Anggun KL

Hotel Anggun Kuala Lumpur adalah hotel butik bertaraf 4 bintang yang unik, mewah dan sesuai untuk pasangan sedang berbulan madu.

hotel best di kl - anggun kl

Dibuka pada tahun 2008, hotel KL dengan 18 bilik eksklusif ini terletak di dalam kawasan Bintang Bukit dan berada di bangunan bersejarah tahun 1920-an.

Dengan katil jati buatan tangan, perabot buatan tempatan, lantai kayu mahogani, lampu lama dan kipas siling, Anggun direka khusus untuk membangkitkan mood tahun 1960-an.

Kalau anda meraikan ulangtahun ataupun bulan madu di kota ini dan mahukan suasana baru semasa menginap di kota yang moden dan sibuk ini, cubalah Anggun.

Anugerah Dimenangi
  • 2011 Oleh Hotel Club – Hotel Hebat Yang Dirahsiakan di KL

Yang Baik

  • Hanya 18 bilik. Perkhidmatan lebih cepat dan lebih baik daripada kebanyakan hotel Bukit Bintang
  • Bas Hop in Hop Off di seberang jalan.
  • Stesen tren Rapid KL sekitar 7 minit berjalan dari sini
  • Pusat bandar Bukit Bintang dalam jarak berjalan kaki
  • TV LCD boleh diguna untuk melayari internet

Yang Buruk

  • Jalan sekitarnya boleh menjadi agak bising.
  • Bilik agak kecil.
  • Tiada tempat letak kereta. Anda perlu gunakan tempat letak kereta di sekitar kawasan hotel.

Kadar Bilik

Dari RM 340 (~$83.81)

Lihat Harga Terkini

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami

Promo hotel, tarikan KL