Dari Pudu Sentral (Puduraya) ke KL Sentral

Puduraya yang lama dan sesak sudah di naiktaraf pada tahun 2011. Ia dikenali sebagai Pudu Sentral, dan kemudiannya pula dikenali sebagai UTC
Ada 2 cara untuk pergi dari Pudu Sentral ke KL Sentral (2 stesen ini terletak hanya 4 km di antara satu sama lain).
1. Tren RapidKL
Anda perlu berjalan naik dan turun tangga. Jadi ia bukan cara yang ideal jika anda bersama kanak-kanak, orang tua atau mempunyai beg besar. Jika tidak, ini caranya :
- Keluar dari Pudu Sentral.
- Naik jejantas dan bergerak ke arah Menara Maybank.
- Dari situ, jalan terus ke stesen bawah tanah Masjid Jamek underground(700m, 9 minit).
- Beli tiket ke KL Sentral, RM1.30 (~$0.43) .
- Naik train yang mengarah ke Kelana Jaya (KL Sentral hanya 2 hentian dari sini)
2. Teksi
Berita baiknya ialah teksi senang didapati di sini. Berita buruknya ialah kebanyakan pemandu teksi di Pudu Sentral terkenal tidak mahu menggunakan mter.
Tambang sebenar dari Pudu Sentral ke KL Sentral tidak lebih dari RM10 (~$3.31) pada waktu siang (tambah RM1 (~$0.33) jika anda menggunakan ruang simpanan).
