Alive 3D Art Gallery

Jom selfie di Alive 3D Gallery ini jom.

Kalau anda belum cukup gambar selfie semasa bercuti di PD, anda boleh layan Alive 3D Art Gallery.

Sama seperti mana-mana tempat gambar 3D di Malaysia, bangunan 3 tingkat ini adalah tempat anda snap, snap dan snap gambar sampai habis bateri.

Ada 50 gambar 3D di sini untuk mereka yang rajin bergambar, berposing. Tapi kalau anda ke PD dengan ahli keluarga yang sudah berumur dan tidak suka berposing, tempat ini mungkin kurang sesuai.

Tips Pengunjung

  1. Datang awal. Jika tidak anda bakal letih beratur panjang.
  2. Kasut perlu ditanggal dan diletak di loker.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara2015
Pelancong Asing2520

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat : 11pg – 11mlm
Hujung Minggu/Cuti Sekolah : 10pg – 11mlm

Peta Ke Alive 3D PD