12 Tempat Menarik Di Malaysia – Tapi Pemandangan Macam Kat Overseas.

Ramai yang kata, tarikan di Malaysia ini tak sama macam di overseas. Tapi betul ke?

Sebenarnya ada tempat menarik di Malaysia ini, yang pemandangannya dekat sama macam di luar negeri tu.

Kalau setakat nak ambil feel overseas, kat Malaysia pun boleh.

Jom tengok satu-satu.

1. Macam Di Bolivia

Tempat ini macam di Bolivia — Salar de Uyuni. Bila tangkap gambar, dah tak nampak mana langit, mana bumi.

Kredit

Kredit via www.sini.com.my

Tempatnya? Dekat dengan Kuala Selangor, 1 jam dari KL.

Specialnya tempat ini sebab scene macam kat atas cuma ada 5 hari sebulan.

Kredit

Kredit via www.facebook.com

Nak ke sini, kena naik bot. Sebab ini bukan tepi laut. Orang sini panggil scene aneh ini Mirror In The Sky.

Trip ke sini selalu penuh, sebab fenomena ini bukan hari-hari ada.

Lokasi : Sasaran, Kuala Selangor
Kos : RM 65 (15 orang ke atas)
Cara datang: Contact FB Calvin Ho

2. Macam Di Jepun

Ada beberapa tempat menarik di Malaysia yang pemandangannya macam di Jepun. Ada yang bermusim, ada yang sepanjang tahun.

Tapi kalau yang sentiasa macam di Jepun, kena pergi ke Colmare Tropicale.

Kredit
Sewa Kimono, lepas tu bergambar puas-puas.

Perut lapar? Makan sushi. Badan letih? Rasa urut gaya Jepun kat Tatami Spa.

Lokasi : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Kos : RM 60 seorg
Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.

Kalau setakat pemandangan macam di Jepun, tunggu musim bunga Sakura.

Merata view pink ada di Malaysia – Penang & Parit Buntar, Kemaman & Alor Setar antara tempat yang famous.

Kredit

Kredit via mauhorng.com

Bezanya kita ada lembuuuu ….

Kredit

Kredit via mauhorng.com

Lokasi : Parit Buntar, Kemaman, Alor Star dll
Kos : Percuma

3. Macam Di Monggolia

the-mongolian-yurt-sabah2

Nak merasa tidur dalam rumah orang Monggol? Datang ke  Kundasang.

Tempat ini sejuk ya amat (17 darjah Celcius). Sesuai sangat kalau anda mahu ke Sydney tapi bajet cuma ke cukup ke Sabah.

Kredit

Kredit via angugulife.com

Satu yurt boleh muat 4 orang. Tapi tak sesuai untuk keluarga atau honeymoon ya?

Sebab memasak sendiri. Yurt pun mungkin berbau sebab cuaca sejuk tapi lembab.

Aihh .. kata nak rasa jadi Monggol kejap?

Lokasi : Kundasang, Sabah
Kos : RM 300 satu yurt
Cara Ke Sini : Tempah di MrSabah

4. Macam Di Australia

Nak tengok orang surfing di Bondi Beach, Sydney sambil makan fish and chips tepi laut?

Maaf. Malaysia belum ada tarikan tahap begitu. Tapi kalau setakat rumah homestay gaya rumah pantai Australia, boleh lah ke tempat menarik Melaka ini.

Kredit

Kredit via www.facebook.com

Ini Masbro Paya Rumput. Satu rumah boleh muat sampai 6 orang.

masbro2

Rumah dalam kawasan berpagar. Siap dengan microwave, air-cond dan peti sejuk.

Nak mandi ada swimming pool.
masbro3

Lokasi : Paya Rumput, Melaka
Kos : RM 280 sebuah rumah
Cara Ke Sini : Tempah di Masbro Village

Apa? Melaka panas?

Kalau nak rasa lebih sejuk, datang yang di Sabah ini.

Tapi ini untuk yang suka adventure. Sebab ini tempat camping. Sejuk nya? Adohai tak perlu cerita lah bila pagi-pagi.

Cuma harganya… batuk! batuk!

Lokasi :Mount Kinabalu Training Camp, Sabah
Kos : RM 680++
Cara Ke Sini: Tempah di Airbnb

5. Macam Di Maldives

Ramai isteri yang buat suami pecah hati sebab asyik cakap — bila lah kita nak pi Maldives bang?

Adek sayang, kalau setakat suasana laut macam Maldives, ada kat Malaysia.

Banyak pulau Malaysia yang airnya jernih sampai nampak dasar laut – macam Maldives. Tioman, Langkawi, Semporna. Aiseh, banyak lagi sebenarnya.

Jadi kita ambil contoh sikit saja.

Kredit

Kredit via www.facebook.com

Yang di atas, view Japamala Resort, Tioman. Dalam negeri Pahang ni.

Ingat Pahang asyik Cameron sahaja ye?

samadhi-website-japamala-background-tioman-island-scene-05

Lokasi : Japamala Resort, Pulau Tioman, Pahang
Kos : Dari RM 750++ sebilik
Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Mersing, Johor

Kalau Terengganu, ada Pulau Redang.

pemandangan laguna redang - dengn air jernih macam maldives

Dah kat sini, buat apa lagi? Menyelam lah.

tarikan pulau Malaysia sudah tentu menyelam

Lokasi : Laguna Redang Resort, Pulau Redang, Terengganu
Kos : Dari RM 700++ sebilik
Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Syahbandar, Kuala Terenggganu.

Kalau Sabah, jangan cakaplah. Banyak pulau dan pantai yang menganga kita tengok. Sebab airnya aduhai mempesona sungguh.

Jadi kita ambil sikit saja contoh kawasan Sabah yang macam Maldives — Bohey Dulang.

Pulau Bohey Dulang ini tak ada resort. Cuma orang datang untuk tengok pemandangan.

Nak ke sini, kena cergas sebab nak daki bukit. Dan kos pun tak murah. Tapi pemandangan memang lumayan.

Lokasi : Pulau Bohey Dulang, Sabah
Kos : RM 600++ satu bot
Cara Ke Sini: Ambil bot di jeti Sempoerna.

6. Macam Di England

Tarikan di Malaysia yang macam England pun banyak juga. Cuma salji tak ada. Tapi kalau setakat nak rasa feel kat sana tu boleh sangat.

Ini 2 contoh tempat menarik kat Malaysia yang nampak macam di England.

lakehouse-cameron
Orang kata hotel ini yang terbaik di Lembah Bertam.
tea
Tak mampu tidur di sini, minum petang sahajalah ya?

Lokasi : 30th Mile Ringlet, Bertam Valley, Cameron Highlands
Kos : RM 78 untuk minum petang
Cara Ke Sini : Tempah di Lakehouse

Nak lebih class? Satu lagi hotel gaya British di Cameron. Tapi ini jauh lebih mewah sebab di bawah YTL.
cameron high;ands resort milik ytl yang mewah

Ada yang nak piknik?

piknik di cameron hghland resorts

Cukup je dua. Walaupun sebenarnya ada banyak lagi yang gaya macam di England.

7. Macam Di New Zealand

Tu – brader tu kat Malaysia tau. Bukan New Zealand.

Sebab sama macam England, banyak tempat tarikan Malaysia yang macam di New Zealand.

Kalau nak bergambar macam dalam iklan Fern Left memang perkara enteng!

Kredit

Kredit via www.facebook.com

Tempat ini bukan sahaja ada lembu-lembu susu macam di New Zealand, tapi siap dengan pemandangan gunung dan kabus.

Bila perut sudah lapar, boleh minum susu lembu segar atau beli aiskrim kat sini. Terbaek dari ladang.

Lokasi : Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah
Kos : RM 5
Cara datang: Contact FB Desa Dairy Farm

Yang di atas itu ladang.

Yang ini pula kawasan Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, Ranau Sabah — Hounon Ridge Farmstay & Camping yang sangatlah femes.

Kredit

Kredit via theruka.com

Duduk minum teh petang-petang.

Kredit

Kredit via www.facebook.com

Lokasi : Hounon Ridge Farmstay & Camping, Kg. Himbaan, Bundu Tuhan, 89308 Ranau, Sabah
Kos : RM 160++ (rumah utk 4 orang)
Cara datang: Contact FB Hounon Ridge

Ada yang hampir sama kat Kluang, Johor.

Cuma tak berkabus. Dan gunung tak sehebat di Sabah.

ukfarm2
Dan bukan lembu New Zealand. Tapi kambing.

Kredit

Kredit via www.facebook.com

Lokasi : Plot 8, Projek Pertanian Moden Kluang, KM13, Jalan Batu Pahat
Kluang
Kos : RM 48 seorang (tour 3 jam)
Cara datang: Contact Laman UK Agro Resort

8. Macam Di Korea

Dulu demam Winter Sonata. Lepas tu demam Running Man.

Sekarang demam sebab selalu makan meggi saja sebab menabung nak pergi ke Korea.

Tak mampu tak mengapa. Jom cuti-cuti Malaysia kat tempat ini.

Kata orang macam di Manami Island.

Sayangnya yang datang, perangai tak macam orang Korea. Tapi macam orang Malaysia.

Akibatnya, sampah dah mula bersepah.

Lokasi : Taman pokok Rhu di Pantai Senok, Tawang, Bachok, Kelantan
Kos : Percuma

9. Macam Di Perancis

Bandar seperti pekan Perancis ini lebih bersih. Sebab tempat ini kepunyaan Kumpulan Berjaya.

Namanya Colmar Tropicale.

colmare tropicale di bukit tinggi yang gaya di perancis

Kredit via www.flickr.com

Cuaca lebih sejuk dari di KL. Jadi, ada sikit rasa macam di Perancis.

Kredit

Kredit via www.flickr.com

Siap dengan clown busking kat tengah jalan.

Kredit

Kredit via www.flickr.com

Bila sudah ke sini, pakai baju sejuk. Lepas tu lilit shawl.

Macam brader sorang ni.

Lokasi : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Kos : RM 60 seorg
Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.

10. Macam Di Amerika

Tempat menarik di Port Dickson ini macam Amerika — zaman koboi lawan Red Indian.

Nak merasa tidur dalam khemah Red Indian boleh. Nak naik kuda boleh.

Siapa yang dah ke sini angkat tangan!

Lokasi : Eagle Ranch Resort, Port Dickson
Kos : RM 150 ++
Cara Ke Sini: Tempah dengan Eagle Ranch Resort

11. Macam Dubai

pemandangan masjid al bukhari waktu siang

Kredit via panoramio.com

Kali ini kita pergi ke destinasi macam di Timur Tengah. Sebab siap ada pokok kurma yang segar bugar.

Ini Masjid Al-Bukhari di Alor Setar, sumbangan dari Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

Bila dah datang, jangan selfie saja. Masuk solat ye?

Lokasi : Masjid Albukhary, Jalan Langgar, 05460, Alor Setar Kedah
Kos : Percuma

12. Macam Di Kemboja

Kita tutup senarai ini dengan tarikan yang out of this world yang selalunya ada di Kemboja. Dan beberapa tempat istimewa lain di dunia.

Tapi jarang nampak di Malaysia — ombak laut jadi biru.

Kredit

Kredit via kaki.sini.com.my

Pemandangan ini ada terjadi di Pulau Sembilan, Pangkor, Perak.

Ada juga di Pantai Trusan Miri, Sarawak. Dan dengar cerita, ada juga kata selain Trusan, fenomena air laut membiru bila malam ada kat pantai lain di Miri.

e102

Efek ini jadi bila malam. Kata orang, sebab plankton.

Jadi, nak tanya.

Antara banyak-banyak tarikan Malaysia kat atas itu, mana satu yang buat anda kagum sangat?

  1. Subhanallah cantek2nyeeeee view yg admin post..osem sgtttt..org yg amik gambar tu pon handal…br tau kt mesia ada tmpt2 indah mcm tu…tengkiu admin

  2. Baguslah listing ni! Happy jugak sbb dah merasa pegi beberapa tempat diatas..lepasni nk try completekan semuanya skali..tp yg paling kagum yg pantai biru tu..yeke biru camtu? Ke efek kamera?

  3. Srs nangis baca post nii sebab cantik sangat semua pemandangan tu. Memang nak pegi sangat2 laa. Lagi2 air laut yg mcm kat maldives tu. Ya allah cantik nyaaaaaaaa

    • Iskandar Suhaimi says:

      Jangan nanges cik Farah ye? Insyaallah dpt pi. Takyah naik flight pun. Naik kereta dgn bot je dah sampai ye?

  4. Syu Eiza says:

    Info menarik. Gambar-gambar yang diambil memang cantik. Ayat-ayat yang digunakan membuat jiwa terasa muda dan ceria hingga membangkitkan keghairahan untuk melawat ke tempat-tempat ini. Tahniah admin.

    • Iskandar Suhaimi says:

      Amboi Syu. Pagi2 ni dah puji2 kami. Kembang satu hari rasanya ni.
      Insyaallah kami cuba buat artikel2 lain yg lagi baik dari ni lagi nanti. Moga lagi baik, n lagi baik. Amiin

  5. Tahniah Iskandar Suhaimi..sungguh menarik info nyer & gambar yg amat cantik. Teringin lak nak tengok identiti dlm negara kita ni pulak kat negara orang lain..mungkin suatu hari nanti…

    • Iskandar Suhaimi says:

      Terima kasih Maman sbb suka dgn post kali ni.

      Itulah. Restoran Melayu kita dah ada kat London, Sydney etc — cuma rumah kampung Melayu belum ada lagi.

      Dulu masa 1997 taman tema Wonderland kat Sydney, tokey dia Sunway Group (yg buat Sunway Lagoon, Lost World Tambun). Ingatkan mungkin la ada harapan nak tengok tema ala Malaysia situ. Tapi tutup.

      Jadi lambat lagi la nak tengok benda2 ala budaya Melayu kat oversea kot?

    • Iskandar Suhaimi says:

      Yeke??. Alhamdulillah. Insyaallah nanti kita cuba tulis dgn standard yg sama, atau tinggi2 lagi ye?

  6. Wow byk rupanya tempat menarik kt malaysia ni yg lbh kurang mcm kt oversea. Good info …tq
    X ckup wit nk g oversea bleh la g tmpat2 kt cni je

    • Iskandar Suhaimi says:

      Adohai … bro dah byk tempat pergi dah bro .. Ni xdepe dah ni for you hihi

    • Iskandar Suhaimi says:

      Huhu .. tak sangka saya pun kelakar? Cuma harapnya x lawak sama tahap mcm menteri2 kat Malaysia.

        • siyesly tak tau byk tmpt yg sgt awesome kt malaysia nie.. beria suka tgk negara org, negara sendiri apa kurangnya.. will try.. insyaAllah.. gracias!

          • Iskandar Suhaimi says:

            Yup sis. Sabah, Sarawak especially. Byk sgt yg kita belum layan

  7. Rosmawati says:

    Alhamdullilah! Terimakasih. Good info. Mohon share nak forward kat kengkawan ya? Kadang ada yang mati akal tak tau nak ke mana, pusing pusing gi tempat sama jugak. 😄👍

  8. kagum yang part ombak jadi biru tu. baru tahu sebab plankton. dan rupanya banyak tempat di malaysia saya belum pi. yang dah pi: colmar tropical, yang lain mmg belumlah. teringin nak pi yang kundasang tu tapi bila dengar kena naik bas 5 jam, aduh senak perut jadinya. takde flight direct ke?

    • Iskandar Suhaimi says:

      Kami pun kagum bila tengok tu. Tak sangka boleh jd cenggitu.

      Hihi .. yg Kundasang tu ramai juga kempunan pi sbb masalah sama.

    • Norma hashim says:

      X sampai 5 jam puan..kalau terus dari kk 2 jam jer puan (tue pun sbb duk belakang lori)…kalau berhenti2 kat rumah terbalik, jambatan tamparoli dan pekan nabalu tue yg sampai 5 jam

      • oo ye ke. baru faham. actually ada adik ipar kat sabah. bolehlah plan trip tahun depan. anak2 saya suka tengok binatang, rasa baik kalau pi kundasang boleh tatap lembu

        • Blh bg mkn rumput n minum susu lembu n kambing di dairy farm kundasang jg sis…
          Betul la ms norma gtau tu, if byk singgah bru smpi 5 jam. Better gerak ke kundasang dlu utk elak jam bru ke rumah terbalik dll. Disarankan bermalam di kundasang bru dpt feel udaranya n explore suma tmpt area tu. Chalet pn byk yg murah2

          • Iskandar Suhaimi says:

            Nice tips. OTW balik baru singgah ye tak. Takde la penuh org sebab kita sampai awal. Tq sis Aliwen. Insyaallah kami cuba buat elok lagi bila2 ada post akan dtg.

    • Sis hana, actually just 2 jam je dr kk town ke kundasang. Plus, blh pegi spa ikan tagal lg di kg luanti dlm 20 minit dr kundasang. Poring hot water pun area sana jg.
      Keep up da gud job admin. Byk lg tmpt menarik d sabah ni.

    • Jln2 kat sabah 5 jam tu xterasa sgt sbb jln dia lain dr sini..x bosan..samada anda akan kecut perut sbb jln naik bukit atau anda boleh nikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan..kompem xrasa lama sgt 🙄🤗

  9. Tak sangka saya di Malaysia masih ada tempat-tempat yang sangat beautiful untuk dilawati. Lepas saya tengok gambar-gambar di atas, jadi kagum sekejap sebab saya tak pernah tengok tempat sebegini indah di negara kelahiran saya sendiri Malaysia. Terima kasih admin.

    • Iskandar Suhaimi says:

      Kami pun bila pilih tempat2 yg nak kami letak sini, kagum dengan viewnya. No prob bro Perawat Sihir. Kalau ada yg kami tertinggal, bgtau ya?

  10. Memang banyak tempat yang cantik di Malaysia nie kan. Sayangnya masih ramai yang suka buang sampah merata-rata. Harap-harap tempat-tempat tue akan terus terpelihara dan bersih dari sampah-sampah. Sama-sama kena jaga.

      • Bro…kat jepun ngan korea tong sampah lagi kurang dari tempat kita tapi kenapa nak jumpa sampah pun susah??

        • Iskandar Suhaimi says:

          Ha. Yg tu xleh nak jawab. Sbb tu antara perkara ajaib yg jadi kat tempat2 istimewa macam Malaysia je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>