Omai! Ini Rahsia 3 Tempat Percutian Popular Malaysia (Yang Anda Tak Tahu)

Anda mungkin bijak sampai tahu rukun negara Vietnam. Tapi 3 rahsia tempat menarik Malaysia ini mungkin anda tak tahu.

1. Laut Selat Melaka, Melaka

riber-cruise
Ini rahsia Melaka yang anda tak tahu.

Laut Melaka sebenarnya penuh dengan harta karun.

Kapal Flo De La Mar Portugis yang karam 500 tahun lalu masih lagi tersadai di dasar Selat Melaka.

Dan selain kapal ini, ada berpuluh kapal lain yang karam dengan harta masing-masing,

Harta dalam kapal Flo Del Mar ini sahaja dianggarkan RM 12 billion.

Antara yang hilang bersama kapal ini dalam laut Melaka yang berselut itu ialah 60 tan jongkong emas, 200 peti berlian sultan Melaka dan juga hadiah-hadiah raja Siam kepada kerajaan Portugal.

Selain tersadai dalam laut, harta Sultan Melaka juga disorok di kawasan Pulau Besar, Pulau Nangka dan Bukit St. Paul.

Usaha memburu harta ini banyak kali dibuat. Kerajaan Melaka sendiri pun ada cuba mencari. Tapi sampai sekarang yang dapat dijumpai hanya duit syiling. Yang lain, kalau pun ada yang jumpa, gagal di bawa keluar.

Kita dah berjaya menghantar orang ke langit. Tapi sayang betul, sebab selepas 500 tahun kita gagal mengesan harta Sultan Melaka yang di laut dan disorok di darat.

Nota: Pakar pemburu harta karun, Robert Marx pun ada mencuba mencari. Habis dibelanjakannya RM 80 juta untuk expedisi menjejak Flo Del Mar. Tapi masih gigit jari.




2. Rahsia Bukit Merah, Perak

 

bukitmerah

Apa yang dirahsiakan di sini?

Sisa radioaktif berbahaya.

Ha! anda tidak tahu kan? Satu masa dahulu Mitsubishi dan Tabung Haji ada kilang “rare earth” di Bukit Merah. Kilang itu sekarang telah ditutup.

Tapi Mitsubishi Chemical Jepun masih lagi menanam sisa radioaktif dari sisa “rare earth” itu di dalam bukit-bukit sekitar Bukit Merah. Bukit ini dikorek menggunakan robot untuk menanam lebih 80,000 tong sisa radioaktif.

Ada orang di situ yang kena leukemia, lahir cacat dan sakit berpanjangan disebabkan keracunan plumbum. Racun ini dikatakan dari sisa radioaktif dari kilang ini.

Ini sebabnya, bekas perdana menteri, Mahathir Muhammad menolak untuk membina reaktor nuklear di Malaysia. Sebab kata, kita ada pengalaman buruk dengan benda ini.

Tapi itu semua, ramai yang tidak tahu.

3. Misteri Hutan Cameron Highland, Pahang

 

mossy1 Apa rahsia di Cameron Highlands?

Pada tahun 1967, seorang lelaki Inggeris bernama Jim Thompson datang bercuti di sebuah banglo atas bukit di Brinchang.

Dia seorang bekas tentera elit British. Dia juga digelar Raja Sutera Siam kerana berjaya masuk ke Thailand dan bantu pulihkan industri sutera dan tekstil Thai yang tenat.

Pada 26 Mac, beliau keluar untuk bersiar-siar melalui denai hutan. Tapi peliknya, beliau tidak pulang-pulang.

Bila tetamu yang masyhur seperti Thompson hilang, usaha mencari dibuat besar-besaran.

Beratus-ratus askar, polis, orang asli, tentera gurkha sehinggalah tentera Amerika dikerah. Helikopter-helikopter Amerika dari Thailand pun dibawa untuk terbang masuk ke Cameron Highlands.

Tidak cukup dengan askar, lebih 100 orang pawang dan sami  pun dibawa ke Cameron.

Masuk hari ke-empat, hampir seluruh penduduk Cameron masuk meredah hutan. Sebabnya, ada ganjaran RM 200,000 ditawarkan kepada sesiapa yang menjumpai Thompson. Nilai ini sama dengan RM 950,000 hari ini.

Ada yang jumpa? Tiada. Walaupun cebisan baju.

Dan sampai sekarang, apa yang jadi pada Thompson kekal misteri. Sama macam MH370 yang hilang sampai hari ini.

p/s Beberapa bulan sebelum kes kehilangan Thompson,  suku orang asli di Cameron Highlands dikatakan ada diserang makhluk aneh yang dipanggil beruk besar.

Makhluk ganas yang jauh lebih besar dari manusia ini juga dikatakan menculik beberapa penduduk orang asli dan tidak dapat ditangkap.

Mungkinkah Thompson jadi mangsa makhluk ini? Ada sesiapa boleh bantu jawab soalan kami?

Atau anda ada misteri tempat lain yang nak bagitahu kami?

 

Kredit: Ray Souza, Nytimes, Tianyake, caitriana

  1. fizah says:

    kalau tak dapat harta kat melaka..boleh claim ganjaran kat cameron pn jd la…..hihihi..

    • Ya. Kisah ni kisah besar. Tapi memang kurang diwar-warkan sebagai lagenda Cameron

    • Melaka ada buka tender utk cari harta2 yg hilang dan memang explorasi dah dibuat, tapi setakat ni tak berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>