir siapa plak yang berburak kul 5 pagi ni…ada lagi ke yang x tido.sy jdi kaku n x sdp ht…sy pon trs pejamkn mata smula tanpa hiraukan ape yg sy dgr n ada di sekeliling sy. Perasaan takut tu sy abaikan..

    Sewaktu sy nk cek out…sy bersndirian dlm bilik hotel sbb huby antr brg kt kereta..sy bersndirian sbb lewat bersiap…sy lwt cek out kira2 kul 12.15…sepatutnya sy cek out kul 12…swaktu kua dr bilik sy tertumpu pd satu bilik yang berhampiran dgn bilik sy…bilik tgh…bilik tu terbuka terdedah tanpa ada seorang penghuni…krn hotel hotel telah dikosongkan…dan bilik hotel tersebut memang tiada sesiapa duduki..cuma ada 4 bilik yang ada penghuni…tp keempat2 bilik tu sudah cek out awal2 lg..room servis pon x de…yg ada pon sy sorg je di tingkat 2 tu..

    Selepas tu sy naik ke bilik sy smula sbb ada brg yg tertinggal…tetapi bilik tu stay lagi terbuka luas pintu biliknya..sy nampk dari luar bilik tu…bilik tu sgt kemas n rapi semuanya seperti tiada penghuni…

    Sy just pk yg positif je la wkt tu…kuatnya semangat sy…sy x pk lgsg prasaan tkut…sbb sy pon x nk jmp dia…

  27. Pengalaman yg xboleh dilupekn smpi hari ni…berlaku pd thn 2010 semasa sy mengandungkn anak pertama…

    Masa tu saje ajak suami pergi bercuti ke salah sebuah hotel di Bagan Lalang…pd hari pertama…kira2 jam 2 pagi…tiba2 sy terjaga dr tido sbb terdgr bunyi ada org pusing2kan cawan yg atas meja berhampiran tv…

    Sy ckp ngan suami bunyi apa tu…suami sy dgr gak tp nk sedapkn hati sy dia kata bunyi dr bilik sebelah kot..pastu sy kata klu bunyi dr bilik sblh kenapa bunyi dia kuat dan dekat mcm bunyi dlm bilik ni je..suami diam..pastu tido blk..xsmpi 5mnt cawan td berbunyi balik…sy terus xsedap hati bangun dan suruh suami on semua lampu dan tv..

    Kami berjaga dan xtido smpi pagi esk…mcm2 ayat kami baca..klu ikutkn nk checkout skrg jgk…tp nasib baik satu mlm je checkin klu 2mlm pagi2 esk dh checkout..

  28. Mrsliatuah says:

    Terbuka plak website ni, banyak yg cerita pasal hotel bella vista, memang tempat tu macam scary bila malam, sunyi sepi..tak pernah nampak org stay situ.

    Ke 2 yg di tok senik yg terletak di jalan mata air. Selalu lalu jalan ni waktu siang memang syok redup, nak dijadikan cerita, satu malam tu lalu jalan tu, husband nak ikut short cut…bila malam, taulah sunyi dgn hutan keliling lat lat plak dekat dengan simpang nak ke makam mahsuri…tetiba my girl yg berusia 2 yrs terus peluk kuat2 bila sampai dekat tok senik tu, dalam hati..sudah dia nampak, bacalah ayat qursi.diam sahaja.

    Kemudian jalanshort cut nak ke pantai chenang melalui temoyong dekat dengan tentera laut langkawi..situ bila malam…macam2 kelibat ….seram sejuk. Nak dijadikan cerita, beberapa tahun yg lalu I dengan kakak I decide nak cuti di langkawi, memandangkan school holiday.

    Semua hotel harga pun melambung, terjumpa plak hotel kepada adik holiday villa.federal villa. So, we book 3 bilik.I sampai on 1st day.diberinya bilik hujung sekali.tingkat 1 facing depan hostel staff and tepi jalan ke hotel lain.sampai dah petang, check bilik dah dekat senja.masuk2 bagi salam, dan kebetulan azan mahgrib, apa lagi on kuat2.sbb husband tak sempat nak azan nak jumpa cousin dia di underwater. I ni jenis boleh nampak, tetiba keluar 1 lembaga dari almari berambut panjang terus keluar pintu yg tertutup.berderau, boleh plak cakap,”aku nak tumpang tinggal sini sahaja dengan family aku, kau jangan kacau aku dgn family aku.pergilah tempat lain.nanti aku balik.kau duduk baliklah rumah ko” mcm pelik, entiti ni keluar macam faham, untuk 5 hari takda dia kacau plak…toilet kering, takda rambut.cuma rasa dia suka duduk dekat almari tu and belakang ada pokok kelapa.

    Keesokan, kakak plak check in.dia pun jenis boleh nampak.pukul 3 pagi, dia cakap ada org mandi dlm bilik air.sedangkan anak2 dia semua dah tidur, suami dia dah tidur, siapa yg mandi? Tutup muka sampai subuh.

    Hari ke 2 kakak nak keluar ke kuah, keluar dah nak senja.tetiba dia nampak perempuan rambut panjang duduk dekat tangga.then anak buah I yg sorang ni, datang lepak bilik I, tetiba dia pandang kat luar pintu ditenungnya tajam.padahal semua bilik ada guest bersilih ganti.aduhai, kakak tak cakap pada waktu tu, bila dah balik kl. Baru dia cakap, rupa2 yg duduk bila I berpindah ke bilik my sis, lepas tu duduk dekat tangga.

    So, betul cakap mereka..sampai hotel bagi salam, terus azan.if tak sempat, on tv yg ada azan atau phone.lepas tu rajin2lah baca 4qul, ayat qursi.inshaallah takda dia kacau.

    Tapi tips, rambut panjang, toilet basah tips yg berguna tak tahu plak itu tanda2 ada penghuni.so far, belum jumpa lagi toilet basah.

    Cuma, sesiapa yg datang ke langkawi.silalah jaga adap dan percakapan.jangan cakap besar serta celupar.berdasarkan pengalaman kawan2 yg ke sini yg tak jaga mulut….balik pasti demam seminggu.tempat ni keras, dan banyak sejarah zaman2 dahulu kala yg tersirat dan tersurat.

    Dengan hutan hujan tropika sana sini yg masih dara tanpa dirobek oleh manusia.masih banyak penunggu.

  29. nk layankn perasaan takut mmg x jadi ape…tapi benda ghaib tu mmg ade dan kite kena akur dgn setiap kejadian ade pro n kontra dia so kite ikut adab dan beradab…jika kita beradab dgn manusia x kn ada manusia yg marah dan jika kita beradab dgn makhluk halus maka dia org pn x marah n x ganggu….tu je citer dia

  30. OMG…takut I baca pengalaman stay kt hotel nie…Coming 31 Dec i plan nk gi Melaka. I dh booked hotel kt Marina Well Hotel….takutnyaaa….hopefully bilik kat hotel nie tak de apa2 yg pelik2…

  31. Cerita ni da lama..aku pg sabah dgn fmly aku, fmly abg prtama aku..pg sabah pon sbb akk aku kawin dgn org sabah..majlis sblh lelaki la ni..

    Nk dijadikn cerita rumah pihak laki penuh..xde ruang utk kami tido…kami pon sewa hotel..bilik kami mmg hujung..hari pertama tu aku ckp dgn mak aku..mak knp bilik air tu rase suram..bila nk mndi mcm rase ade org tenung..lpas tu bpk aku pon ckp bnda yg sama..sebiji mcm ayt yg aku ckp..tp mak xde rase ape2 mak ckp dgn aku..prasaan kau je tu mak ckp..

    Aircond pulak sejuk gilaaa..smpai panggil budak kje hotel tu dtg tlg kecikkan..die ckp da plg slow da aircond ni..mgkin kami xbiasa dgn sejuk aircond kot..kami buat bodo jek..

    Hari ke2 sedara pihak lelaki dtg hotel yg kami ddk tu..nk jemput kami..sbb nk bawa kitorg jalan2..diorg senyap jek..lpas tu da kelua hotel tu die cerita..hotel tu pernah ade kes bunuh..org ternama..sampai msk berita..perlu ke aku bagitaw hotel ape tu..pandai2 korg la tnye encik google..huhu..cuak betol laaa lpas tu..

    Mlmnye bapak aku smyg isyak..lpas smyg bpk aku bace ayt2 al quran sbb nk tido da..dlm pkol 9lebih mcm tu…time bpk aku bace ayt tu mcm2 aku dgr..bunyi pintu terkuak tertutp.bunyi meja ditarik2..bunyi kaki org berjalan…kami pilih bilik yg tgh2 ade pintu..sblh tu bilik abg pertama aku..dlm ati mungkin ank abg main2 kot..lpas tu aku terfikir..abg kelua jalan2 dgn fmly die..bilik diorg gelapp..lepastu dgr org hentak2 kaki dkt ats..hotel xkn la dinding mcm ruma flat..smpai bwh boleh dgar..aku da kejut2 mak..seramm..tp mak tido nyenyak betul lahh..

    Last2 aku tak taw la aku tido pkol bp…da sampai ruma aku kt jb bru aku cerita dgn mak..xnk da aku pg hotel tu lg..

  32. Hi.. Saya Nayrah.

    Saya nak cerita pengalaman saya bercuti dengan abang kandung saya di Sabah pada tahun lepas. Kami pergi berdua..Hotel di kg air di pekan KK.

    Masa saya check in tu keadaan sgt ceria. Tak memberi apa2 syakwangsangka..

    Masuk bilik.. Kami rehat, bersembang dan kami tidur akibat keletihan. Waktu itu masih 1ptg

    Tiba2 saya diserang oleh abg saya. Gaya seperti cubaan merogol. Saya terkejut dan takut.

    Susuk itu sgt kuat. Saya menjerit sekuat hati.

    Pintu bilik saya di tendang dan beberapa org hotel terkejut dan bertanya kenapa. Saya terus bgn dan pergi ke salah sorg org hotel itu.. Sambil berkata “org itu mahu merogol saya” tiba2 abg saya takda..

    waktu itu waktu senja.. Didapati abg saya waktu itu di McD berhampiran bandar untuk membeli kudap2.

    Saya terus tggu di lobi smpai abg sy balik. n kami check out serta merta.. pihak hotel memulangkan bayaran bilik kepada kami..

    • Kau pun satu. Mana boleh tidur dalam bilik yang sama walaupun adik-beradik kandung pun. Islam pun suruh ibu bapa pisahkan tempat tiodur anak lelaki dan perempuan bila sampai umur mumayyiz/ baligh.

  33. salam saya pun nak berkongsi cerita mengenai pengalaman saya. ketika tu saya dan kawan2 bercuti di PD. masa tu sampai dalam pukul 9 so gelabah cari hotel. cari punye cari jumpa satu hotel btol2 dpn pantai. HOTEL SRI MALAYSIA. tingkat 2 tk silap. dah lah bilik hujung sekali. mmg gelabah tk tntu psal la. everything is okay till saya tidur. dalam pkul 4 saya terbangun sebab dengar mcm bunyi org mencakar2 dlm almari. masa tu dah terbayang mcm2 terus baca ayat qursi then smbung tdo blik. lpstu tbngun plak dlm pkul 5.30 pagi sbb trdengar budk kecik dkt luar bilik gelak2 main lari2 dkt balcony. dlm hati dah ‘budak apa main pagi2 buta ni?’ tarik selimut trus smbung tdo balik. Langsir tingkp pula mcm terselak2. sumpah itu lah LAST saya tdo dkt sana. Bilik besar, tapi…… hm

  34. Tip kpd sapa yg suka travel….bawa garam bukit, surah yasin.

    Pada pengamatan saya sebelum masuk bilik bg salam,langkah kaki kanan,taburkan garam di dlm sekitar penjuru bilik sambil selawat keatas nabi,ingat…kalau nampak benda yg pelik mcm rambut..ambik rambut tadi dgn benda berlapik mcm plastik kemudian masukan garam dan bakar rambut tu.

    Ingat masuk dlm bilik air taburkan garam….baca dlm hati.

    Kalau bawa baby…diingatkan letak surah yasin bawah bantal baby..,minyak kasturi pun bagus kalau dibawa sekali.sebenarnya org tua yg sarankan adalah boleh ..dipratikan sendiri sebab org tua yg amalkan kalau nak pergi mana yg jauh saya mesti prepare garam kasar walaupun nampak karut tp ia banyak membantu semuanya dgn izin Allah

    • Salam. Trima kasih sbb share.

      Sy pnh kena. Masa baru msuk hotel tu kaki sy bersirat dgn rambut..dia xbergulung tp cm mcm byk. Panjang2. Mulut sy tiba2 terkeluar

      Úshh..pnjang nya rmbut..rmbut sapa la ni’.

      Tak sangka plak mulut y celupar ni.. Mlm tu tdo xjerap.. Lepas tu nk lelap utk kali ke berapa, sy mimpi ada org ketuk pntu. Sy bukak ada lembaga rambut panjang muka dia tunduk ja ke bawah.. Lepas tu sy terjaga..

      Ya Allah. Smpai skrg sy tringat…

  35. Saya pernah bekerja sebagai reception di sebuah hotel bernama hotel samila hotel bajet di sandakan sabah.. tpi ramai custmer suka stay sana… maklum kita staff sana semuanya peramah dan sedia melayan segala kemahuan custmer.. :D…

    Seperti biasa dlm 1 mingu saya di kenakan bertugas pada malam, dari jam 8 malam ke 8 pagi. Saya bagi custemer bilik 103. Sepasang suami isteri… c isteri plak sedang sarat mengandung..

    Pada mulanya suasana semua okay… tapi pada jam 11:00 malam, custemer si isteri memanggil kami… Dgn tenang dan slumber dia kata dgn kami. Dik,, tolong bha suruh permpuan tu keluar… dari tadi dia di ujung almari berdiri tengok kakak. Eermmm kami harian campur bingung… mana kak..,, x ad apun siapa-siapa? ada tu dia di ujung almari…fikir punya fikir.. kami suruh kakak pindah bilik lain…. 😀

    PAda minggu depanya lagi saya di tugaskan pada malam hari di hotel grand city in,, skarang hotel tu sdh di jual..kepada org melayu… cstumer cina datang cek pada jam10 malam. saya bagi bilik 101 depan caunter…tak smpai 30 minit dia berada dibilik air mandi ,,, dia hadap cermin.. ada aprmpuan berdiri di belakang dia smbil terseyum.. mlan tu jgak costumer check out

  36. Atyabdullah says:

    Salam dulu bapak saya pernah kerja dekat Bella Vista langkawi tu atau sekarang nama dia Tiara.. Alhamdulilah walaupun tempat tu agak seram dgn kawasan situ yg mati.. Tak pernah pun jadi apa apa dekat saya masa duduk di sana.. Kena pulak bapa di bagi rumah utk staff yg tingkat paling atas dan paling hujung sekali deret semua tak ada staff lain duduk hanya kami je.. tak ada apa pun yg jadi.. Mungkin ni semua dalam hati je kut.. Kalau terlalu takut atau fikir bukan-bukan benda tu datang lah..

  37. Korang percaya tak, majoriti hotel ada org bunuh diri dlm bilik..genting, beratus lagi kisah misteri korang boleh jumpa, kes org terjun gaung kemudian hilang adalah biasa.bagaimana dgn staf hotel jelmaan? Dan nasihat aku, jgn sesekali berkeliaran dlm ria apartment menjelang tengah malam. Takut korang akan terpusing2 di level yg sama.

  38. Emzek says:

    Dah bertahun saya travel dan dah byk hotel yg saya stay.

    Dari yg tak ada bintang hingga yg berbintang2.Saya juga pernah bekerja di hotel dan cerita2 hantu ni ada yg real dan ada yg mainan perasaan. Satu pesanan yg saya selalu ingat. Kalau kita menginap di bilik yg ada 2 katil dan kita bersendirian, letakkan barang2 atas katil yg kita tak guna atau tarik selimutnya.

    Jgn biarkan bilik terlalu gelap kerana agak merbahaya kalau kita tergesa2 bangun dlm gelap. Jgn cakap besar dan merapu. Dlm bilik hotel ni macam2 hal org buat, ada yg baik dan ada yg buruk. Baca Bismillah semasa melangkah masuk. Kalau balik dari jauh berenti sekejap dilobby. Pengalaman yg paling teruk saya alami adalah semasa bercuti di Hatyai.

    Ingatan juga,klu dirumah pun, bilik2 yg tak didiami tu tak payah la pasang cadar pd tilam.

  39. Syamsu Rijal B. Mohd Tahir says:

    Kenapa hari tu saya melancong tiada hantu kat bilik hotel saya? Jawab!

  40. raiyu says:

    Saya pernah tido kt everly resort kt pantai puteri melaka tu. Sewa apartment 2 bilik. Tp bilik utama berkunci. Call org kt reception suruh bukak. Bilik tu seram sangat2 bila masuk.

    Malam tu terus mimpi atau mengigau atau btol2 nampak ke tak tau la. Ada perempuan rambut panjang pakai baju putih berdiri dekat pintu bilik. Dia marah lepas tu cekik saya. Terus saya terbangun. Rasa seram sangat lepas tu. Tengok anak dengan suami elok je tido..lepas dari tu tak berani dah nak datang situ. Mmg tempat tu menyeramkan

    • Sy baru c/in situ 31 dec16 aritu.. Serius mmg seram..

      Sy sewa apartment 2 blik tgkt 3.. Mlm tu adik pengsan pk sbb dia batuk ke ape. Sbb mmg sebelum tu dia batuk kuat. Ayah dah rasa lain.. pgil adik x sedar2. Last pangil ambulans takut pape kan. Bila sampai hospital cek semua ok. And doktor pun tegur tgn kanan adik sy tu kenapa ada kesan cakar.

      Esoknya tu tanya dia nampak ape. Rupenya dia selak langsir nk tgk luar dia ternampak bnda putih kt bangunan sblh..

  41. eyza razak says:

    Setelah baca segala pengalaman di sini saya tertarik untuk kongsikan pengalaman saya ..

    Peristiwa ni terjadi di salah sebuah homestay di area sekinchan. Nama homestay saya dah lupa. Tapi masa tu kami menginap beramai2 di sana cos kami ada event birthday party malam tu di salah sebuah restoran berdekatan.

    Untuk pengetahuan semua, homestay tu berkongsepkan rumah melayu lama di perbuat dari 100% kayu serta kunci rumah tersebut pun still guna konsep selak ala2 cerita p.ramlee tu yg kayu tersengkang tengah pintu.. So first masuk tu apa2 perasaan seram tu tak ada la cuma mungkin terlalu excited so kami masuk tanpa bagi salam or ketuk bagai..

    Malam tu tepat pukul 9 kami bersiap untuk keluar oleh kerana pintu rumah tu kena kunci guna kayu yg saya cakap kena letak tengah pintu tu so kami tak la kunci secara perfect, just tutup dan guna mangga gari timbol pintu depan..Dipendekkan cerita kami habis event dlm pukul 2.00 am so masing2 dah penat.

    Kami sampai di homestay dan membuka mangga yg masih terkunci tadi.. Tapi ada sesuatu yg memeranjatkan kami bila pintu tersebut terkunci dari dalam dan kayu yg sepatutnya di letakkan untuk menghalang yg kami letakkan di tepi supaya mudah buka untuk kami balik juga terletak di tengah2 belakang pintu menyukarkan kami untuk bukak.

    Persoalannya siapa yg taruh kayu tu?? If ada someone masuk dan taruh kayu tu macam mana dia keluar balik dgn pintu di kunci dari dalam? Setelah dgn susah payah kami bukak macam pencuri salah seorang ditugaskan memeriksa pintu dapur pun terkunci dan kayu tersengkang di tgh2 pintu mmg seperti ada yg kunci dari dlm.. So masing2 dah pucat lesi dan biul memikirkan kelogikkan kayu tu terselak sndiri..

    Kami tak ckp banyak just malam tu tido pasang lampu terang2. Esok awal pagi kami out..huhu

  42. Azeah says:

    Bestlah baca cite kat blog ni. Pengalaman sebenar dari org yang mengalaminya

  43. MagenPari says:

    Sy ingin kongsi sedikit tips dari pengalaman saya. Maybe boleh bantu anda.

    >> Pada mereka yg tersilap check in bilik di hotel yg de “penunggu” tu…<<

    1) Jgn sesekali lemah semangat.
    2) Sebelum masuk bilik tekan loceng/ketuk pintu
    3) Bagi salam(ikut kepercayaan agama masing-masing)- Jgn main masuk saja.
    4) Buka semua lampu. Termasuk lampu tandas.
    5) Kalau terasa lain macam je cakap elok-elok dgn "penghuni tu" – Saya cuma menumpang je. Jangan ganggu saya. Esok lusa saya akan kluaq dari sini.
    6) Jangan tunjuk yg kita ni takut even dlm hati memang ada rasea takut. Kuatkan Semangat.
    7) Buka ayat-ayat/Doa-Doa yg patut (ikut kepercayaan agama masing-masing)
    8) Pada wanita yg period tu sentiasa basuh dulu pad yg dah guna, masuk dlm plastik buang di-tong sampah yg kat luar bilik.
    9) Jgn berselerak, kotor, maksiat, consume arak. Syaitan memang suka perbuatan sebegini
    10) Percaya yg MAHA ESA Sahaja. Jgn Buat perkara yg khurafat.

    ***Tip-tip ini sesuai pada semua tak kisah agamanya.***

  44. Berdasarkan semua story kat atas, ntah kenapa sy buat andaian: Jangan2 receptionist yg rekomenkan bilik2 bermasalah tu (walaupun tak ada perang mulut dgn customer) – bukan manusia, tapi jelmaan…
    macam cerita ah so dari hovler masa kat genting..

    Contoh lain macam cerita en rizal yg nak stay sat kat cameron tu. Lagi macam cerita cik sally ke merang resort tu…
    dan lain2..

    • Sy stay kt hotel d genting pon penah diganggu oleh hantu dr bilik sblh..
      Yg ternyata bilik tu kosong

  45. howler says:

    aku dulu penah group travel dgn kawan-kawan,pegi dekat je pun.genting higland..ramai pegia seramai 7 orang.ntah macam mana boleh ter pergi walk in ke apartment ria tu..samapi dekat parking kawan aku turun pegi tanya receptionist..kami semua tunggu kat parking je..masa tengah tunggu ade ah soo datang tanya..mau cari bilik ka..saya ada 1 rumah,murah saja.rm50.so kami semua terus on wa cakap lu..sebab masing-masing semua pekak hal luar and memamg taktau pebende tentang apartment ria kot.

    So dah deal setuju ah soo tu bagi kunci je,kitorang cari sendiri,maklum lah muda-muda semua.dia suruh pegi ambik towel saja nanti kalau perlu.so dah check in..sapa pun tak perasan yang bilik tu sebiji macam stor..yang aku ingat bilik tu banyak sangat kerusi bersusun mcm tinggi macam kerusi majlis dah selesai tu,kerusia biasa saja..ok,tak perasan.sebab happy sangat kot.so pegi ambik bilik masing-masing suka.

    jadi aku pun pegi cari bilik,bilik yang hujung jugak yang aku pilih,dah letak beg semua,boleh bilik tu terkunci sendiri dan masa tu aku kat dalam bilik tu sorang..tombol pintu nye takde habaq hang..so berlubang je,tapi selak nye ade,so aku ter lock kat bilik tu..aku panggil kawan-kawan aku..aku terlock ni ..ikut lubang tombol pintu tu..puas la nak membukanya..sebab tinggl lock nye yang kat daun pintu dgn lubang dinding yang bentuk tajam tu ka..korang paham la kot..so dah buka ok.semua rehat-rehat jap..sebab masa masuk tu pon dah dkt pukul 5 petang.so magrib tu lepas mandi semua nak pegi jalan-jalan theme park..memamg ingat sebelum kluar tu ramai-ramai cakap tutup je lah lampu rumah tu..macam mana boleh pikir macam tu semua pulak.

    so pegi la jalan-jalan je atas tu..on the way nak naik..aku ade perasan sekor rama-rama yang besar tu…hitam putih kaler tu..so ok.tkde kacau or tegur ke pun..seingat aku la..taktau la kot ade kawan-kawan yang tegur.daha habis puas jaln ke apa ngarut kt theme park tu..so balik la apartment rria tu..sampai-sampai je rumah tu..lampu semua terbuka habaq hang..masa tu aku dah tegur..eh sapa buka lampu..tadi kan kita semua tutup lamapu semua.lepas tu aku teperasan rama-rama tadi ada dalam rumah n cermin kecik kat ats cermin tingkap tu terbuka.habaq hang..dgn semua dah l;ain macam..apsal bilik ni macam stor hah..mungkin semua dah terkejut sapa buka lampu rmh tu.

    dalam rumah tu ada yang bawak couple masing-masing.so yang perempuan dok sebilik.pakwe masing-masing dok sebilik..aku dok bilik bujang 3 orang sedang elok ade double decker bilik tu n 1 katil queen berselimut merah habaq hang mengadap gaung ke apa luar mirror wall .berlangsir besar..

    Pendekakan cite,tengah dok borak-borak kami bertiga main kad..tiba-tiba..kat belakang langsir tu macam nampak susuk kena gantung ,n susuk tu pulak macam timbul dari belakang lansir tu..kat kaki langsir berombak-ombak dari kiri ke kanan..berulang-ulang tarik perhatian kitorang nak bagotau dia dok belakang langsir tu..kot..bayang kan lampu bilik cerah tap susuk tubuh lagi cerah belakang lansir tu..sapa pun tak berani selak..cuma cakap saja,kami tak kacau lu..klu silap rumah kami dok kami mintak maaf.so benda tu dok tergantung sajalah belakang langsir tu..kami tegnok langsir tu sajalah..dah leawat nak blah pun.

    Tiba-tiba member lagi sebilik ketuk,cakap bilik diorang tak boleh tido..katilnye dah macam spring terkleuar bila tdo.macam katil lama la..kot.aku tak pegi tengok pun..pasal kami dah tau rumah tu something.kan..yang member lagi sebilik taktau apa.diorg tido nyenyak kot.so dalam bilik bujang tu dah jadi 5 orang.dok tengok je lah susk belakang lansir tu main langsir berombak-ombak kiri kanan kaki langsir tu..memang tak tdio semuanya..

    then salah sorang nak ke toilet pulak..so pegi jelah..betul-betul luar pintu bilik je pun..dia masuk toilet pili air tebuka sendiri..dia cakap..cepat-cepat masuk balik.kami tak tido sampai pagi..ingat dah ok boleh dah cerah skit..so semua setuju kita kluar dari bilik ni..dok kat hall.bayang nak kluar dari bilik tu..susuk belakang langsir tadi macam nak ikut habaq hang..memang tetolak langisr tu macam kena tiup angin..padahal mana ada tingkap terbuka pun susuk tu belakang langsir lah kot tu..pasal aku orang last kluar,belakang sekali maksud aku.

    Dah dok kat dalm pukul 6.30 pagi-7 pagi macam tu,borak-borak lagi..baru la perasan,yang pasu bunga kat atas meja hall tu macam ada debu..n debu tu macam debu mayat.ok tau dah ni debu mayat sussuk tu kot..pegi kat dapur..terjumpa wayar yang bergelung-gelung kecil..tapi di buat amapaian..macam mana la boleh tak perasan..n kat bawahnye tu..ade batu lapik peti ais yg disusun berpasangan..lepas tu baru kami semakin dapat picture apa yang berlaku kat rumah tu

    kami pikr orang tu bunuh diri dengan gantung diri kat bilik bujang belakang tu,,batu pelapik fridge yg disusun berpasang tu diguna kan untuk dia pijak ke ats batu tu untuk gelincir diri dia..n wayar tu di gunakan untuk gantung,sebab wayar tu macam digulung-gulung tapi dah cuba diluruskan,kesan gulung tu masih ade la,n tombol pintu tu sengaja di buang supaya orang susah nak selamat or susah nak masuk lah bila dia bunuh diri..so nak halang orang selamatkan dia.sebab susuk yang kami semua nampak..betul-betul macam kena gantung..

    lps tu setuju la nak check out bila dah cerah skit..tapi bila semua dah ready buka pintu..nak kluar..macam ribut kat luat habaq hang dengan angin kuat tak tau dari mana..n lorong kluar masih gelap..bersepah dengan kertas jampi cina tu atas lantai,dengan deruan angin kuat kami kluar juga..sapa tak cakap apa..or nak pegi komplen.masing-masing ingat nak blah je dari situ..aku terus blah balik kampung..demam 3 hari..berubat dengan atuk aku sedang elok diorang datang bercuti rumah parent aku..memang kena sampuk aku masa demam tu..atuk aku dengar suara menangis dalam bilik aku aku mimpi orang pegang kaki aku time tu..aku terjaga,nampak susuk tu lintas kluar ke tingkap.

    bayangkan lepas dari mimpi tu mak aku kejut kan aku..macam mana mak aku sedar tak tahula..suruh aku kluar dari bilik aku..mungkin dia pun dengar kot.aku pun kluar la..dah tengah demam..mak aku ckp..duduk,tok wan hang nak ubatkan hang..aku dok..tok wan aku letak tapak tangan dia kat belakang aku..macam cite drama perwira habaq hang.sampai pagi..baru aku buka cite yang aku baru balik cuti dari genting dgn kawan-kawan.hantu semua..lah..mak aku pulak cakap..yang berubat aku malam tadi datuk moyang aku pulak,bukan tok wan aku..pasal tok wan aku tak sedar pun masa dia tengah jampi aku ala-ala perwira letak tangan belakang aku tu…siap bagi ayat al quran..tok wan aku salin atas kertas.suruh amalkan..ada dua ayat..1 ayat saja yang aku ingat..memang dia cakap klu tak bermal ayat ni akan hilang..memang hilang pun kertas tu..nasib baik aku ingat ayat tu satu dari 2 ayat tu..

    lepas tu aku pon sembuh.sekian terima kasih…taubat tak pegi dah genting tu.

    • admin says:

      Tq Howler atas perkongsian yg cukup detail ni. Apartmen Ria memang banyak ceritanya. Tapi ini kali pertama kammi dengar cerita tentang apartmen berhantu yg mungkin ada org bunuh diri. Yg dia tunjuk apa jadi tu yg tak tahan tu …

  46. Salam ziarah,
    Sis pernah ada pengalaman juga. Dulu, ada sekali berkursus kat HillCity, Ipoh. Lepas solat, kuak langsir pada tingkap, macam nak pengsan bila tengok ada ,something melekap pada cermin tingkap. Mustahil manusia bcoz tu tingkat yg ke berapa dan tak ada balkoni pun untuk dia panjat…huhu. Malam tu pengurusan hotel letak kitaorang 5,6 dalam satu bilik …huii terbayang-bayang lagi

    • admin says:

      Salam ziarah Sishaza,

      Benda/makhluk macam manusia yg melekap kat tingkap atau dinding tu mmg ada. Sebab saya sendiri pernah tengok.

  47. Monalisa says:

    Baru-baru ni saya dan suami menginap di resort di salah sebuah pulau di mersing selama 3 hari 2 malam. Yang peliknya bila masuk tandas dan bilik airnya saya dapati bowl toilet tu airnya kuning macam air kencing tapi aku ingat housekeeping lupa cuci kot so aku pam dan cuci lagi dengan air paip seperti biasa dan bowl tu kembali jernih.Yang peliknya setiap kali masuk toilet pasti bowl tu airnya berwarna kuning dan lantai tandas basah dgn rambut dan habuk bersepah.terpaksalah aku minta receptionist bawa penyapu.aku bersihkan lagi .tapi aku masih Macam tak sedar dan tak fikir kannya.

    Hari kedua pun macam tu juga keadaan toilet ..air masih melimpah seperti Ada org yg mandi dan buang air …tidak menjirusnya. Kami suami isteri menyalahkan masing2 di mana suamiku mengatakan aku tidak mencuci air kencingku padahal setiap kali mandi atau buang air aku pasti cuci Dgn bersih sekali.Selepas dinner pada Malam itu suamiku terhidu bau hancing yang amat sangat tapi aku tidak pula membaunya dan malam tu juga perut ku tiba2 nk meragam pula tapi masa tu juga air tak de ..terbantut pula aku nak teruskan.Selepas 10 Minit air ada semula.

    Aku memang tak boleh tido jadi aku layan astro movie sampai pukul 3pagi 2 Malam berturut2. Tapi pada mlm kedua tu aku terdengar bunyi cakaran di tingkap bersebelahan bilik air sehingga aku terlelap. Tapi aku masih selamba de.. je .. Suamiku dah tido nyeyak Cuma dia heran tengok aku setiap kali tersedar nak buang air aku masih tak tido lagi atau air cond tutup sendiri .. Dia tanya aku tutup ke sedang kan aku sentuh pun tidak , aku Cuma Cakap aircond automatic kot tapi 2 mlm berturut2 …aircond tertutup..

    Ini pun aku sedar bila dah balik kerja … Kalau aku perasan tanda2 pelik tu dh lama kami suami isteri check out dr situ ..Nasib baik dia tidak menjelmakan diri …seram juga dibuatnya. Maklumlah masa aku pergi resort tu kebetulan ada family day ..jadi aku dan suami dapat resort tu di tengah dan Paling hujung dan bersebelahan dgn bukit dan hutan. Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan mase honeymoon kali kedua dgn suami selepas 10 thn….

  48. Saya pernah bermalam di apartment ria genting. Kami taktau pulak situ ada kisah.

    Balik dari genting tu, kawan saya cerita yg family dia pernah stay apartment ria. Masa malam pertama dorg beli lah makanan ringan2 dekat kedai runcit yg ada di tingkat berapa saya tak pasti. Tapi bukan kedai runcit di tingkat 2, itu memang ada.

    Tapi keesokan harinya kedai dorang pergi tu dah takde. And masa dorg balik bilik makanan yg dorg beli tu pun takde. Kawan saya 1 family takut lah jugak sebab dorg dah makan makanan tu. Baki beberapa makanan ringan and buah je tak makan lg untuk stok kudap2 malam. Last sekali dorg pun check out.

    Nasib baik saya tak kena kacau masa stay dekat situ. nauzubillahhh

  49. Hanif says:

    aku pernah duk pangsapuri ria, genting tingkat atas… lupa tingkat bape, aku ngn kawan aku je mase tu dua org,tengah elok aku hisap rokok… tiba2 de orang ngis bilik depan aku,dan pastinya bilik tu kosong… makin lama makin kuat,aku terus masuk bilik duk dia n tido… nasib bek dia tak kacau.

  50. anis says:

    Betul. Saya pernah check-in hotel Marina PD apartmentnya yg suram dan bangunan yg kelihatan lama.

    Mmg ada gangguan kami alami tapi kami menganggap itu perkara biasa. Di mana2 pun makhluk tu ada. Anyway mmg bagus admin kongsi info mcmni. So lepasni bolehlah berjaga2 kalau nak check in hotel for holiday

  51. shila says:

    PNB Resort port Dickson.

    Wallahualam la.. saya masuk sebab dah excited sgt,, seingat saya saya lupa bagi salam.. terus masuk bilik kemas baju solat zuhur.. sebab sejam lepas tu seminar dah nak start..

    Masa nak bersiap siap g seminar tu ada radio.. kawan bukak radio tu. saya kuatkan.. ada 3 bilik semuanya. Satu bilik sederhana saya dengan kawan saya dah amik. So dijangka ada lagi 2 peserta akan masuk bilik besar tapi lewat asar baru diorang masuk. Everything went well.

    Lepas makan malam.. isyak.. sambung seminar. Balik bilik dalam kul 11 lebih nak ke 12. Masing2 dah masuk bilik nak tidur. Saya dengar bunyi tapak kaki dan orang alihkan barang dalam bilik paling kecil yg xda penghuni tu. Tengok sebelah.. kawan dah lena sgt tidur malas nak kejutkan.. Tiba2 satu badan naik gatal2 lebam2 warna merah. Gatal dia nauzubillahiminzaalik. Teramat sangat. Kejut kawan dia xtau nak buat apa. Sampai lepas subuh je benda tu hilang. Pegi seminar macam biasa..

    Malam tu naik balik benda merah tu. Rasa seram sangat. Last day seminar ada ustaz punya session ceramah,, so, rujuk kat dia.. Dia bacakan ayat2 al-quran dekat bawang putih dengan garam n suroh saya mandi dengan benda2 tu. Lepas mandi, terus hilang. Alhamdulillah, so.. bila balik cerita dgn mak ayah nenek… diorang kata mungkin kena kencing pontianak..

    Moral of d story.. bagi salam.. beringat-ingat.. jgn terlalu excited bila masuk tempat baru. (nasib baik benda tu tak muncul depan mata) wallhua’lam..

  52. Nurez says:

    Hi,

    Pernah stay di Bella Vista Langkawi dengan family.

    Sampai hotel waktu petang dan terus check in. Time malam tu kena kacau. Tengah sedap2 tido tiba-tiba bunyi orang ketuk pintu pukul 3 pagi. Kuat sangat. Sampai bergegar pintu bilik.

    Mama & ayah saya terbangun. Dia orang pelik xkan la housekeeping ketuk pintu pagi2 buta. Dgn beraninya my mom pergi intai kat lubang kecil pintu bilik. Guess what. My mom nampak satu kelibat tengah tolak troli housekeeping tetapi benda tu jalan sangat laju. Macam sekali imbas je. Then paling seram benda tu intai balik kat lubang kecik pintu tu. My mom hanya nmpk badan je. Muka xnmpk. Then my mom nk c/out malam tu juga tp my dad suruh tunggu esok.

    Then esok nya kami 1 family nk pergi breakfast kt cafe hotel di bawah. Sebelum keluar bilik tu my dad cari troli barang sbb nk kemas brg2. Tp troli tu xjumpa pun. Padahal sblm ni my dad ckp dia da letak kt tepi katil. Then my dad pun xamik port sgt sbb sangka troli da hilang. Then bila kitorang turun bawah nk pegi breakfast my dad nampak troli brg kitorang punya elok tersandar kt tepi dinding dekat lobby. Persoalannya macam mana troli tu boleh berada dekat lobby sbb xde sape pun yg bawa turun troli tu & siapakah yg mengetuk pintu bilik??

    Bila i da blk KL i cerita dekat kawan i yg pernah praktikal kat hotel tu. Dia cakap hotel tu memang berhantu.

    Dia cerita pernah 1 malam tu manager dia nampak kambing hitam kt salah 1 bilik tingkat atas hotel tu. Pelik kan.. Definitely mmg xkan stay kt Bella Vista Langkawi. Dalam website memang cantik sbb nampak mcm istana dalam cerita inggeris walt disney. Tp bila da c/in semuanya terserlah. So scary..

    • admin says:

      Hantu housekeeping yang tengok balik peep hole? Memang meremang bulu roma saya dengar cerita u ni.

      Sesiapa yg ada cerita lagi, boleh share. Atau perlu ke saya buka forum utk kita semua share-kan pengalaman kita? Cuba bagitau.

      • Gemini says:

        Actually.. bella vista tu bangunan lama yang dah tinggal tidak berpenghuni. Tu bila tengok dah dijadikan hotel.. mmg terdetik penghuni lain mesti ada dalam bangunan nie .. 🙂

  53. syed94 says:

    Best dpt bace cerita pengalaman diatas..moga ambe x kena gitu..na’uzubika min dzalik

  54. ratu says:

    hi,
    last year semasa menginap di permaisuri resort PD mmg ada bnda pelik terjadi. bilik kami bila mnjelang tgh mlm, lantai bilik jd makin basah dan seolah ada air keluar dari celah tiles…tp bila hari dah cerah sikit mnjelang pagi..air surut balik dan beransur kering..bilik kat tkt 3 dan jauh juga dr lsut sebb menghadap bukit..bila kami tanya kawan2 yg duduk bilik sebelah, tak de pulak jd mcm tu..kami diam je lah…mmg question mark???

  55. Saya baru je bercerita tentang kisah2 dlm web ni kepada seorang rakan saya…

    Menurut cerita rakan saya, dia mempunyai sepupu yg pernah bekerja di hotel Legend, KL… (opposite PWTC). Sepupu beliau yg bekerja di situ, memberitahu… prosedur utk beri bilik hotel kepada customer, adalah…. dgn membuka satu demi satu floor di hotel tu…. contohnya, mereka akan bukak tingkat 8 , untuk dipenuhi oleh semua customer. lepas tingkat 8 dah penuh, diaorang akan bukak floor yg lain pulak.

    2 peristiwa berlainan yg berlaku di hotel berkenaan yg dialami oleh sepupu beliau yg bekerja di situ, dan pakcik beliau yg menginap di situ juga. Peristiwa pertama berlaku kepada pakcik beliau. Pada hari yg pakcik beliau datang, sepupu rakan saya ni off day. Masa pakcik dia dtg (walk in), bilik semua dah penuh. But he insist nak stay dan suruh reception carikan jugak bilik. Nak tak nak, reception pun bagi lah satu bilik hujung sekali di tingkat 7.

    Masa baru masuk ke bilik tu.. takde rasa apa lah… then, bila dkt nak malam, pakcik dia tu keluar makan…. lepas balik dari makan, dia terus ke toilet bilik hotel tu… dan dia mendapati ada rambut panjang di dalam sinki di toilet tu….. dia buat dek je laa… bila malam.. nak tido, mcam2 bunyi yg dia dgr… termasuk bunyi orang tengah mandi dlm toilet tu…. (dan ada lagi mcm2 gangguan…. saya pun tak ingat apa yg kwn saya ceritakan tu).

    Bila balik kg, kebetulan sepupu rakan saya tu ada di kg… so, pakcik dia tu pun dok cerita pengalaman seram dia kat hotel tu. Sepupu kwn saya ni terkejut.. kerana pakcik dia stay di tkt 7 hotel tersebut. Menurut sepupu dia, tkt 7 tu dah lama tutup. Dulu2 pun kalau dibuka pada customer.. , staff yg bertugas tgh malam utk menghantar suratkhabar ke bilik2, apabila sampai di tkt 7, mereka semua takut nak hampiri bilik yg diduduki oleh pakcik rakan saya tu. takut punya pasal, staff tersebut hanya lempar saja surat khabar di depan pintu bilik tu dari jauh, instead of sangkutkan di tombol pintu.

    Peristiwa kedua ni dialami oleh sepupu kawan saya tu sendiri yg bekerja di hotel berkenaan.

    Ketika itu beliau syif malam. Semasa dlm lif, beliau berseorangan. Tiba kat satu floor, lif terbukak, dan seorang lelaki berusia masuk. Lelaki tu sempat menegur sepupu kwn saya tu, dia tanya, “syif malam ke?”. Aepupu kwn saya tu hanya mengangguk. Apabila tiba di tingkat 7, lif berhenti dan lelaki tu keluar.

    Sampai di tingkat 8… barulah sepupu kwn saya tu keluar. Keesokannya, dia baru teringat yg tingkat 7 telah ditutup. tapi kenapa orang tua tu pegi ke situ. Untuk kepastian, sepupu dia tu pergi ke bilik security utk tgk kat cctv dlm lif. Bila dia tgk balik dlm cctv tu, mmg dia ada dlm lif, seorang diri… sampai kat satu floor, lif berhenti dan terbukak. Kemudian tutup balik. lepas beberapa saat tu, lif tu berhenti lagi dan terbukak (tkt 7). Kemudian, barulah lif bergerak dan berhenti utk sepupu dia keluar pulak.

    Memang jelas dlm cctv tu hanya sepupu kwn saya tu seorang diri. Kecuali pergerakan lif sahaja yg nampak pelik. Selepas tgk kat cctv tu, sepupu kawan saya tu terus tak sedap badan, dan demam….

    • Hi Anne,
      Hotel Legend atau nama barunya Hotel Sunway Putra yang lokasi bersebelahan dengan PWTC yang anda ceritakan ni agak lain berbanding dengan keadaan hotel itu yang saya tahu. Untuk makluman, Tingkat 5-8 adalah parking. Lobi untuk hotel berkenaan adalah di tingkat 9. Tingkat 10 bar dan restaurant. Bilik² pula dari tingkat 11 dan ke atas.

      boleh check alamat hotel dekat website http://putra.sunwayhotels.com/
      9th Floor, Sunway Putra Place, 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur

      tingkat 9.

      saya bukan pekerja hotel ini, cuma saya rasa maklumat yang anda berikan tidak betul.

      • Hotel Sunway Putra tu rasanya ada renovation selepas diambil alih dari Legend Hotel. Mungkin yang diceritakan tu time bangunan Legend Hotel sebelum ni kot.

      • FarrahEisha says:

        Yer btol cakap fadz mungkin cerita ni semasa hotel tu dikenali sebagai Hotel Legend..Sebab saya baru sahaja menginap di Sunway Putra Hotel bualn lepas,keadaan hotel amat baik,bersih dan selesa..dan masih nampak seperti hotel baru .Dan dibawah hotel terdapat shopping mall dan lobby utk check in ditingkat 9.Alhamdulillah kami belum pernah diganggu lagi dan belum berdepan dgn peristiwa misteri,dan mengharap benda tu tak berlaku kepada kami sebab kami sekeluarga mmg rajin bercuti dan suka menginap di hotel 4 @ 5 bintang.

        Saya pernah menginap di Hotel Dynasty Kuala lumpur ,masa pertama kali masuk ke dlm bilik hotel tu memang suasana bilik agak menakutkan ,suram dan nmpk uzur sbb yg sy tahu itu antara hotel yg agak lama jgk…sy tiada pengalaman ternampak or terjumpa makhluk halus ni,cuma masa sy nak tidur pada malam tu mcm rasa ada sesuatu gak dlm bilik tu nak panggil suami dia sedang menonton tv di ruang tamu bsama rakannya sbb kami ambil apartment 2 bilik…tp sebab dah penat sy terlelap dah alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku,tapi setelah suami saya masuk kebilik dlm lbh krg pukul 3am sewaktu nak melelapkan mata member suami saya terdengar dari dlm biliknya seperti ada orang menyelak langsir byk kali diruang tamu,tapi dia menyangka suami saya.Esoknya setelah check out dia bertanya suami sy tentang langsir tu tp suami sy ckp dia tak keluar bilik dan terus tertidur sebab kepenatan memandu dari jb.Pastu kami check in ke Hotel Istana dan alhamdulillah tiada benda pelik yang berlaku.

  56. no name says:

    Since myself pon mmg dulu hotelier for so many dongkey years kan and dah bkeje kat 2 different hotel in KL ni so mmg dah masak dah dgn benda2 mcm ni.

    To me klu benda2 pelik ni mmg pekara biasa, smue hotel pon ade ‘cerita’ tersendiri cume kitorg xnak la cite kan. Nanti sape lak nak duk kat hotel kitorg. Hahaha… mane xnye! Asal rase kecewa nak bunuh diri je, check in.

    Yang susahnye kitorg gak la kena layan benda2 mcm ni.

    Salah sape??? Mereka & keluarga mereka gak! Hahaha…

  57. Ni cerita no2..

    Resort di pulau jerejak. Kami check-in di sana sbb tgk pakej yg menarik. Mana tak nya. Siap ada outdoor skali dengan makan plus ngan spa pulak tu.

    Sy n isteri ambik je la pakej ni..3 hr 2 mlm. Ok laa.. Masa kami pergi tu mmg ramai org. Kami stay hari Sabtu, Ahad and Isnin.. Hari Sabtu tu tak ada aktiviti apa yg kami buat just rehat2 je laa..

    Lepas tu malam tu ramai org.. Yer laa cuti agaknya.. Staf2 dari bank ramai.. Maybe buat family day kot. Hari Ahad petang org dah xda.. Receptionist jauh gila di depan..Dah tak ada org kami pon turun laa swimming pool.. Hanya kami berdua ja yg ada. Tak ada sapa2. Restoran pon tak ada org.

    Lepas mandi2 kami masuk bilik. Salin baju terus pi buat aktiviti outdoor. Memang best laa wt aktiviti ni. Lepas tu kami balik bilik rehat2. Dah senja. Saya tengok blok sy dok tak nampak sorang manusia pon. Sunyi sepi. Dalam pukul 8:00 sy sembahyang mghrib n tengok tv. Bilik memang besar. Lepas tu dlm pukul 11 isteri sy asyik tengok luar jerr. Saya marah. Jgn tgk luar, bukan ada org pon. Sebenarnya saya marah sbb tak sedap hati..

    Then tengah tengok tv elok2 je ni, tiba-tiba macam ada satu benda keluar dari kepala katil bergolek atas cadar..tapi tak namapk apa2. Sy n istri pandang satu sama lain..pelik..Sy buat selamba, tengok tv..zuppp ada bayang lintas depan tv.

    Lepas tu isteri sy dah terlelap.. Elok saya bangun pergi toilet, apa lagi..nampak kakak membelakangkan sy..Berderau darah..Lampu sy bukak then terus ke katil. Sy tak boleh lelapkan mata. Dok teringat2. Lepas sy tengok tv. Elok tengok tv sy terpandang istri sy. Terkejut hanya Allah tau..isteri sy tak serupa isteri dah. Jadi rambut panjang baju putih. Saya baca ayat kursi hembuskan ke isteri..terus dia terbangun n ckp, “Kenapa??”. Sy ckp tak ada apa2.

    Sy pulak gatal2 pergi tengok luar tengok kakak dah dok kat luar bilik.. Esoknya kami check out.. Hanya kami berdua ngan beberapa org staf jaa naik bot. Mungkin dorg abis shift kot.

    Atas bot sy keluarkan handy cam merakamkan pemandangan pulau jerejak. Sampai di rumah, sy terkejut sbb mcm ada 1 lembaga putih dok tepi jeti. Tak tau laa betul ke tidak..Tak tau laa kot2 batu..sbb kabur..Tapi memang nampak macam susuk tubuh manusia..

    Nasihat sy..jangan laa pergi..kalo nak jugak pergi laa ramai2..Sekian…

    • Dulu comp kami pun ada buat family day situ, tapi masa jmok dgn sales person yg kebetulan malay girl…
      Dia info kalau ada baby atau budak kecik lebih baik jgn overnite situ..
      Huuii….sek bek dia nk inform, kena plak dia cakap, tiap2 malam jumaat staff akan baca yasin kt resort tu…
      Dalam senyum dia bgtau “resort ni keras sikit”…

  58. Assalam..
    Sebenarnya saya pon ada 2 peristiwa pelik sepanjang menginap kt hotel2 ni..

    1st- ni hotel kt cameron. Kami dari perjalanan Johor nak balik ke Penang. So terlampau letih nk drive..So saya n famili cadang nak pegi Cameron untuk berehat2..Kebetulan masih bercuti..So kami naik cameron..dengan cuaca sejuk its fine for me untuk berehat..

    Kami terjah satu hotel ke satu hotel..semuanya penuh..nth macam mana kami pergi kt 1 hotel ni..Hotel ni hotel lama zaman british dulu..Korang paham2 laa noo yg mana 1…hehehe…

    Kami pegi situ..bukan apa saja nk bertanya harga..sbb tau selalunya mahal..Kalau dah takda kami terpaksa laa drive turun n terus ke penang..

    So sy pergi kt receptionist..Sy tnya ada x bilik kosong..Dia jawab xda..Sy tnya rate brapa?? Semua 3++..Erk mahal gak..xper laa sy ckp xda rezeki..

    Lepas tu elok sy nk ke kereta..tetiba 1 receptionist ni panggil..’Cik2 ada 1 bilik kosong..Sy pon bertnya..Td kata penuh..Dia selamba jwb..Tengah cuci..Sy pon ok laa..Tnya rate brapa?? 2++..Aik murah pulak?? Bilik besar katanya..Tnpa berlengah trus check in..

    Masuk bilik tgk susun atur dia..Mak aii cm pelik jaa..Ada kabinet tengah2 bilik seolah2 2 bilik yg dipecah dinding tengah..So sy tgk keliling..Gelapnya. Terus bukak lampu terus ter tido..sbb penat..

    Kebetulan masa tertido tu abg ipar sy cerita.. Dia terjaga sbb dgr org ketuk bilik.. Then dia wat bodo jerr…Pastu dia nampak org masuk bilik kami letakkan towel. Padahal tak mintak pon. Mana buley masuk bilik guest cmtu jer kn??

    So dekat senja, kami turun bawah jap mak then balik dlm kol 9.00mlm. Terus tido sbb penat. Mlm tu sy resah x boleh tido. Alih pandangan ke tepi tingkap. Jeng3..nampak laa satu benda mata merah nyala dok tengok sy dr luar tingkap..Perghh..baca ayat kursi tgk skali lg dh tak ada..

    Lepas tu anak2 sedara pulak mcm gelisah x boleh tido..Esok pagi tanya kenapa x boleh tido ke semalam?? Yang sorang anak sedara ckp .. nampak kakak..

    Lepas tu kami check out ngan seribu persoalan..Lepas amik semula deposit..sy drive turun dari cameron..kami bercerita tentang benda2 yg mengganggu..sampai jaa di penang, kami terus call receptionist untuk dptkan penjelasan. Receptionist tu x kata apa. Dia just tanya, “Check in kt sapa??,” Sy ckp x ingat nama receptionist. Lepas tu terus dia kata bilik tu sebenarnya dah di book. Tapi org x jadi datang. So dia open laa untuk org lain. Sy pelik. Mula2 ckp masa check-in bilik tu baru org keluar?? Ni org x jadi dtg pulak..huhu..entahla..beringat2 laa

    Cerita no 2 tu nanti sy post lain..

  59. Hi,

    Saya nak bercerita tentang pemgalaman saya bercuti di hotel2 di Malaysia. Pengalaman seram dan menakutkan.yang telah saya alami sepanjang menginap di hotel.

    Seri Kinabalu (Sabah)

    Saya dan suami telah pergi ke Sabah untuk bercuti. Kononnya nak bersuka ria. At last, lain pulak yang jadi. Saya dan suami telah book hotel tersebut melalui laman web hotel tersebut. Sesampainya kami di sana, kami dapati hanya kami yang menginap di resort tersebut. Kawasannya mmg sgt cantik kerana berbelakangkan Gunung Kinabalu, tetapi menyimpan 1001 misteri.Semasa manaiki tangga resort tersebut, saya lihat daun2 kering bertaburan di tangga dan sekitar koridor. Saya hiraukan sahaja keadaan tersebut. Saya terus menuju ke bilik dan seterusnya ke bilik air. (Sebab x tahan nak terkucil). Keluar jer dari bilik air, saya dapati suami telah tertidur. (Mungkin terlalu penat dgn perjalanan yg jauh). Saya baring di katil dan “on”tv. Dgn tiba2, entah dari mana, hujan turun dgn lebatnya disertai dgn kilat yg menyambar. (Mcm pelik jer, tp itulah yg terjadi). Tiba2 siaran tv tertukar dgn sendirinya. Pada mulanya saya ingatkan suami yg mungkin tertekan butang tv. Tp saya silap sebab remote control itu berada di katil sebelah. Saya cuba kejutkan suami, dan terus keluar dari bilik dgn membawa beg pakaian. Suami berasa hairan dgn tindakan saya dan tanpa berkata apa2. Kami terus keluar dari bilik tersebut. Semasa dalam perjalanan kami untuk mencari hotel yg lain. Saya merasakan seperti ada lembaga yang duduk di belakang saya di dalam van tersebut. Mulut saya terkumat kamit membaca ayat2 suci Al-Quran dan akhirnya lembaga itu hilang, semasa dalam perjalanan.

    Naza Talyya (Penang)

    Saya telah booking hotel bilik nie, lebih seminggu awal. Sesampainya saya di kaunter receptionist,staff menyatakan bahawa semua bilik telah penuh, kecuali satu bilik. Saya merasa amat hairan kerana sebelum ini, saya telah awal book bilik di hotel tersebut. Saya telah membuat tempahan utk satu King Size Bed. Tetapi sesampainya saya di dalam bilik, saya amat terkejut kerana telah diberikan bilik yg mempunyai two single bed. Sebab malas nak argue, so kite org ok jer laa. Bilik saya mempunyai koridor menghala ke kawasan berhutan. Pada petang tu, suami saya buka pintu koridor. Pada ketika itu saya merasa seram sejuk dan saya tutup pintu koridor itu. Lebih kurang 3 pagi, tiba2 saya terdengar bunyi budak bermain bila di koridor. Saya ingatkan penghuni sebelah. Saya beranikan diri dan buka pintu bilik, dan terkejut bila dapati tiada seorangpon yg berada di situ. Saya merasa amat takut dan terus tutup pintu. Selang beberapa minit, di dalam bilik air, kedengaran bunyi tandas dan shower. Seperti ada org sedang mandi di dalam bilik air. Selain dari itu, kedengaran juga bunyi entiti itu bermain dgn almari di dalam bilik air iaitu dgn membuka dan menutup almari secara berulang kali. Pada ketika itu, saya cuba utk kejutkan suami, tetapi dia seperti tidur kaku. Semalaman saya tidak dapat tidur, sehinggalah matahari muncul barulah bunyi itu berhenti.Pada keika itu juga, saya sekali lagi kejutkan suami dan terus “checkout” dari bilik tersebut. Sesampainya saya di kaunter receptionist. Saya menceritakan pengalaman ngeri saya kepada staff tersebut. Staff tersebut hanya memberikan reaksi selamba dgn menyatakan “Owh iye ker bilik tuh”. Saya merasa amat terkejut dgn respond staff tersebut. Dia seolah olah tahu akan misteri bilik tersebut, tetapi masih memberikan bilik tersebut kepada saya. Pengalaman negeri itu x mungkin dpt saya lupakan.

  60. farisa says:

    salam..

    saya nak kongsi pengalaman saya trainee bahagian IT dekat sebuah resort di cherating.

    masa tu dah dalam 2 bulan lebih saya training kat situ. hari tu, IT exec saya minta saya check semua Access point yang ade dekat block ni sebab terima beberapa komplen dari guest yang wifi tak dapat. masa kena check tu dah dalam pukul 4.30 petang. saya pun check jela.

    sampaila saya tiba nk check kat access point tingkat atas skali, dah penghujung block resort dah. Access point betul2 kat dinding luar, bersebelahan dengan pintu bilik 350. dalam saya duk tunggu signal loading tu n try surf internet tu, tibe2 saya dengar bunyi orang ketuk pintu dari dalam bilik. masa tu dah 5.30pteng camtu. saya fikir housekeeping. mungkin entertain guest tingkat bawah.

    kemudian, selang dalam 10 saat, bunyi ketuk lagi sekali. kali ni saya sah dari dalam bilik 350. ikut logik, saya tengok dari luar, xmacam ade guest yang menginap dalam bilik tu. keadaan pun macam sunyi je. tibe2 saya rasa lain macam. tapi xfikir apa pun lagi. kemudian saya turun dan submit report pada it exec saya dan balik.

    keesokkan hari tu, saya tnya geng trainee saya yang jaga kat housekeeping, ade guest ke menginap kat bilik tu. dia mcam boleh agak. dia cakap, bilik tu rosak. xde barang dah pun dalam bilik tu. saya mampu telan air liur je dengan penjelasan kawan saya tu.

    mngikut dia, banyaaakk lagi cerita yang ada terutama seklai dari geng2 housekeeping, room service n bell boy. sebab dorang la byak duk gi mari dalam block2 resort ni. tapi saya cerita pengalaman saya jela. kan kalu cerita jugak, tapi silah informasi dah jadi fitnah pulak.

    hm. jadi kalau menginap di mana2 resort di cherating, ingat, jgan ambik bilik 250 atau 350. inshaa Allah anda xkan menyesal.

  61. Saya nak berkongsi pengalaman saya juga. Saya salesman, selalu tinggal kat hotel. Tak pernah mengalami apa2 pengalaman seram.. tapi kali pertama saya kena kat hotel austin paradise kat johor.

    Saya last minute ambik bilik hotel. Bila saya pergi dah pukul 5pm. Receptionist kata semua penuh, yg ada cuma 1 bilik.
    So saya ambik la sebab malas cari hotel lain. Dah ambik kunci, saya pergi ke bilik… lorong ke bilik saya tu mcm gelap dan seram sebab lampu tak terang sangat. Saya dah rasa semacam, tapi saya ingat mungkin sbb gelap sikit jadi saya takut, so i tak kisah la

    Mcm biasa, sebelum buka bilik hotel, saya ketuk dulu. Nampak bilik air mcm ada tompok air. Ingat mungkin org baru check out, lantai bilik air masih basah, so i biar je la. Lepas tu, bila saya tengah relax kat katil tengok tv, dengar air dari shower tu menitik sekejap… macam ada orang bukak shower tombol tu besar-besar lepas tu tutup balik. Selama pengalaman saya tinggal kat hotel, tak pernah berlaku mcm ni… tapi saya ingat okla, mungkin sebab pressure air menyebabkan tu…. tapi dlm hati, rasa pelik jugak… kalau tombol shower tu tertutup, mcm mana pressure air boleh buatkan air menitik tiba2… selang setiap 5 min, bunyi tu ada lagi…mula2 takut sikit, tapi saya biarkan je bila dah biasa dan mungkin sbb pressure air.

    So lepas makan malam, saya balik lepak kat hotel tengok TV. Lepas tu dengar macam bunyi bising kat belakang tingkap. Bunyi mcm ada org seret bende.. Pas tu dengar macam ada orang berjalan kat atas atap rumah di sebelah tingkap (bilik saya bukan tingkat paling tinggi). So saya jakun bukak langsir tingkap tengok apa bende yg bising sangat tu… gelap bukan main gelap giler tak nampak apa2 sangat… bila tengok betul2, rupa2nya, sebelah hotel tu, ada pembinaan rumah baru… so saya ingat mungkin dah malam pun dia orang buat pembinaan rumah….tengok betul2, semua gelap tak mungkin ada orang buat kerja…masa tu dah rasa seram sbb gelap tak nampak apa2. tapi saya masih tak takut sangat sebab ada kedai di bawah hotel. Mungkin dia orang tengah buat kerja sbb tu bising… so saya tak takut la. Tapi tak tau kenapa rasa tak sedap hati lepas bukak langsir tengok luar yang gelap tu.

    Saya tengok TV sampai 1230am… tengok2 ada Final destination 5.. apa lagi, layan la…

    Tengah sedap tengok tu… tiba2….. cermin yang terpacak kat dinding tiba2 terjatuh !!!!!! Cermin tu panjang lebih kurang 1 meter, lebar lebih kurang 50cm… klu biasa pergi hotel, u boleh nampak cermin macam ni melekat kat dinding…. cermin tu klu tak silap, memang macam gegar sikit sebelum ia jatuh… bila jatuh, ia jatuh menegak 90 degree… lepas tu, perlahan2 (memang perlahan betul jatuh) jatuh ke lantai (cermin ni berat jugak, bila jatuh menegak, memang bunyi macam gempa bumi “DUMMM” bunyinya.) nasib baik betul2 bawah cermin tu saya letak bag saya.. so bila jatuh ke lantai, terkena bag tu dan tak pecah.

    Saya masa tu dah terperanjat beruk betul, terkejut betul sampai membaca mantera cina. Risau org hotel ckp cermin tu retak sbb saya yg jatuhkan, saya call receptionist datang ke bilik saya check.

    5 min kemudian, receptionist pun datang… terperanjat jugak la dia tu sbb tengok cermin jatuh mcm tu.. so dia pasang balik…cermin ni jenis yang terpacak pada 2 skru kat dinding… saya tengok dua2 skru tu masih terpacak pada dinding, tak senget dan tak longgar pun.. cermin ni jenis yang ada lubang dalam di mana, kalau nak keluarkan cermin tu, kena angkat cermin tu ke atas baru boleh keluar dari skru tu.

    Saya tanya dia, apasal cermin boleh jatuh, dia pun tak tau nak jawab, cuma jawab mungkin dah lama… saya tengok belakang cermin di mana tempat meletak skru tu, ok je.. takde pun pecah ke atau retak ke…. saya tak dapat nak explain kenapa cermin tu boleh jatuh memandangkan skru masih terpacak kat dinding ( saya tak boleh cabut atau pusing pun) , belakang cermin tu pun takde retak atau pecah pun kayu tu yg menjelaskan kenapa boleh jatuh.

    Saya dengan dia berdua sana pening tak dapat nak jelaskan.. so saya straight tanya dia, bilik ni ok ke? dia kata ok, takde pun customer complain bilik ni ‘berpenghuni’.

    Saya pun cakap pasal air kat shower tu.. dia pun takde pun terima apa2 complain…..

    Disebabkan saya tak dpt explain secara logik, saya tak tidur malam tu di bilik tu.

    Cerita belum habis lagi….

    So pagi besoknya tu, saya balik bilik tu pukul 730am… yela, dah pagi saya ingat ok la.. tak takut sangat… tapi memang rasa semacam juga bila balik bilik tu sebab takut entah apa lagi bende pelik dlm bilik tu… mcm biasa, ketuk pintu sebelum masuk.. (kali ini ketuk kuat sikit). Alright, takde bende pelik atau bende jatuh….check semua bende, semua okla , takde yang tak betul. … kebetulan saya terlupa nak ambik barang dari kereta saya, so saya keluar sekejap ambil barang dalam kereta. Tak sampai 5 min, saya balik hotel…. tapi kali ini saya perasan bende yang pelik… bilik saya tu ada 2 single bed.. since saya seorang, satu lagi katil tu, saya biasa letak barang kat atas….mula2 atas katil tu cuma ada towel saya… kali ini bila balik hotel, saya tengok ada bende bulat hitam atas katil…. saya pun pelik, cuba ingat balik tadi ade ke bende ni kat atas katil,,, memang sah takde… aku pun pelik apa bende ni atas katil…. so, saya ambik bende tu, tengok2 sekeliling hotel apa yg boleh fit bende ni… tengok2 bende hitam tu cover untuk tong sampah kecik… memang fit atas tong sampah tu…..AIK???? mcm mana bende ni boleh terbang kat atas katil sebelah aku ni!!!!!

    Nak kata org dah kemaskan bilik, kenapa bilik aku masih bersepah… lagipun… tak sampai 5 min pun aku turun, kalau balik bilik mesti nampak orang tu tengah kemas…

    so… aku tak dapat expain… aku gelabah, pindah bilik lain, nasib baik bilik lain ok je….

    Dalam hati, mungkin sebab bilik tu dekat dengan pembinaan kawasan rumah baru, dan saya kebetulan menjenguk keluar tingkap malam tu.. mungkin aku tak nampak apa2 tapi mungkin ada “kawan” yang bengang dengan aku ingat aku tengok ‘kawan’ tu….

    Ada sapa2 ada pengalaman mcm ni?? atau ada sapa2 yg boleh explain ? aku tak dapat explain……..

    • Ada lagi pengalaman kedua yg sy x dpt explain.
      Saya tinggal di hotel boutique di johor bersama colleague saya sebilik.
      Bilik saya adalah yg paling hujung di lorong tingkat kedua. Org cina ada pesan, jgn ambik bilik paling hujung di hotel sebab kurang org yg menginap, tapi saya buat dek saya sebab ada rakan sebilik.
      Malam tu kami berborak sampai tidur, semua ok je, cuma bilik memang kecik. Jalan 2 kaki sudah sampai tandas. Dan saya tidur katil yg bersebelahan tandas itu.
      Malam tu kira2 pukul 4am saya terbangun mcm dengar ada orang berborak2. Tak kuat sangat tapi boleh dengar mcm org bisik depan bilik saya. Saya pelik sapa yg tak tidur lagi, saya cuba curi dengar tapi tak paham bahasa apa yg pompuan borak2. Dengar mcm vietnam, macam thai tapi tak jelas. Saya buat dek jela…
      Tengah tutup mata nak sambung tidur, saya terdengar bunyi ketawa macam hikhikhikhikhii macam kawan ko yg ketawa bila dia bergurau dengan ko. Bunyi mcm datang dari tandas…terkejut saya masa tu tapi saya x buka mata lagi sebab cuba pikirkan bunyi apa tu…aku pikir ada haiwan kat sebelah bilik ke? Sebab bilik sana dinding memang nipis, semua boleh dengar. Aku buka mata aku terus. Takde apa2 tapi rasa seram. Sampai sekarang aku tak tau itu ketawa haiwan ke apa. Sebab pasti tu bukan ketawa manusia..dan tak pernah dengar haiwan ketawa atau buat bunyi mcm tu sebab ketawa itu memang mcm ketawa sinis. Aku pandang kawan aku, dia tidur mcm babi.
      Aku tidur menghadap kawan aku, tak nak aku pergi tandas tengok ada apa. Dan aku terlelap.
      Aku terbangun sekali lagi, tengok jam pukul 6am. Aku nampak kawan aku dengan bogelnya siap dengan tuala menutup maharaja dia tengah pergi ke tandas… aku malas bangun dan terlelap lagi…
      Terbangun sekali lagi pukul 7. Aku nampak kawan aku baru nak bangun, aik pelik pulak. So aku tanya dia, “wei, ko baru bangun ke? I thought ko bangun pukul 6am tadi nak mandi”. Dia kata “Mana ada, aku baru bangun ni”…….
      Pelik, aku pasti aku tak bermimpi…..sebab memang aku boleh rasa aku terbangun dan tengok jam pukul 6 dan siap tanya dia lagi. Tapi kalau bukan mimpi siapa yg aku nampak masa tu??

      • Aku pernah mimpi seramyg amat sgt… memang bergeletar seluruh badan aku sampai aku susah nak nafas..
        Mimpi ni dah lama cuma nak share dgn kekawan…
        Aku mimpi aku tidur dgn ex gf aku.. malam tu dia tidur tidak menghadap saya. Dlm mimpi tu, saya terbangun tengah malam dan nak peluk dia tidur…
        Tengah peluk dia tiba2 dia ketawa perlahan2 … hihihi hihihih… lama2 ketawanya semakin kuat HIHIHI HIIIIIHIHIHIHI..Aku terperanjat ingatkan dia mimpi mengigau. Mau je kejutkan dia, dia pusing badan menghadap saya… seluruh badannya tiba2 bertukar hitam… makin lama, makin hitam… dan mataya… aduhai.. makin lama, makin merah dan seluruh wajahnya bertukar rupa kepada wajah syaitan yg sgt jahat….
        Bila aku terperanjat melihat perubahan tu aku terbangun dan menghadap dinding (katil melekat kat dinding), sebelum aku lari, dia tolak saya ke dinding dgn kuasa yg aku tak dapat nak bayangkan…. aku tak boeh bergerak langsung! Makin lama makin kuat dia menggengam aku…!.
        Makin lama, makin dekat mukanya dengan muka aku,…. x nampak sangat wajahnya cuma gelap gelita dan matanya yg makin merah… setelah hidungnya begitu rapat dgn hidung saya, dia tiba2 menjerit HIIHIHIHH….. ARRRRRHHHHHHHAHHHHHHHAAAAHHHAAAAAAAAAAA……kelantangan jeritan tu saya boleh rasa dalam tulang saya… begitu kuat jeritannya..
        Entah dari mana aku boleh jerit pada dia balik “ini rumah aku! Berambus ko!!”
        Tiba2 aku terbangun dari mimpi. Aku berpeluh2 dan sudah mandikan peluh seluruh badan aku……
        Mimpi ni saya masih boleh ingat sampai sekarang dengan jelasnya…. jeritan tu bila aku terkenang balik.. hell even bila aku tulis nicheckup, badan aku masih menggeletar….
        Ada sapa2 mimpi mcm ni? Ada maksud tertentuke?

        • Kimon says:

          hahaha kelakar la bila u cte ur friend tidur mcm babi hahah! tapi cite u mmg best vin. cte lg kalau ada ok!

  62. Perghh..aku dah la kerap outstation sorang2 & tido hotel budget…
    benda yang biasa aku buat selepas masuk bilik ialah ambil wuduk & azan kuat2…
    bila nak tido, aku bukak TV dengan sound di perlahankan dan lampu toilet di pasang…
    alhamdulillah la stakat ni tak pernah kene kacau lagi..
    tapi dalam banyak2 hotel budget yang aku tido sorang2..ada satu hotel yang aku rasa seram bila waktu malam..
    (aku dah lupa nama dia), hotel tu kat jalan Berserah…so aku berserah je pada Allah…
    sebelum tido, baca doa2 yang patut..sekian.

  63. to halisya says:

    Tentang hotel and all, and my family akan pergi semua hotel contoh macam PD, kiteorang dah pergi avillion, thistle, ancasa, ilham and so on plus kami memang selalu travel here and there and kami akan stay for 1 week everytime vacation and I’m a type yang suka jalan sorang2 bila malam, lepak lobby or pantai sorang2, so this story yang ni dekat PD dekat bayu beach, bilik i sorang masa tu and kalau buka tingkap, tingkap dia sliding glass and kiranya boleh lompat keluar if anything la, you know what i mean kan? Sebab my room is exactly sebelah pintu masuk ke apartment room tu

    Okay so then, this one night i was smoking and dengar bunyi orang sebelah perabut dia heret sana sini, i diam aja. Bila i tutup sliding glass tu ada orang ketuk tingkap I. ” kak tolong saya kak” and bila i selak langsir no ones there. Seminggu i dekat situ, macam2 i nampak, i pula senang nampak. Ada tu i nak pergi ke laut malam2, tiba2 balik je dari laut nak pergi lobby, staff panggil suruh duduk lobby ada hal katanya. Dia pasang surah dari phone dia then dia cerita a to z, rupanya mak ponti ikut i nak naik bilik, aduh mak, pastu i pun naik la sorang2. Naik punya naik, pontianak tu fly over dari sebatang pokok ke sebatang pokok.

    So far i still lepak sorang2 at lobby and laut semua even masa dekat langkawi i duduk holiday villa, itu okay la takda apa cuma bau bau bunga kemboja kuat, and lepas tu i sentiasa amalkan Alfatihah bila nak masuk bilik lepas dah keluar pergi mana2 and kalau ada orang minta tolong, i baca al fatihah dulu, dah habis baca kalau dia minta tolong juga baru i tolong, maknanya dia bukan hantu lewtu hahahahha

  64. Esham says:

    Baru jer lepak hotel First World Genting Highland.. Diakui hotel itu memang berhantu . JAIP pun takut nak buat operasi .. Line clear maaaaaaa .. amoi mau ka encik ? Nyonya ‘ulat bilik’ bagi offer ..hahahaha .. Tu yang hantunya ..

  65. hai..saya pun nak kongsi juga..saya memang suka travel dari bujang sampai dah kawin dah pun. so far saya ada pengalaman kat 2 tempat nie jer..
    1 hotel 4 star kat kuantan.masa tu petang.tertidur sbb penat sgt dgn bilik gelap.sedar jer tengok dia ada kat situ..lama jg tgk dia sblm dia hilang.terkejut tp x jerit takut member terjaga..tengok2 bila dia bangun,member bgtau dia mimpi ada lembaga kacau dia..sy x bgtau dia apa sy nampak.
    ke 2 kat gunung ledang..hehehehee.mungkin ada org pernh pi resort nie. recep girl insist hubby and me to stay bilik yang dia pilih.betul kata admin….,she trying to explain n give reason not to move hubby and me to others room.girl tu kata all the room fully booked, belum cuci la,dah ada org dalam la… nasib baik ikut cakap girl tu..mlm tu memang menyeramkan. saya memang x boleh tido.ingat sy sorang, my hubby pun sama.dia kata ada org tengok dia,bila terlelap mcm ada org tarik kaki..so dia x tido mlm tu.next day kami wake up late.keluar jer dari bilik, contractor yg tengah kerja kat situ pandng semcm jer, car parking lot empty also the room! i ask the recep girl,she just smiling at me!!!

  66. Salam Tuan,

    Kejadian saya taklah begitu seram berbanding yg lain2 tapi ianya berlaku juga di sebuah hotel resort besar bersebelahan Senai Airport, Le Grandeur namanya.

    Kami (berdua) sampai agak petang dan kami dah plan macam2 nak buat kat situ sebab banyak kemudahan di situ. Kalau tak salah kawan saya booking melalui Agoda.

    Hati2 juga kalau ambil hotel Agoda ni sebab kadang kala mereka akan bagi bilik murah yg ada masalah mistik ni sebenarnya. Ini lagi satu tips travel, tak semua yg murah tu bagus utk travel, kan pelik hotel mewah, bilik besar kemudahan banyak tapi harga murah sangat.

    Bila sampai di hotel Senai tu, saya ada rasa kurang senang sebab mereka bagi bilik yg paling hujung sekali, mungkin ada dengar orang lain di kamar2 sebelah tapi tak nampak kelibat manusia. Jujurnya ramai sekali manusia di hotel besar sebab nampak mereka beraktiviti di pool dan tempat2 lain jadi perasaan seram tu kurang. Masuk ke bilik saya rasa bilik tu suram, kawan saya pun rasa suram. Tapi amalan saya ke mana pun ada bagi salam sebelum masuk ke bilik. Selepas beberapa lama dalam bilik kawan saya suruh bukak semua lampu sebab satu macam rasa dengan kesuraman tu. Kami keluar dan beraktiviti di gym dan pool petang tu. Bila habis beraktiviti air of course akan letih, jadi balik ke bilik, mandi2 dan tidur. Saya tertidur sampai pagi. Tapi ini cerita kawan saya. Jam 4 pagi dia tersedar dan awalnya sangka dah pagi betul, jadi dia bukak internet dan duduk dikatil sebab bilik kami memang terang masa tidur. Lama lepas tu baru dia sedar baru jam 4 pagi, masa tu terdengar bunyi piring dan cawan di bilik kami bergerak2. Mulanya dia sangka piring tu salah letak, tapi bila dah sampai dua tiga kali bergerak akhirnya bulu roma pun meremang. Tapi dengan cepat dia cakap… ‘okay aku tau ko ada kat sini tapi tolong lah bagi pelung kami nak rehat, esok kami keluar’ jadi bunyi tu senyap. Esok lepas kami otw ke utara baru lah dia cerita sebab dia tau saya penakut. Lepas tu baru saya faham kenapa kami dapat bilik hujung… sebab murah dan bermasalah.

    Kes kedua berlaku di Bali, Sandy Beach Resort, juga kami tempah melalui Agoda. Bilik ni besar dan tinggi syiling nya tapi keadaan dalamnya sangat tak teratur, macam housekeeping tak buat kerja. Setiap hari ada saja yg kurang, tuala tak cukup lah, bilik air tak bersih lah, macam2 lah kami komplen pasal bilik tu tapi kami faham maybe sebab bilik tu murah sebab tu layanan begitu… itu pandangan awal.

    Kami di sana 3 malam. Pada malam kedua, berlaku satu kejadian pelik. Pada pukul 3 pagi, bilik kami diketuk dengan kuat sampai kami terbangun, mulanya kami sangka itu orang mabuk sebab di situ area pantai Kuta yg banyak tempat minum2 sampai pagi, tapi kami tak buka pintu sebab takut nak layan orang mabuk. Kemudian senyap. Keesokkan harinya kawan saya kehilangan wallet yg berisi semua wang utk travel tu. Puas sudah dicari di semua poket beg tapi tak jumpa. Kami syak orang yg ketuk pintu malam tadi yg ambil menggunakan ilmu pukau atau sebagainya… maklum kami di Indonesia kan. Tapi lepas sarapan pagi, tiba2 terjumpa pulak wallet tu di beg yg dia bawa (semasa sarapan di luar kamar di lobi hotel) padahal sudah kami cari di situ. Walaupun kehairanan kami tetap lega. Semasa kejadian itu kami tak syak apa2 pun. Tapi bila baca blog ni baru saya paham apa yg berlaku. Pertama, bilik itu murah sebab ada masalah mistik. Kedua, kejadian malam tu ada kaitan dengan kes hantu2 ni dan bukannya orang mabuk. Ketiga, housekeeping sendiri barangkali tak masuk ke bilik tu utk cuci, cuma menghantar security saja untuk hantar tuala dan keperluan kami. Jadi hati2 lah bila mengambil kamar murah dari website… mereka jual begitu mungkin ada sebab mistik.

  67. Thank you for using my photo “Spooky Moon” in your Blog. I have posted a link from my photo to your Blog.

  68. Kejadian lebih 10 thn lps kat hotel langkawi. Kami suami isteri & 3 anak, yg kecik 1++ thn. 1st mlm time tido tv asyik on sendiri padahal dah off, remote pun ats meja (maknanya x de sapa2 tersentuh). Suami off, lama sikit ‘auto’ on semula. Mcm nk bgurau pun ada.

    Org dtg cek x rosak apa2. Nk pindah sumer penuh (cuti skolah masa tu).

    Kami bykkan solat, doa & zikir spjg masa kat sana (time tu kami blm ada android hp). Alhamdulillah gangguan stakat tu je.

  69. Admiral cove PD….

    Kami kne ganggu di admiral cove pd… main seret perabot.. hentak kaki.. hempas grill sliding door… ank umr 3thn btau nampak antu

    Gangguan start kul 9mlm lpas kami blk mkn.. bunyi bising kat ats blk kami.mcm tgh bt ubahsuai blk.. bunyi perabot diseret… smpi kul 11 msh think +ve.. tp aku dh start rs benda tu sb ada lak bny guli jatuh.. tgk ank (3thn) ok xde ngs2.. lega bt derk je la..

    Dlm kul 12 ank tdo aku pun tdo la.. tetbe hb kejut.. bny ‘ubahsuai’ msh ada.. tgk jam dkat kul 2 dah.. confirm antu la ni…. tetibe dia main hentak2 kaki… n yg plg x tahan dia hempas grill sliding door… aku ngn hb dh ilg takut .. jd marah… spoil anniversary kami je… aku trus capai gagang call housekeepg btau bising ats nih kami xblh tdo.. sempat tny ada guest x kat bilik ats ni???

    30min pastu senyap… ok la.. tdo la kami smpi tetbe bunyi lg.. tgk jam dh kul 6 xpe la dh pg x tkt sgt kan.. lantak je la jgn masuk bilik kami sudah… tp ms tgh kemas2 brg nk checkout ank dh start nk bdukung xmau lpas.. siap aku mrh lg mtk anak fhm ibu nk bkemas nk blk dh.. ble sume beg dh siap.. ank x sabar2 nk kuar.. kuar je bilik ank bisik “ada antu”.. perrrgh dh tunjuj diri kat ank aku lak… aku pun start la bc ayt kursi berulang kali kat tlinga ank…

    Mlm tu pun nsb baik la ada baca2 skit buat pagar sblm tdo tu… sb mlm tu memula kami decite nk kluar dr bilik tp x jd sb dpt rs benda tu ada kat luar bilik xdpt masuk.. n odw blk br tringat bdk housekeping pun xmo masuk .. dia tau la ada kes kot.. huhu

    • Leena says:

      Hi,

      boleh tau x no bilik Ms Nisa? boleh sms 60132833252 . or tingkat brapa?

  70. Allah…sy baru je balik bercuti di Langkawi. Seram lak baca kisah2 di Chenang tu.. Pada mulanya nak nginap di salah satu hotel/chalet di situ tetapi memndgkn mak sakit lulut decide kat Kuah sudah lah.. Dlm feri ada baby nangis dr K.Perlis smpailah ke Kuah.. Memang dah senja waktu tu..Kejadian sama berulang masa balik. Masa tu tghari pulak.. Nasib baik dah pesan kat 3 anak remaja jgn tegur apa2 kalu rasa pelik.. Ntahlah..
    Bln April lalu dah book kat Marina PD. Nasib baik x jadi nginap kat situ… Mmg masa tgk bilik pun mcm2 berlaku kat kami.. Mak rasa ada sesuatu, adik kata dia seram sejuk, hubby rasa x selesa, anak gadis sy lak berkepit dgn mak (dia ckp mcm ada sesuatu perhatikan dia) n sy sendiri meremang bulu roma berdiri kat balkoni. Untung kami sepakat tangguh checkin, dan masa dlm kereta masa nak cari mkn barulah keluar macm2 cerita…
    Secara keseluruhannya, kalu rasa x selesa, atau mcm ada ‘sangkak’ masa nak checkin, eloklah jgn diteruskan niat kita mcm kata admin. Juga jgn lupa beri salam atau ketuk pintu sebelum masuk mcm yg disarankan Dato Roy Mz. Wallahuaklam..

  71. Allah… sy baru je balik dr Langkawi bersama hubby, 3 anak remaja n mak. Seram lak baca kisah2 kat Chenang tu.. mulanya mmg nak nginap kat salah 1 hotel/chalet kat sana, tapi trfkir mak sakit kaki, jadi eloklah kat Kuah je.. masa dlm feri lbh krg jam 6.30. mmg dah nak Maghrib pun.. Ada baby nangis dr Kuala Perlis smpi lah kt Kuah… Kejadian berulang masa perjln balik..Ntahlah..tapi nasib baik dah pesan kat anak2 jgn tegur apa2 sepjg percutian kami…
    Bulan April lepas, dah book kat Marina PD. Masa tu hubby, mak, 3 anak remaja n adik dgn anak berusia 2 thn kepenatan dr Kuala Lumpur. Nasib baik receptionist izinkan kami tinjau2 dulu bilik.. masuk2 jer bilik dah rasa lain mcm…si kecik lak dah x tau diam, sibuk nak mandi katanya.. dek kerana rasa lain mcm, kami trpksa cancel n truskan prjln ke Johor walaupun letih.. masa dlm kereta barulah pecah mcm2 cerita… Mak rasa cam ada sesuatu, adik kata dia rasa seram, anak gadis sy lak ckp dia rasa mcm diperhatikan..(patutlah dia berkepit dgn mak masa kat dlm bilik).. Hubby kata dia rasa x selesa, n sy sendiri seram sejuk diri kat balkoni dgn bulu roma meremang.. Betul kata admin, kalau rasa x kena, atau masa nak dptkn bilik mcm ada sangkak, elok jgn teruskan niat kita menginap. Carilah tempat lain..Juga jgn lupa beri salam atau ketuk pintu sebelum masuk ke bilik atau tmpt2 yg x pernah kita pergi..Wallahuaklam..

  72. Crystal Carlos says:

    Tips yg sunguh bgunz….krana kami sklurga suka bercuti di kuala lumpur….dan mginap di hotel2 bsama 3 org ank yg masih kecil jgn kat bgaduh mcm nk perang pun ada bdk2 ni….

  73. Terima kasih atas informasi yang berguna…alhamdulillah dah 11 tahun bersama suami dan anak2 suka berjalan dan menginap di hotel seluruh Malaysia…tapi belum pernah mengalami kejadian2 pelik…degan izin Allah…minta dijauhi…

  74. salam,… saya nasihatkan janganlah ke resort di pulau jerjak penang kalau tgh preggy… saya kena ikut sampai 9 bln wlpn lps bersalin…. mmg mcm kena rasuk dek iblis…nauzubillah…nasib baik Allah bagi diri sendiri sedar yg itu bukan perangai sebenar saya… alhamdulillah dah berubat dgn sorg ustaz, dia kata dah bersarang dlm tubuh…lps buang sakit giler..

  75. tips yang sangat menarik..tapi saya tertarik dengan cerita pasal majestic tu…kalau awk tak cerita sy pun tak tau yang hotel majestic tu pun antara hotel yang bermasalah kat KL nie..hehe

    Regards,
    -Strider-

  76. MomYgBaik says:

    Saya ada pengalaman kene kaco gak..benda nih jadi tahun 2000..masa tu saya ngan suami honeymoon kat quality hotel langkawi.

    Dapat bilik mengadap laut..hari ke dua kami g dataran lang..senja2. malam tu masa somi saya mandi saya tengok luar tingkap..kat tepi pantai nampak cam orang tinggi bercekak pinggang pandang saya..tp saya tak takut..saya tenung betul betul..cam orang…cam pokok kelapa,,sebab mmg tinggi sangat.

    Malam tu masa nak tido saya cam biasa ler..baca al qudsi seblom tido..dan2 tengah lena..dengar somi saya azan..kuat-kuat..rupanya dye kene himpit..tp pastu kami sambung tido sampai subuh,,xde pappe yg jadi..bila hari dah cerah..saya tengok balik tempat nampak pokok kelapa malam tadi..ALLAH..lapang jer xde pappe..jadi apa yg saya nampak malam tadi..pada kawan sumer..sebagai orang islam kita kene yakin..makhluk nih xleh buat pappe..hanya ALLAH yang berkuasa…ayat qudsi tu hafal..pendinding bagi makhluk halus.

    Jangan harap gajet jer..kot gajet korang rosak..mati ketakutan ler korang kat situ..heheh

  77. rafieen says:

    As salam..
    Utk kita kongsikan bersama saudara saudari sekalian.
    marilah kita sama-sama amalkan Doa Pendinding Diri..

    ‘Dengan nama Allah kami berpetang. Dengan Allah yang tidak ada padaNya sesuatu yang tidak tertegah. Dengan keizzahan Allah yang tidak lepas.Dengan kekuasaan Allah kami berlindung. Dengan semua nama Allah kami berlindung daripada iblis, syaitan jin dan manusia.Juga daripada kejahatan yang terang atau tersembunyi. Juga daripada kejahatan apa yang keluar pada waktu malam dan bersembunyi pada waktu siang. Juga daripada kejahatan apa yng tersembunyi pada waktu malam dan keluar pada waktu siang. Dan juga daripada kejahatan yang dijadikan.’

    Insha Allah..
    Moga urusan kita dipermudahkan..dilindungi oleh kekuasaan Yang Maha Esa..Allahuakbar.

  78. Baru nie saya ke kuala terengganu…Ffirst time g sana excited so drive bdua ngan kwn saya..Then smpi sana dr kl kira kira jam 1am…Tgk kat online gmbr hotel mmg cantek tepi laut…Then aku pun booked online takut bilik hbs..Dpt ar katil single je even aku bdua bedal je lah…Then nama resort tu…MERANG RESORT….

    Tiba di resort, aku pun ke receptionist…tnya psl bilik….dia kata mmg de lg bilik tu…then aku heran coz tetiba staff tu ckp de bilik king bed…perghhh plus dia siap ckp bilik tu DATO yg punya…kami yg letih bangat trs okkan je ar…

    Time nk parking lak jauh n gelap…yg aku heran staff tu cakap bilik smua penuh coz de group check in tp aku tgk xde sebiji keta or bus pun kt situ…tu dh pelik dh…then bilik tu bdk tu kasi paling hjg…dkt pokok besar…scary btl kot…tp letih punya psl so masuk je n mandi…lepak ar jap dlm bilik tu b4lelap…mbr aku dh lelap coz dia drive jauh td tp aku xleh lelap…

    Then, dh ngantuk aku pun tarik ar selimut…tetiba rasa kaki aku kena sentap..ok lg ar…then yg paling aku xleh lupa hantu tu masuk dlm selimut…tekap muka dia kat aku….berpeluh aku takut..seolah dia dh tindih aku then ssh nk jerit ar…

    Hmm, pe lg aku trs kejutkan kwn aku yg lelap..trs kami tido bkk lampu…

    Esok lak time nk g mkn, pun heran gak kami breakfast awal kat resort tp kami je takde org lain..kata group check in smlm…mmg pelik ar resort ni…nk check out pun x sabar rasanye…around 10am kitorg dh cabut…plus, aku pun selamba bgtau staff dkat receptiont tu da hantu smlm..dia senyum n x komen pe2..

    So korang google ar resort ni before decide nk stay sini erk…even pass dh lik kl aku cuba kol resort tu tp staff sana still ckp bilik penuh coz de group check in…hmmm pk kanlah erkkk…

    • Salam

      Tertarik untuk berkongsi pengalaman semasa dalam perjalanan dr jb ke kb di sebabkan dh lewat malam kami sekeluarga berhenti di sebuat resort di merang terengganu. Masa nk check in tu kami pelik kerana harga murah lbih krang 125/nite. Dan reception kata bilik penuh tp tengok kereta tk banyak pn. Kami diberi bilik hujung tingkat bawah.

      Selesai solat anak,anak dah tidur kerana kepenatan. Sy dan isteri tk boleh nk tido puas balik kiri kanan tp tkleh lelapkan mata. yang peliknya ada dengar bunyi mcm guli or org main guli kt tingkat atas, dan juga mcm kerusi or perabot di alihkan. Sy biarkan saja Walau pn pelik kot ada orang main guli dan alih perabot tengah-tengah malam. dalam pada tu angin kuat masuk ikut tepi sliding door dengan bunyi yang menyeramkan. Sy baca ayat kursi dan 3 kul tp ttp tk leh tido. Bangun solat hajat baru boleh tido sampai pg.

      Masa bfast tengok tkde org pn tapi diorang kata bilik full. Pengajaran tk akan duduk lg hotel ni scary..

      Peristiwa kedua sebuah hotel di bandung lupa nama hotelnya. Sy tk kena usik tp adik sy cakap ternampak lembaga tanpa kepada memandang dia. Nauzubillah harap dijauhkan

  79. Assalamualaikum

    Tahun lepas saya menginap di salah satu hotel yang terdapat di Kuah, Langkawi. Malam pertama menginap di hotel berkenaan semuanya berjalan dengan lancar saya tidak mengalami apa apa gangguan. Malam kedua, selepas sembahyang Isyak, saya rasa seram semacam. Tiba tiba sahaja lampu di bilik saya terpadam dengan sendirinya. Ketika itu, saya mengandaikan mungkin ianya disebabkan oleh masalah teknikal sahaja. Saya terus turun ke bawah untuk memaklumkan front desk dan tak lama kemudian, saya dengan kakitangan hotel naik ke bilik dan lampu boleh dihudupkan semula.

    Malam tu, kalau tak silap dalam pukul 10 mlm tetiba sahaja saya berdiri bulu roma saya. Saya baca ayat 3 Qul dan Ayat Qursi untuk menghilangkan rasa seram. Semasa hendak melelapkan mata, tetiba sahaja lampu bilik mandi terpadam dengan sendirinya. Saya bangun dan menuju ke bilik mandi untuk menghidupkan semula lampu bilik mandi. Ketika itu, memang saya rasa lain saja. Semasa saya hendak menuju ke katil, saya terkejut kerana seperti ada lembaga hitam yang sedang berdiri di tepi katil. Saya beranikan diri dan buat tak tahu sebab ketika itu saya memang dah mengantuk sangat. Semasa sedang tidur, saya terjaga sebab selimut dan kaki saya ditarik. Memang selimut tu jatuh ke bawah dan kaki saya terjulur ke bawah. Dalam keadaan mamai tu lah saya nampak lembaga hitam tu masuk ke dalam bilik mandi. Memang saya akui, ketika itu saya berasa amat takut dan badan saya menggigil ketakutan. Setiap kali saya ingin melelapkan mata, saya dapat merasakan ada benda yang menyentuh kaki ataupun badan saya. Hampir 4 pagi baru saya dapat melelapkan mata. Mulut saya memang tidak lekang dari membaca ayat Kursi.

    Apa yang saya ingat, memang terdapat rambut dalam sinki dan bilik air tersebut memang basah. Saya andaikan pihak hotel yang membersihkan bilik air tersebut, Saya terpaksa pendekkan tempoh percutian saya di Langkawi dan esoknya, saya terus balik ke Kuala Lumpur.

    Nama hotel biarlah saya rahsiakan tapi bagi rakan yang rapat dengan saya, memang saya tak galakkan mereka menginap di hotel berkenaan.

  80. Sleep Reader says:

    Ada satu rumah 2 tingkat kat pantai chenang langkawi yang memang berhantu. Time tu, sy holidays dengan member2x, mula2x kami booking chalet lain, then bila pergi, tuan chalet yang kami booking tu kata bayaran lain daripada kami booking dulu.

    Kami book by phone je. So, kawan sy bengang, dia pun suggest kat kitaorg supaya cari je tempat lain, memandangkan time tu ade 3 – 4 jam lagi sebelum senja, kami pun tanya sekitar pantai tu kot2x ada tempat kosong, dan kebanyakan semua tempat fully booked, yang ade pun quite expensive.

    Kami student je, mane ade income lebih. hehe. So, tanya punya tanya, ade sorang abg ni, kami jumpe time tgh survey tempat, dia kate dia ade satu rumah 2 tingkat dan tingkat atas kami semua boleh guna, lepas chat chot chat chot, kami pun agree nak g tempat abg tu, harga pun berpatutan.

    So, masa sampai tempt tu, dah agak malam pkul 8 macam tu, sebab kami jumpe abg tu pun dalam pkul 6 something, tempatnya x de lah jauh dari underwater kat chenang tu. Jalan kaki pun boleh. . Keadaan tempat tu agak menyeramkan juga, dengan swimming pool x dipakai, then rumahnya agak sunyi. .

    Kami semua pun buat derk je sebb masing 2x penat, so x de lah fikir pape. And for me is for first time travel menginap2x macam ni, so kondisinya, x de lah feel sangat, kami semua pun pergi bahgian atas rumah tersebut dengan pemandangan rumah menghadap pokok pisang besar dan belakang nya macam semak, bilik air kat luar. jiran tetangga pun ada tapi 2x tengok macam x da. . . so, bermula lah kisah yang menyeramkan berlaku

    Lepas kitaorg check in, macam biasa lah masing2x nak mandi, so, gilir 2x lah mandi, ada yang masa first2x masuk bulu roma dah rasa lain tapi kami semua hanya diam sebab mmg penat. Then mandi pun teman 2x, x berani nak mandi sorang, dengan angin sepoi2x, pemandangan yang agak malap tapi pokok pisang tu still boleh nampak, malam tu kami chit chat 2x, pintu pun kami tutup rapat sesangat macm takut pencuri masuk, bygkan sampai pintu bilik macam sliding door x leh ditutup, macam pelik lah kalu tengok.

    So kami pun baca lah apa yang patut, so the scarynya, subuh tu baru semua terbongkar, sebab masing2x keluarkan cerita satu persatu, ada yang terdengar baby menangis tp bila bangun x de pula, ada yang rasa angin sepoi 2x padahal kami dah tutup rapat pintunya, ada yang dengar org bergaduh, ada yang dengar barang jatuh and ada yg dengar macam bunyi motor rempit padahal tempat kami agak jauh dri jalan besar dan ada yang dengar bunyi derap tapak kaki.

    Tapi paling kesian, ada antara member saya yang tak boleh tido sampai subuh. Semuanya sebab ganguan tersebut. Ohh!!! bunyi sliding door berdetup detap pun ada padahal kami dah kunci rapat, bygkan ada member sy yg nak terkencing tahan sampai subuh sebab tak berani ke bilik air. So, bila dah subuh, ni lah keluhan yang ada, finally, kami decide nak check out, then abg tu bagi tempt lain pula.

    Yang kedua abg tu bagi, rumah sebuah , ok lah .. lena je tapi byr mahal sikit, x pe lah asalkn boleh tido lena . . . tp alhamdulilah, time tragedi tu, sy tido lena je, x de pula dengar apa2x. wahualam.

    • Sleep reader,

      Bila kena kacau begini, barulah kita tau nikmatnya dapat tidur lena masa cuti. 😛

    • Anonymous says:

      Sama mcm kes sy. Book by phone then receptionist kata bayaran lain. Actually room dah takde sampai 3 malam. So kami terpaksa stay satu malam dlm bilik yg dah di-booked, ingatkan next day nak cari resort lain. Next day tetiba ada bilik pulak, so kitorang tidur bertukar-tukar bilik. Setiap bilik mesti ada dgr bunyi ketukan pukul 2-3 pagi cemtuh. Masa bunyi tu, mati-mati sy ingat sy mamai or mimpi, tapi esoknya kwn-kwn lain pun kata dgr jugak, tapi tak berani nak bkk. Pepagi buta pun kan. Paling seram ah bilik terakhir kami duduk tu bau semacam je tandasnya, pastu ada rambut bergumpal kat sinki. Mula-mula biarkan je kot-kot rambut penghuni sblm ke, tapi cam pelik je. Resort ni betul-betul depan pantai chenang.

    • Shaz says:

      Kakak saya pon dulu pernah terkena dengan satu chalet di langkawi.. bercuti dengan kawan dia (dua pasangan)sewa chalet dua bilik, bilik air share.. pagi sebèlum subuh dia dengar bunyi orang masuk bilik air, lepas tu dengar wife kawan dia panggil, ‘kak wan, jomla kita masak’ . Sebab sebelum tu memang ada cakap nak masak breakfast.. tapi akak saya fikir awal lagi so dia buat tak tau dulu.. lepas subuh dia klua bilik tengok bilir air kering, so pelik dah sape yang guna bilik air awal pagi tadi.. then dia pegi dapur, bila dia da start masak, kawan dia dengar n kejut wife dia. Kakak sy pelik sebab wife kawan dia tu baru bangun tido, bila tanya dia cakap bukan dia yang panggil kakak saya tu, n dia x de bangun pon..so,sapa yang panggil kakak saya malam tu.. nasib baik la kakak saya tak keluar bilik awal2 tu kalau tak ntah apa yang jadi..

  81. Fuh mmg terbaik lah forum ni. Mmg kadangkala kita alpa bila bercuti atau mginap dibilik hotel, motel atau apa jua tumpangan untuk kita melelapkan mata.

    Bagi saya yg kerap bercuti ni banyak kejadian aneh berlaku antara nya sekitar tahun 2004 bercuti bersama keluarga di awana genting di kondo nya. Anak buah berusia 4-5 tahun tapi petah bcakap kata ada momok didlam bilik tsebut. Di appt ria genting bercuti bsama teman naik lif nampak darah tapi bila teman yg lain naik tiada pula nasib kami ramai di appt tsbut.

    Di datai langkawi mmg sama mcm tok senik.

    Percutian di dlm hutan di glass house sekeping serendah fuhh mmg seram tapi mlm terakhir dikacaunya. Apa apa pun bila masuk satu tempat bagi salam dan jgn lupa sembahyang dahulu di dlm bilik tsbut atau memasang ayat suci alquran.

    Insayallah.

    • Baim,

      Apt Ria, Tok Senik dan Awana Genting memang 3 tempat yg sering dijumpai entiti. Tapi ini kali pertama kami dengar mengenai Datai.

  82. Aku pernah menginap dekat Hotel Hard Rock dengan mak n anak lelaki aku berumur 4 tahun. Sesaja jalan kat Penang nak kenal negeri orang.

    Hari pertama aku duduk kat Hard Rock aku tak ada masalah apa2.
    Suka betul anak aku keluar masuk bilik dari koridor. coz pemandangan koridor memang gile cun. Direct facing laut and kolam renang… Hotel pun superb and cantik.

    Hari kedua, kami jenjalan keliling bandar GeorgeTown, pergi ke bukit Bendera dan kami plan nak naik feri coz aku dah janji nak bawa anak aku naik feri. Turun dari bukit Bendera, masa tu dah petang, jalan pun jem. so kami sampai ke pelabuhan feri dah senja. Masa tu aku dan ibuku plan nak batalkan trip naik feri coz dah senja sangat.

    Tapi anak aku dah melalak-lalak tak tau nak cakap… Dia nak juga naik feri. last2 terpaksa juga turutkan juga kemahuannya.
    So kitaorang maghrib atas feri. Kami plan nak jama’ magrib jer waktu tu.

    Lepas naik feri pergi dan balik , kami pun pulang ke hotel. Dalam perjalan anak aku dah tidur seorang diri keletihan kat seat belakang kereta.

    Sesampai kat hotel, anak aku masih ok… siap main-main tangkap bola n ambil gambar n bergelak tawa. N dia tidur agak awal, aku pula sedang ralit update facebook hingga pukul 2.

    Tiba waktu aku nak lelap jer , anak aku tiba2 meracau-racau. dia sempat mengamuk tendang badan aku n mak aku. aku buatkan susu n bagi dia minum susu. Lelap sekejap. Tetapi berulang kali dia tersentap dari tidur dan trus menangis meracau racau. Dalam keadaan aku yang memang sangat letih dan mengantuk nih aku sempat juga marah dekat dia tanya berulang-ulang kenapa dia buat perangai macam tu. Sakit ke apa ke, selalunya dia memang akan bagitau. Tapi malam tu dia memang lain sangat perangainya. terus meracau-racau and setiap 5 min sekali akan tersentak dari tidur , meracau-racau sambil menendang-nendang aku n ibuku. tak pernah aku lihat seumur hidup aku perangai pelik macam ni. coz bila dia tidur jarang sangat-sangat menangis malam. Terutama bila botol susu kat mulut.

    Aku n mak aku penat letih tak tau nak cakap. Dalam pukul 4 lebih macam tu baru aku terdetik nak pasang ayat Qursi dari handset aku. I tell u what, bila pasang jer ayat Qursi tu… zappp trus macam mulut anak aku terkunci terus tidur lena hingga ke pagi sampaikan kami terlepas subuh and breakfast gara-gara terlalu letih and penat. Bila pagi, aku tanya dia kenapa dia buat perangai semalam… Dia cakap ‘ada hantu main-main kat perut Lalid’……
    Spontan lepas tu terus meremang bulu romaku dan kami trus bersiap-siap untuk check out . Dua2 membisu tak bercakap sepatah pun. Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, mmg kami pasang ayat suci al Quran kerana takut mende tu mengikut kitaorang.

    Bila aku fikir balik, mmg kena dengan tip2 tip di atas.
    1. aku balik senja dari feri tanpa membuka sebarang ayat suci al Quran dalam kereta. (aku suspect hantu yang kacau anak aku bukan datang dari dalam bilik hotel, tapi datang dari feri. U know what semua gambar yang di ambil atas feri semua ada Orbs misteri warna hijau)
    2. Mmg sangat berkesan amal baca ayat suci Quran or sentiasa mainkan dalam handset setiap kali kita check in dalam bilik hotel. So apa lagi, korang dowload lah banyak2 ayat suci dalam gadget korang

    Lepas tu setiap kali kami check in, aku akan membaca ayat Qursi n sentiasa pasang ayat Qursi and Al mulk dalam sejam sekurang-kurangnya…..

    • Pn. Fiona,

      Memang senja selalunya kalau masih rajin ke laut, mungkin ada problem malamnya. Alhamdulillah ada ayat Quran yang boeh dibuka.

      Antara aplikasi Android yg baik ialah Ayat. Ada terjemahan dan boleh download audio mengikut Qari yg kita suka.

      Terima kasih sbb share dgn kami pengalaman di Penang ni.

  83. Zahir Garuda says:

    Dlu sya dgn kwn si ciko prnah menginap d sbuah hotel solar panel kat kedah..hotel 2 sngt mnyeramkan sehinga kwan sya si ciko trkencing dlm slr jgk d bt nya..klau anda x caya blh tnya kwn sya si ciko nan..

  84. lindakhairi says:

    Errr…..scary….br brcadang nak book hotel kat PD or Melaka…asib baik trbc info ni..boleh la brwaspada….tq informer…

    • Assalam
      Me klu nak g bcuti msti google dlu cri info sbuah htel tu.So mcm2 crita positif n negatif ada..

      Klu PD me pnah stay at Corus hotel.Time nak tido rsa tkut skit tp me ade bwak surah yassin 3keping..Alhamdulillah x de pape cume time nak g toilet paip air sinki terpasang.

      Tiara Beach Resort (now nme hotel dah bru) me pergi coz nak clearkan voucher free yg wjib g time weekday.Memng sunyi n nk dinner at cafe pon x de org.Nak kluar mkn luar jauh…tpaksalah stay bilik je..tp ok la if g weekend rmai org.

      Klu at Melaka dah 3kali stay at Nazatlya Hotel..sbb usband suke.wlu room x sebesar mne tp breakfast best n room bersih.Pling penting dekat nak ke kng motern tu time mlm.Perasaan time nak tido…lena

      Avillion Legacy Melaka
      Indah khabar dri rupe..berdepan dng Nazatlya hotel..
      Dri luar sngat cantik tp sgala kmudahan hampeh,lame,kotor berpasir n mahal.wifi pon x support…
      Alhamdulillah…x de hantu pon.

      Tu pngalaman me.Tiap kli nak g bcuti msti ade prasaan tkut time mlam..tp insyaallah bwa ayat kurci n baca surah sbgai pendinding

  85. nanachibi says:

    Saja nak kongsi pengalaman BENAR sikit. Hotel yg pada pengetahuan saya sendiri yg memang ada gangguan :

    1. Sebuah hotel di Perlis (tak confirm namanya)

    2. Marina PD (siang2 pun kena kacau)

    3. Hotel Maya KL

    4. A’Famosa Resort Apartmen(bukak je pintu terus berdentum pintu bilik air seolah2 marah sebab org stay, suara mendengus blkg telinga, bunyi angin menderu yg dtg tiba2, bunyi bising dari kitchen, bunyi dari bilik air).

    5.Bayubeach Resort PD (suara org bagi salam dan cakap “Saya nak masuk ni”. Bunyi org alih perabot dari tingkat atas walhal sebenarnya dah duduk tingkat paling atas, suara menyerupai kawan dari bilik sebelah. Tapi tu tak bermakna seluruh bilik hotel tu berhantu, mungkin bilik2 tertentu dan org2 tertentu saja yg kena kacau…yg penting BERINGAT jer.

    • Nanachibi,

      Terima kasih atas input. Beberapa hotel yg ditulis di atas memang agak kerap kami dengar cerita-cerita pelik dan seram. Tapi cara menyakatnya berbeza.

      A Famosa Resort yg luas tu memang banyak ceritanya. Tapi bunyi suara mendengus di belakang telinga memang boleh buat kita lari tengah malam 🙂

    • Salam Nanachibi..

      Kat atas you ade list kan beberapa hotel yang berhantu.. Salah satunya Hotel Maya, Kuala Lumpur.. Tapi tiada penjelasan kat situ kenapa Hotel Maya berhantu.. Boleh jelaskan?

      Just for info, saya seorang pekerja Hotel Maya yang telah berkhidmat di Hotel Maya hampir 5 tahun sampai la ke hari ini.. Dan sepanjang saya bekerja di sini tak pernah pulak dengar kisah-kisah misteri ni.. Saya pun selalu keja malam tapi Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku.. Complaint pasal terserempak dgn benda-benda paranormal pun saya tak pernah dengar.. Yang buat orang taboo sangat dgn Hotel Maya ni adalah kerana kedudukan dia bersebelahan dengan tanah perkuburan Jalan Ampang atau dikenali kubur P Ramli… Pihak pengurusan selalu buat majlis tahlil di Hotel ni dan Alhamdulillah dari pengamatan ustaz-ustaz yang kami jemput tidak pula beliau menyatakan Hotel ini berhantu… Kalau ia pun Hotel ini berhantu takkan lah ade beberapa guest kami yang menjadi regular menginap di sini.. Syarikat-syarikat corporate pun tiada masalah menganjurkan apa-apa event dekat sini.. Yang saya dengar hanyalah dari bualan mulut ke mulut mengenai kononnya hotel ini berhantu… Alasannya seperti yg saya jelaskan diatas hanya kerana kedudukannya bersebelahan kubur Jalan Ampang..

      Maaf kalau ada yang tak setuju dgn kenyataan saya.. Sebagai seorang pekerja Hotel Maya, saya terpanggil untuk mendapatkan penjelasan dari kamu mengapa mengatakan Hotel Maya ini berhantu…

      Apa-apa pun saya setuju dengan beberapa tips yang diberikan untuk mengelak dari menjadi tetamu VIP bilik berhantu. Saya dah terjebak dalam dunia perhotelan ni hampir 10 tahun dan ada beberapa perkara ada kebenarannya…

      • elieenanne says:

        Alhamdulillah… kalau hotel Maya telah bersih dari gangguan entiti… untuk makluman, saya juga pernah mendengar tentang gangguan entiti di hotel Maya… tapi, waktu tu, nama hotel tu bukan hotel Maya, sebaliknya Hotel Radisson. Skrg dah tukar mgmt, so, tukarla nama kepada hotel Maya. Actually, pengalaman seram ini diceritakan oleh customer berbangsa inggeris, yg merupakan customer kepada abg ipar saya. Abg Ipar saya pada waktu itu adalah pemandu Limo. ketika dlm perjalanan menghantar customer tersebut ke Airport, customer itu telah menceritakan bahawa beliau mengalami gangguan di hotel berkenaan…. antaranya entiti tersebut suka bermain air di bilik air. paip yg telah ditutup, dia buka semula dan membiarkan air keluar mencurah2. Bila dia tgh tido, dengar bunyi org mandi dlm biik air tersebut. Mungkin kisah itu sudah terlalu lama… tetapi, orang2 sekeliling masih menganggap hotel tersebut tetap berhantu…

      • Betul ke hotel Maya xde gangguan???!

        Sy cukup suka hotel Maya sekitar tahun 2009-2010 masa tu baru2 kawin anak baru sorang. Hotel nk masa tu cantik interior nya ala2 boutique hotel…

        Mmg sy suka sgt hotel ni. Masa tu mmg xpernah sy alami gangguan apa2. Utk makluman suami sy pekerja dgn salah sebuah syarikat minyak jd mmg selalu ulang alik kl-trganu utk meeting/training DLL.

        Suatu mlm anak dan suami sy dh terlena… sy xdpt tdo hingga sekitar jam 2-3am

        Tetiba dgr bunyi ketika dr tingkap. Xmungkin ada org. Bilik tinggi kot.. tingkat belas2. Xlama lepas tu bau kemiyan… aduyaiiii sy kejut suami suruh bangun xbangun2😂😂😂
        Baunya tu on n off.
        Apa lg. Tarik selimut la…

        Minggu ni 22/8/16 sekali lg sy kesini sbb husband kena training kt hotel ni so kitorg duduk la hotel ni sekali lg setelah beberapa tahun.

        2 mlm lepas sy suami n 3 anak keluar mkn. Balik sekitar jam 11 mlm. Naik salah 1 dr 4 lif yg ada. Bilik sy 17

        Sampai sj ke tingkat 14 lif berhenti. Tp xde org masuk/xde sesiapa pun disitu.

        Pintu lif tutup semula lif sedang naik ke tingkat 15-16-17
        Tetiba hutang lif utk level 14 menyala semula.

        Anak sulung sy terkejut melihat hutang level 14 mental sendiri. Dia menegurnya. Sy katakan “pergi lah balik semula.. jgn ikut..jgn ganggu kami sudah” wallahualam

        Beberapa tahun lalu sy pernah tulis pasal keberhantuan hotel ni dtrip advisor juga.

  86. Nur Qisstina says:

    Saya bekerja in Front Office Department di salah sebuah htl di penang…penah jugak guest trn reception complaint pasal benda2 mcm nie…nampak perempuan rmbt pnjng lah….bathroom bunyi air banyk kali wlupun dh ttp…nampak budak kaler hijau lah…
    ada gst yg chk out..tp mostly kami tukar kan ke bilik yg lain….:)

    • Nur qistina , u kerja hotel kat penang yg mana satu haunted ea ? Boleh share tak ? Kita pun nak gi penang juga nie ,,, TQ

  87. Sabtu kelmarin,kids and i mengikut husband yg kena bertugas di kuala pilah.

    lps baca review dan recommendation dari few sites, kita decide nak stay di Melang Inn, blkg Shell betul2 kat Pilah town.

    Bilik mmg selesa dan harga pun berpatutan, keliling pun ada restoran,farmasi,kedai etc.

    Kami dimaklumkan bilik Superior semua penuh. yg tinggal hanya bilik Deluxe. (at this point i lupa pulak kalau dah penuh tu elok la angkat kaki je pegi hotel lain….ahhh!! mesti sbb kepenatan !)

    So there we go, kami diminta tunggu sebentar, dan 10 minutes after that, kami diberi biliki 318. (so kalau ada yg terpaksa menginap di sini ,dont ever go c/in to this 318 !! )

    Masa kat lobby pun actually i dah rasa semacam, staff pun mcm weirdos…cermin kawasan lobby tu really mcm weird…tapi ahh watdehek hotel penuh dan banyak org ! Kita pun naik lif, ke depan pintu bilik, kami pun bagi salam…”assalamualaika wa’alaa ibadillahissoliheen….” termasuk la anak sulung usia 4 thn i…

    Then kita masuk ,waaaa bilik quite huge. tapi serius gelap malap halamakkkk i suda satu feeling…

    Curtain mmg tutup habis so kita on lah lampu…baby umur 4 bulan was ok,tapi dia takmo letak.. lps mandikan anak2 abah nya turun nak pegi tapau nasik goreng . kat dlm bilik tu takde room service menu, or phone guide or whatever. towel keras mcm dah brp lama tak pakai, pun saya masih tak terpikir what kind of odd room is that…..
    menjelang maghrib, anak sulung dan abahnya saya kejutkan.

    Mata armand dah melilau and to my surprise, dia tanya “ummi,when are we going back home?”. Biasanya armand suka sgt tidur hotel…walaupun hotel kecik pun dia enjoy, but this time he’s acting very weird. masa nak tido dia melekap kat abahnya. nak luruskan kaki dlm selimut pun dia tak berani.
    abah nya terpaksa la pelukkk dia. dia tanya “ummi….ni rumah siapa…..armand takut…” ahh sudahhhh nak balik dah nak tengah malam….kami laki bini pun recite la dari alfatihah, surah 4 qul,ayat qursi berulang2 sampai kami semua tertidur…….

    By 4am, kami laki bini terjaga. yg abahnya terus meloncat berdiri. saya plak tgh mamai. rasa mcm mimpi tak mimpi. abah terus ckp “mimpi ngeri tidur kat sini” . and i replied “so do i.” abah tanya mimpi apa ? i gitau dia i mimpi ada pontianak dukung baby was giving me a sign that this room is her place. he told me dia kena kejar whole nite ! then few seconds after that tengkuk i rasa panas,dan gatal !!! bila pegang tengkuk…hahh!! dah berbiji2 gatal…(so far this is what yg i tau kena ludah pontianak /langsuir kan?) saya pun baca lah apa2 yg patut lagi dan tertidur kepenatan walaupun gatal sgt…!!

    Esoknya kami pack up,dan immediately check out. sempat saya pesan “yg mana berumah disini ,berumahlah,jgn ikut kami pulang. maaf lah kalau mengganggu,tapi kami dah bayar dan mintak izin tuan kamu kat kaunter. kalau tak puas ati pegi sana tanya….” hahaha i rasa mcm org gile ckp sesorang tapi sepanjang saya keje hotel mmg camtu la nak deal ngan entiti yg cam gini…nasib baik dia paham,nasib tak baik korang paham2 je la ye….that is our first and last…sampai arini kat office kegataln dah merebakkkkk…tak gunaaaa! nasib baik anak2 tak kena gangguan berturutan…. no more MELANG INN KUALA PILAH !!!

    • Pn Didi, kami pulak yang seram sejuk baca cerita you.

      Tapi ayat sebelum tinggal bilik tu memang best — “maaf lah kalau mengganggu,tapi kami dah bayar dan mintak izin tuan kamu kat kaunter. kalau tak puas ati pegi sana tanya….” 🙂

    • nanachibi says:

      Saya pernah stay 1 mlm di Melang Inn dalam Feb yg lepas. Syukur takde ape2 gangguan langsung walaupun check in pukul 12 tengah malam. Bilik memang selesa dan sangat luas. Tapi tak ingat lah no biliknye…

    • Ninaninot says:

      Baru tido kt Melang Inn last week..wedding cousin kt ballroom hotel tu jugak.. alhamdulillah xde gangguan & bilik i 418..fuhh.. nasib terbaca lps dah tido situ.. nxt time mmg kena ingat kalo dpt 318 mmg xnk ambik ..thanks for info sbb i mmg kerap pi pilah sedara mara ramai tp tetap nk tido hotel..

  88. dato roy myz says:

    salam,
    beberapa tips berdasarkan pengalaman saya bilik stay di hotel,

    1. jika ada bell boy / penghantar beg offer untuk hantar beg anda ke bilik anda , bantu mereka dengan memberi tips rm 5 or rm 10 , nanti kita boleh tanya mereka keadaan sebenar di hotel.

    2. sebelum masuk bilik , on kan loceng atau ketuk bilik dulu. sentiasa on kan lampu jika anda tidur, lampu bilik air hendaklah sentiasa on sebab syaitan suka berada dibilik air , kerana disitu ada tandas.

    3. diwaktu tidur ,elok letakkan apa apa dokumen yg ada ayat al quran contoh surah yasin atau ayat kursi, dicelah bantal anda, saya duwaktu remaja banyak kali dihimpit waktu tidur terutama di asrama sekolah dan universiti, dan bila saya guna kaedah ini saya dapat tidur dengan nyaman sehingga pagi.

    4. jika anda telah check bilik , dan dapati bilik air ada rambut pada sinki atau tab , dan bilik air basah , eloklah tukar bilik saje.

    5. jika memandu diwaktu maghrib menuju ke hotel , elok jika didal kereta onkan radio dengan bacaan ahyat quran, makhlus halus dan syaitan keluar waktu senja , berkemungkinan dia akan ikut tuan puan hingga ke bilik tidur hotel.

    6. jika terasa ada sesuatu dalam bilik , jika berani bercakap kepada yg tidak nampak. contohnya saya pernah bermalam di sebuah hotel di bandar mersing , sewaktu nak solat saya terasa ada sesuatu ikut saya dar bilik air. baca ayat kursi , dia masih ada dalam bilik, kemudian saya beritahu jika dia ada disitu , tunjuk isyarat, kemudian saya dapati paip dibilik air terbuka dengan sendiri , dengan air keluar begitu laju. dan kemudian saya terus mohon tukar bilik dar pihak hotel.

    sekian , wsalam

  89. dato roy myz says:

    Salam , semua rakyat malaysia,

    Pasal cerita berhantu dihotel memang betul, oleh kerana saya suka travel dan stay in hotel, banyak pengalaman saya temui. Tips yg diberi dalam portal ini juga betul , dan beberapa kali saya telah meminta tukar bilik hotel , jika saya rasa ada tamu tak diundang dalam bilik itu, dan selepas saya tanya hotel manager , mereka admit bilik tersebut ada ganguan.

    Selalunya sebelum saya masuk bilik hotel , saya akan tekan loceng dulu, dan bila masuk saya akan on kan bacaan al quran dari iphone saya, jika saya rasa makhluk ada di situ, saya akan minta tukar bilik.

    Aada 2 kaedah nak tahu, satu jika bulu roma ditangan naik, maknanya kita takut, dan jika bulu roma ditengkuk naik maknanya memang ada makluk disitu, maka mohonlah tukar bilik atau cari bilik lain.

    Saya juga pernah mempunya hotel 40 bilik , dan tidak dinafikan ada 1 atau 2 bilik berhantu. bilik ini kami tutup , melainkan ada customer tiada pilihan hotel lagi , dan selalunya diberi kepada foreingner. wsalam.

    • Terima kasih Dato Roy sbb sudi beri input sebagai salah seorang pemilik resort mengenai kesahihan tips dan cerita kami.

  90. amanifarwizah says:

    scary…..walauapapun saya tak mo pigi hotel lagi….meyeramkan…..~~

  91. Tok Senik, Langkawi merupakan salah satu tempat yg menyeramkan…. kebetulan masa saya nak ke langkawi bercuti, adik saya offer duduk di Tok Senik since dia ada membership di bawah Legend… tengok dalam gambar mmg cantik kawasannya…. saya pun setuju. Saya and family sampai dah agak nak malam… mmg gelap kawasannya… dapat pulak chalet yg belah hujung mengadap sawah padi…. saya minta husband turun dulu and buka pintu, lampu etc… sbb saya ada anak kecil, mmg my first impression seramnya tengok kawasan ni…. dgn pokok2 besar di sekeliling…

    Saya terus bgtau husband, tak nak duduk sini, takut… masa saya nak turun dari kereta dgn anak, mata anak saya tertumpu pada satu kawasan, saya cepat2 tutup muka dia dan ajak masuk chalet dgn segera… malam tu mmg sunyi sepi… saya berselubung tidur takut kalau2 ada nampak benda2 yg tak sepatutnya…. apa yg saya risau kalau tiba2 anak saya menangis dan tak boleh tidur pada malam tu… tapi dia tidur lena betul, mungkin kepenatan… saya aje yg tak boleh nak lelapkan mata…

    Esoknya, rasa lega sikit bila ada satu keluarga check in di chalet sebelah dgn riuh rendahnya… so, malam tu baru boleh tidur. The next day, kami ingat nak bawak anak mandi swimming pool…. just imagine, swimming poolnya kosong, tak ada org langsung… semua café kiri kanan swimming pool tutup…. saya mula rasa tak senang…. tp anak nak mandi juga…. teringat saya macam dalam cerita I’M ALONE…. suasananya yg sunyi sepi, daun2 kering bertaburan… as if saya & family aje yg berada di sini….. Saya call adik saya bgtau, saya tak nak duduk di Tok Senik lagi lepas ni…. taubat! walaupun saya tak ada jumpa benda2 yg tak diingini, tapi itu la kali terakhir saya akan menginap di Tok Senik… kawasan sekelilingnya mmg menyeramkan

    • Banyak resort yg agak tersorok dan sunyi di Langkawi seperti Tok Senik. Tetapi resort ini banyak misterinya.

      • Pernah stay Resort Tok Senik dalam taun 1999 cam tuh la.. Memang cantik
        stay situ pown sebab pakcik arkitek yg wat resort tuh… so dapt duduk free la…
        dapt plak rumah yg bersmbung atas bukit.. memang besar.. tp itu la.. siang tuh smpai malam tahu
        sebelah rumah tuh x de yg menginap.. tp time kuar makan malam, balik n tdur perasan dok mcam ada yg
        stay kt seblah.. siang esok memang check confirm x dak orang.. smpai skrang x pernah pergi dah.. huhu

    • wani says:

      Same la pengalaman saya dgn akak ni.

      Saya pergi situ baru je minggu lpas..2.5.2014 smpai 4.5.2014. Pergi dgn adik2 perempuan saya je bertiga. Sampai Langkawi nak pergi cari resort tu sesat sampai 2 jam.

      Jenuh kitorang berenti* bawak kete sewa* tanya orang camner nak pi situ. Masa sampai situ pukul 5.30 petang dah rasa tak sedap hati..tapi maybe sebab asyik sesat je before that. So kitorang check in la jugak. Dapat rumah halil. Sebelah chalet kitorang kosong. Tapi adik saya nampak ada barang kat balkoni dia. Padahal nampak banyak sawang kat situ tanda dah lama tak de sape lalu.

      Malam tu masa nak cari picture swimming pool untuk kasi adik2 saya tengok* sebab diorang argue kata kat situ takkan la ada swimming pool* kat google search tetiba terkeluar entri “resort tok senik berhantu” padahal before pergi vacation tu banyak kali saya google search tak pernah pulak keluar entri tu. Terus menggigil jugak lutut saya. Dah la kitorang bertiga je..pompuan pulak tu..tengah hutan. Adoiyaaii. .menyesal pulak rasa ambik resort tu.

      Malam tu saya and adik 2nd saya tak dapat nk tido. Asyik terjaga je. Tapi tak jadi apa-apa la. Esoknya lepas kitorang join island hopping balik resort time tengahari nak tukar baju. Adik2 saya ajak pi swimming pool. Tapi langsung takde orang. Die punya bistro la konon nye pun kosong.

      Kitorang pelik la..takkan la langsung takde pekerja kat situ kan? Kitorang rendam kejap je..terus cabut lari. Masa nak keluar lepas tukar baju kat chalet..kitorang lalu area swimming pool tu, nampak ada orang tengah pecah2 dinding papan kat bistro tu. Actually tak nampak orang tapi dengar bunyi papan pecah je. Tapi saya assume ada orang buat keje la.

      Kitorang balik malam tu dekat pukul 10.30 jugak la. Lalu memang seram. Tapi oleh sebab nampak bilik sebelah bilik kitorang tu macam ada org..lagipun dengar ada bunyi dehem batuk la..berjalan kaki, so kitorang tak pikir ape..terus tido.

      But then..betol la kalo pi sana lagi..memang tak berani la nak jejak tok senik tu. Ngeri amat.

  92. hehehe…..seram, teringat yang cerita yang ustaz azhar yang kene usik masa tido bilik hotel di cherating

  93. nurelina_143 says:

    Pasal bilik2 yg dilarang untuk dijual melainkan pelanggan mendesak tu ade betulnye..

    Kes ni jadi pd family aku yg tgh busy plan majlis kahwin aku hujung tahun 2010.

    Tau2 jela cuti swkolah so kena la tempah awal2. Mula2 staff hotel tu tunjuk bilik kat tingkat 10. Aku pelik jugak. Mengapa tak tunjuk bilik yg mak ayah aku nak booking tu. Last2 bila ayah aku desak die tunjuk jugak bilik tu. Takde yg pelik pun tapi mmg nampak usang dan seram la.

    Sampai majlis kahwin aku, sedara mara yg jauh2 tu check in la kat hotel. Maksu aku dan anak2 dia dah seronok dah sbb ade kolam renang. Nak2 pulak anak die yg bongsu.

    Masuk je dlm bilik tiba2 anak die yg bongsu ni menjerit sekuat2 hati dan meraung macam histeria. Dia cakap dia takut dan nak keluar cepat2 drp bilik tu. Maksu aku cerita anak dia peluk dia dlm kereta sampai menggigil2 sbb takut sgt.

    Sampai kat rumah kitorg saja2 tanye adik sepupu aku ni ape dia nampak. Dia cakap ada momok. Bila tanya banyak mana, dia ckp byk sangat dalam bilik tu. Ada yg pergi dekat dgn mak die.

    Lepas itu malam lepas majlis berinai aku,ada 1 lg family maklong aku yg kene. Diorg rasa macam serba tak kena duduk dlm bilik so diorg bace la yassin. Masa tgh baca ni adik maklong aku terpandang kat bilik air, dia ternampak ada sorg lelaki pakai uniform mcm housekeeping dgn muka buruk sebelah, tgh pandang dia.

    Kalau rasa2 nak jumpa blh la check-in hotel yg betul2 mengadap Pantai Puteri kat Melaka..Daripada luar pun boleh tengok ada cermin2 bilik yg pecah. Langsir tercabut n mengibar2 kat luar tingkap. Management pun byk kali bertukar tangan..

    • admin says:

      Yup. Staff front desk hotel memang sangat penting. Kalau kita buat baik dgn mereka, kadang2 boleh dapat upgrade bilik percuma. Tapi kalau kita desak, memang boleh dapat bilik spt yg Maksu saudari dapat.

    • Fazli Scuba says:

      Sy pernah mengalami satu situasi di mana sy telah pergi ke deretan gerai tepi pantai puteri ni utk mkn mlm. Bagi mereka yg telah biasa dgn persekitaran di sini, tentu maklum akan lokasi gerai2 berkenaan. Tempat letak kereta yg penuh menyebabkan sy terpaksa parked kereta di bahu jln betul menghadap & berdepan dgn hotel apartment ini.

      Kebetulan ketika sdg parking kereta, kelihatan satu lembaga serba putih & berambut panjang menjengukkan kepalanya keluar dr salah sebuah tingkap bilik yg berada di aras 10 bangunan hotel berkenaan. Pd mulanya sy hya menganggap itu mungkin salah seorg staff hotel yg sdg lepak2. Tp bila difikirkan semula, mustahil ada sesiapa yg mahu lepak2 berseorangan di aras setinggi itu, sdg kan keadaan sekelilingnya totally gelap, dgn pakaian serba putih & rambut panjang mengerbang!

      Sy berdua bersama rakan ketika itu. Rakan sy juga boleh melihat lembaga berkenaan. Kami berdua terdiam seketika & saling berpandangan. Keadaan bangunan hotel yg 99% gelap tanpa sebarang lampu itu (kecuali lampu di bilik guard & reception), menyebabkan kehadiran lembaga yg sdg menjengukkan kepalanya keluar dr bilik aras 10 itu amat jelas kelihatan. Seolah2 sdg memerhati kami.

      Setelah beberapa ketika, sy & rakan keluar dr kereta utk berjln ke gerai mkn tanpa menoleh lg ke arah bangunan tersebut. Kami ada berbincang mengenainya ketika sdg mkn mlm. Namun lembaga berkenaan tidak lg kelihatan apabila kami berjln menuju ke kereta semula utk pulang.

      Ini bkn kali pertama sy berkunjung ke pantai & gerai mkn di situ. Namun, ini pengalaman pertama setelah sekian kali ke sana. Bangunan hotel ini selamanya mmg bergelap seperti tiada penghuni dr dulu spi sekarang. Dan sememangnya sy ada dgr dr masyarakat setempat tentang kerapnya tempat ini bertukar tgn dr aspek pengurusan.

      • org melaka says:

        Hotel tu ada org duduk laa. Staff india kerja di petronas. Ini semua sewa dari pemilik apartment.

        Hotel tu berkonsep hotel apartment, jadi apartment milik individu. Yang kamu nampak tu samada penyewa atau pun langsir saja. Sbb tak pernah lagi dalam Al Quran cakap jin, iblis, syaitan berupa manusia (kecuali jin yg menjelma) dan selama ni kita terlampau dimomokkan dengan kisah2 rekaan manusia ttg rupa bentuk iblis/syaitan/jin.

        Asal hantu je, mesti baju putih, mesti rambut panjang. Itu semua kelentong beb..

    • hotel yg kat selekoh tu ke..pernah masok sekali ajak anak aku mandi swimming pool kat dalam tu,tp x sewa bilik la,aku tgk dari bawah pn dh macam seram je,,nak kata xde org pn ye juga,nak kata x terurus pn ye juga,,

    • org melaka says:

      Hotel di corner tu kan?

      Org2 tua belah Pantai Puteri (dulu nama pantai kundur/rombang/jaring) tu mmg byk yg mengamal ilmu salah. Anak cucu mereka normal macam kita. Masa saya kecik2 dulu berbasikal aje ke situ dgn kawan2. Kebetulan kawan baik duduk area situ. Awal petang lagi mak dia dah suruh kami balik, sbb lewat petang/senja kalau nasib tak baik terserempak dgn nenek2 / atuk2 tua yang membuang ancak di laut untuk beri makhluk halus makan, mungkin bahaya.

      Jadinya no surprise kalau kamu kata hotel tu bermasalah. Memang bermasalah pun.

      Sekarang ni hotel tu terabai, kecuali pembeli apartment saja yg masih ada di situ. Saya jenis tak percaya benda2 merapu ni, tapi kalau pengamal ilmu salah ni memang saya dah pernah tengok jiran saya diganggu makhluk peliharaan arwah bapanya sendiri yg kini tak bertuan.

  94. nasib baik x penah kena sebelum nie. Sesape yang penah jumpa tu, kira pengalaman seumur hidup tu 🙂

    • admin says:

      Betul. Walaupun sesetengah hotel memang dikatakan berhantu, yg kena sakat selalunya tak ramai. Memang bertuah lah kiranya

      • Tiada alasan untuk lupa kecuali yg tak amal solat 5 waktu dan takut hanyalah pada Allah bukan hantu. Kongsi tip ayat ayat berguna lebih baik utk amalan

        • Betul tu..xder alasan utk lupa jika dah selalu amalkan…kita org islam mana blh main letak kpla terus lelap je…kan

  95. setakat ni alhamdulillah belum pernah terkena, bagus tipnya. kalau rasa semacam je, sekurang-kurangnya kita baca ayat kursi, kebanyakan kita hafal ayat ni.

    • admin says:

      Betul. Sekurang2 nya baca ayat Kursi. Tapi ramai yg letih sgt masa holiday sampai lupa semua.

  96. aku pi hotel Amber Court .. huhu… serammm….seramm…

    masa tu malam kau tengah tido pastu bila pukul 2.00 pagi aku ngan mak aku terdengar cam ada budak nangis.

    aku pun mula mengigil dah tu aku sure dengar ada orang tarik kerusi dan tv terbuka tapi tak ada siaran.

    Dah sampai esok aku terus la checkout. huhu tok dan abang aku kata tak dengar bunyi apa pun? aku ngan mak aku je dengar huhu…

    • hi.. masa kecik2 dulu cuti sekolah selalu naik genting sbb parents saya kerja kat genting. so memang dh lame pun tau AMBER court tu ‘berpenungu’. dah la wat jauh2 dr bangunan lain(masa tu). maybe owner nak privacy la kot. tp..still, menyeram kan. kenapa la masih buka skrg.

    • Seram pulak baca pengalaman-2 korang ni . bulan 12 ni saya nak pergi bercuti dekat langkawi . pads mulanya nak booking hotel Bella vista . tapi bola dah baca pengalaman masing-2 pasal hotel Bella vista dekat langkawi batal terus niat nak nginap dekat hotel tu . huhuhu

  97. takut juga kalau tempat yang kita menginap tu ada hantu, elok-elok boleh berehat, berehat dalam ketakutan, tips yang bagus dan berguna thanks..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>