Cari Tempat Untuk Family Day? Cuba Pantai Batu Layar

Orang tak ramai, kawasan jauh dari pekan. Boleh tidur puas-puas.

batu layar chaletComel kan chalet pelangi kat Pantai Batu Layar, Johor ini?

Harga pun tak mahal. RM 90 saja semalam. Cuma kemudahannya biasa-biasa sahaja. Kita bagi 2 bintang.

batulayar-volley
Kalau bajet kecil atau tak mahu tidur dalam chalet, tiada masalah. Ada camping ground.

Untuk memasak, ada tempat BBQ. Dan kalau sudah bosan mandi laut, boleh main bola tampar.

Apa Yang Bestnya Pantai Batu Layar Ini?

Pantainya landai dan airnya jernih. Jadi kids-friendly kalau anda datang dengan family.

Tapi macam biasa, dengan laut, kena sentiasa berjaga-jaga.

Nak berselfie, pun syok.


Apa Yang Tak Best nya

Dalam pantai ada batu. Dan keliling pantai, sama macam kebanyakan pantai Malaysia, ada sampah.

Tapi Terpencil

Kalau ke sini, siapkan barang makan. Sebab tempat ini cuma ada satu kedai makan, dan satu kedai runcit kecil.

Dan petrol isi siap-siap. Sebab kalau nak ke pekan, pekan Penawar pun 15km dari resort. Tak mau kandas tengah jalan.

Anda Yang Minat?

batu layar chalet

pantai batu layar

Batu Layar Resort
Harga: Dari RM 90++
Alamat : 13, Pusat Bandar, Bandar Penawar, 81900, Kota Tinggi, Johor
Tel: 07-8222044 / 017-7404773

  1. dlu kami pergi masa thn 90han , masa ikut family day anjuran UTM, mmg best tmpt dia masa tu, tp syg skrg dengar dh teruk.. hmm

  2. Biasa je..i selalu p sini mmmg agak terbiar iyala dh x jdi tumpuan sgt utk org bermlm kt sini just dtg main2 air pastu balik..xtau la lau org dri jauh myb dorg bermlm kot.

  3. Sharifah rahayu says:

    Boleh bagi pakej untuk 3h 2m for reunion dekat cni.. Untuk 21-23hb April 2017..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>