Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

Dari LCCT ke Bukit Bintang

Ada 4 cara untuk pergi dari Terminal Tambang Murah, LCCT ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

1. Cara 1: Pantas Tapi Perlu bertukar Kenderaan

  1. Dari LCCT, pergi ke stesen KL Sentral (LCCT terletak 60km dari KL).
  2. Kemudian, dari KL Sentral, naik monorail ke stesen Bukit Bintang. Tambang monorail ialah RM3.70 (~$1.17)

2. Cara 2: Mudah Tetapi Mahal, Dengan Teksi

Teksi adalah cara termudah untuk bergerak dari LCCT ke Bukit Bintang. Tambangnya bergantung kepada jenis teksi yang anda ambil.

Anggaran tambang ?

  • Budget: RM75 (~$23.68)
  • Premier: RM150 (~$47.36)
  • Family: RM 200 (~$63.14)

Terdapat tambahan 50% dari dari harga di atas untuk perjalanan mulai dari tengah malam hinggga 6 pagi.

3. Cara 3: Murah dengan StarWira (Bas Perantara)

Bas StarWira boleh membawa anda dari LCCT ke sesetengah hotel di Bukit Bintang. Tambangnya ialah RM18 (~$5.68).

Tel: 603-4043 8811
Email enquiry@starwira.com
Skype: starwira

 4) Skyvan

Jika anda tiba dengan kumpulan atau keluarga, alternatiif lain ialah untuk menyewa SkyVan (boleh memuatkan 8 hingga 10 penumpang) terus ke hotel anda di Bukit Bintang. Tambang bermula dari RM155 (~$48.93).

Cara Menempah

Tempah di kaunter SkyVans/Budget Vans di LCCT. Atau tempah dengan menelefon nombor di bawah.

Tel: +6016-2176950/+603-62012742
E-mail: info@skyvans.com.my.

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+