Egerton – Homestay Melaka Yang Best. Betul!

Takde duit pun nak bercuti ke? Ni rumah hantu mana ini? Mungkin itu ejek kawan ofis anda bila anda tunjukkan bangunan Egerton ini.

egerton melaka dari luar

Dari luar — tidak ramai sanggup masuk rumah kedai Egerton Melaka ini. Nampak suram. Nampak lama. Nampak kotor dan langsung tak sesuai untuk tidur.

Tak mengapa. Kita masuk ruang tamu dulu.

Ruang Tamu Egerton, Melaka

ruang tamu Egerton

Lantai berkilat kan? Simple je deconya. Kata owner, ini gaya modern heritage.

Lokasinya top! Tengah bandar Melaka. 10 minit dari Jonker Walk.

Jadi bolehlah sangat buru barang antik sampai ke petang, sebab tempat bermalam pun dekat saja.

Sesuai Untuk Family Besar

bilik dalam homestay

Ini bilik utama Egerton. Cantik sungguh.

Dalam Egerton ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Dan boleh muat sehingga 8 orang. Kalau anda datang dengan family memanglah cukup-cukup sesuai.

Saiz rumah besar. Jadi privacy terjamin.

tingakt atas

Rumah ini bertangga. Jadi jaga sikit kalau anda datang dengan anak kecil.

Bilik Lain

homestay egerton

Bilik kecil ini masih dihias classy. Sesuai untuk pasangan baru berkahwin.

egerton

Lantai kayu. Cukup besar dan selesa, berbanding bilik hotel Melaka yang selalunya sempit-sempit.

bilik air

Bilik air tak mengecewakan. Simple tapi memang mewah.

Layan Ruang Tamu

egerton homestay

Macam dalam rumah sendiri. WIFI pun percuma.

egerton yg luas

Untuk jaga Egerton supaya best untuk semua, semua bilik memang no-smoking ye? Nak merokok, sila lah keluar rumah.

Amacam ada yang berminat?

Info Lanjut Egerton Melaka

Harga: Dari RM 590++
Alamat: No. 155, Jalan Temenggong, 75000 Melaka, 75000 Melaka

Semak Harga Terkini

  1. Nur nadia says:

    Huhu.. cm mana nk ctc owner ni? Mana taw next trip…. jatuh cinta plak nk stay..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>