10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Percuma

Tempat menarik di Kuala Lumpur banyak. Tapi tarikan percuma tak banyak.

Jadi, kalau anda bercuti di KL dengan keluarga, kemungkinan besar anda habis beratus ringgit hanya untuk tiket masuk.

Jangan berpeluh tau? Ada aktiviti dan tarikan percuma di Kuala Lumpur yang boleh anda buat atau lawat bila anda bercuti di sini. Jom kami tunjukkan.

1. Layan KLCC Park

pool klcc

Kredit via www.kuaby.com


Bila anda di KL, singgah KLCC Park. Pertama, sebab ianya dekat dengan Menara Berkembar Petronas.

Kedua, sebab ada tempat best untuk anak-anak di bawah 10 tahun. Si kecil anda memang tak senang duduk tengok kolam randuk untuk mereka mandi manda.

Dan kalau itupun belum cukup meletihkan, ada taman permainan yang besar di sini. Dari swing sampailah ke slide, banyak tempat bermain yang bermacam ragam untuk mereka habiskan masa mereka.

2.Layan KLCC Lake Symphony

Kredit

Kredit via www.flickr.com


Jika anda berada di KLCC waktu malam, jangan lupa pergi keluar dari Suria Mall dan jengah KLCC Lake Symphony.

Di sini, ada pertunjukan air pancut di kolam KLCC dari 7 malam hingga 10 malam.

Bukan saja anda dan keluarga boleh duduk bersembang dengan keluarga sambil menontoh pertunjukan air. Tapi anda juga boleh bergambar dengan latarbelakang KLCC.

Bila malam kan lebih ummph?

3. Baca Buku Di KL City Library


Anak anda ulat buku? Cantik!

Kami sarankan anda ke KL City Library yang dekat dengan Dataran Merdeka.

Ada 2 perpustakaan yang best di sini (ya! lagi baik dari Perpustakaan Negara). Satu agak kecil, dan ia hanya untuk anak-anak yang baru nak belajar membaca.

Dan berhampirannya, ada KL City Library. Perpustakaan ini jauh lebih besar, nyaman dan penuh dengan buku untuk anak-anak yang lebih berusia. Ada bahagian muzik kalau mereka mahu tutup mata dan layan muzik sambil berehat duduk di kerusi empuk.

4. Naik Bas GoKL


Ramai anak-anak sekarang yang tidak pernah merasa naik bas? Betul kan?

Apa kata anda bawa mereka ronda-ronda keliling Kuala Lumpur dengan bas percuma berwarna pink ini? Bas ini berhenti di banyak tempat — dari KLCC sampailah ke Masjid Jamek.

Waktu operasinya pun lama — dari 6 pagi sampailah 11 malam.

5. Berbasikal Di Publika

Bila tiba hari Ahad, jalan sekitar Publika ditutup. Jadi anda boleh bawa anak-anak berbasikal di sini dari pukul 7 hingga 10 pagi.

Sesiapa sahaja boleh beriadah di sini. Kalau anda tiada basikal, anda boleh sewa percuma. Dan selain basikal, rollerblade dan skates pun okay.

Bila dah lapar, atau anak anda merengek letih, rehat dan makan di mall ini.

6. Ambil Angin Di Tasik Perdana/Tasik Titiwangsa

Bila hari sudah petang, bawa mereka ke padang di Tasik Perdana atau Tasik Titiwangsa.

Kalau anda mahu mereka tidur awal, biarkan mereka berkejar-kejar di taman ini. Kalau anda ada bajet lebih, anda boleh berkayak di tasik, menaiki kereta kuda ataupun menyewa basikal 3-4 tempat duduk untuk anda sekeluarga kayuh keliling kawasan ini.

Apapun, kos menaiki kayak atau basikal ini jauh lebih murah dari masuk ke tarikan Kuala Lumpur lain.

7. Masuk Hutan Bandar KL Forest Eco Park

Kredit

Kredit via www.emily2u.com


Kalau anda tidak kisahkan nyamuk, ada hutan bandar di KL berdekatan dengan Bukit Bintang untuk anda sekeluarga layan.

Yang istimewa lagi, hutan ini hutan simpan tertua di Malaysia. Jadi ada pokok-pokoknya yang sudah beratus tahun umurnya yang masih elok dipelihara di sini.

Bila anda di sini, jangan lupa naik jambatan kanopi walk. Sebab yang ini satu saja betul-betul di tengah bandaraya KL (dan percuma pula tu).

8. Belajar Sejarah Dengan KL Heritage Walk

Selalunya orang putih saja yang minat berjalan kaki di KL. Tapi anda pun boleh. Lebih-lebih lagi anda mahu tahu sejarah Kuala Lumpur.

Kami sarankan anda ikut dalam lawatan berpandu DBKL yang percuma.

Dengan jurupandu, anda bakal berjalan bersama ke 11 tempat bersejarah di sekitar Dataran Merdeka — dan diterangkan tentang sejarah tempat-tempat ini. Dari sejarah pada zaman Yap Ah Loy sampailah ke zaman kolonial British, semua akan anda ketahui.

Jangan terkejut nanti, kalau anak anda lebih tahu sejarah KL dari orang KL sendiri nanti.

9. Rehat Di Secret Garden 1Utama


Di atas bumbung shopping mall 1Utama sebenarnya ada taman rahsia. Tapi sedikit sangat yang tahu.

Sekarang, terima kasih pada bajet anda yang kecil, anda dan keluarga boleh tahu tarikan Kuala Lumpur yang ramai staff di mall sendiri pun tidak tahu. Sila tanya pak guard cara ke sini ya?

Datang sini hujung minggu saja tau. Dari 10pg – 10 malam. Dan layan taman atas bumbung terbesar di Asia Tenggara dengan percuma.

10. Tengok Senjata Di Muzium Polis


Muzium ini memang istimewa. Pertama, sebab masuk percuma. Dan yang keduanya, walaupun tanpa bayaran, barang-barang pamerannya lain dari yang lain.

Mahu tengok senjata Portugis semasa menyerang zaman Melaka? Ada di sini. Mahu tahu jenis-jenis senjata yang dirampas dari samseng atau penjenayah? Pun bukan masalah.

Walaupun ianya kecil, muzium ini jauh lebih membuka mata anda dari kebanyakan muzium di Malaysia.

Ada yang kami tertinggal? Jom share dengan kami semua tarikan percuma Kuala Lumpur yang patut orang lain tahu.

  1. Sukiman says:

    Kuala lumpur percutian yg amat best bgi sya , walaupon bandar ini sesak dengan perbagai jentera yg keluar masuk namun berat hati sya utk meninggal kan bandar ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>