Cari Pakej, Tempat Menarik di Malaysia & Dunia | JomJalan

Dari Terminal LCCT ke KL Sentral

Ada 4 cara untuk pergi dari LCCT (Terminal Tambang Murah) ke KL Sentral (57 km antara satu sama lain) :-

1. Bas (Paling Murah)

Ada 2 bas rasmi yang membawa penumpang dari LCCT ke KL Sentral. Masa perjalanan ialah 1 jam 15 minit.

a) Skybus (Bas Rasmi AirAsia)

Skybus berwarna merah ini bergerak tanpa henti dari LCCT ke KL Sentral. Anda boleh menunggunya betul-betul di pintu masuk LCCT.

Tambang

  • Dewasa RM9 (~Rp32508.1)
  • Kanak-kanak RM4 (~Rp14448.04)

Kaunter

  • Di dalam pesawat AirAsia (dari krew kabin)
  • Di kaunter SkyBus
  • Di platform hentian Skybus

Maklumat Lanjut

Tel: +(6016)-217 6950 : Isnin – Jumaat: 9 pg to 7 mlm
+6(016)-217 8496 : Hujung Minggu & Cuti Awam
Email: info@skybus.com.my

b) Aerobus

Alternatif ke-dua anda ialah Aerobus berwarna oren-merah yang bertolak dari LCCT setiap selang 30 minit.

Kaunter

Kaunter Aerobus di balai ketibaan LCCT.

Jadual

Dari 4:30 pg hingga 1:30 pg

Tambang

  • Dewasa RM8 (~Rp28896.08)
  • Kanak-kanak RM4 (~Rp14448.04)

Maklumat Lanjut

Email: info@aerobus.my
Tel: 6010-2923888 (24 hours) /603-6189 2711 / 603-6185 2712

2. Dengan Tren Laju ERL

Pilihan lain ialah dengan menaiki tren laju ERL. Dari LCCT, bas perantara akan membawa anda ke stesen Salak Tinggi. Dari sana, anda boleh mengambil tren (juga dikenali sebagai KLIA Transit) untuk ke KL Sentral.

Tambang

  • Dewasa RM12.50 (~Rp45150.13)
  • Kanak-kanak RM6 (~Rp21672.06)

Kaunter

Di Balai Ketibaan Domestik LCCT.

Jadual

Dari 4:30 pg ke 1:30 pg

Tempat Menunggu

Shuttle Service Bay

3. Teksi

Tambang teksi bergantung kepada jenis teksi yang anda ambil. Teksi menggunakan kereta buatan nasional adalah yang paling murah (untuk 3 ke 4 penumpang). Mereka yang ingin pulang dengan bergaya boleh menaiki sebuah Jaguar.

Kaunter

Kaunter teksi dan van bajet (selepas pemeriksaan beg)

Tempat Menunggu

Pintu keluar balai ketibaan (berdekatan Coffee Beans)

Jadual

24 jam

Tambang ke KL Sentral

  • Budget (4 penumpang ke bawah) : RM75 (~Rp270900.8)
  • Premier (4 penumpang ke bawah) : RM103 (~Rp372037.09)
  • Family (8 penumpang ke bawah) : RM200 (~Rp722402.12)
  • Luxury (tiada info)

4. SkyVan

skyvan lcctSkyvan diurus selia oleh syarikat sama yang mengurus Skybus. Bezanya ialah anda menyewa sebuah van berkapasiti 10 penumpang untuk kumpulan atau keluarga anda.

Kaunter

Kaunter SkyVans/Budget Vans di LCCT. Atau tempah di atas talian/melalui telefon

Jadual

Terpulang kepada anda

Tambang

Dari RM155 (~Rp559861.64)

Maklumat Lanjut

Tel : +6016-2176950/+603-62012742 for further details
E-mail : info@skyvans.com.my.

© 2014 Hubungi Kami | Dasar Privasi | Terma Penggunaan | Google+ | Facebook