taman tema menarik di JB - angry birds park

Angry Birds Activity Park

[TELAH DITUTUP] Anak anda gilakan Angry Bird? Jom bawa anak kecil anda terjah taman tema Angry Birds Activity Park di Komtar JBCC

[Penting : Taman tema ini telah ditutup bermula pada 4 April 2021. Maklumat di bawah adalah hanya untuk rujukan sahaja]

Taman ini adalah taman tema ‘Angry Bird’ yang pertama di Malaysia, selepas menerima sambutan hangat di negara-negara lain seperti United Kingdom.

Di sini anak-anak boleh bermain permainan seperti Lazer Bird Shoot, Red Bird Goal, Piggy Shooting Gallery and Captain Black Bird Ship dengan karakter-karakter comel dalam aplikasi permainan ‘Angry Bird’.

Kalau anak anda teruja, tetapi anda tidak, jangan risau. Ada ‘Parent’s Lounge’ untuk anda mahu duduk berehat dari melayan geng Angry Birds ini.

3 Tarikan Paling Top Kat Johor

Alternatif Lain

Angry Birds Park yang dalam kawasan beraircond ini memang sebenarnya bukan taman tema paling top kat Johor.

Kalau yang paling top sudah tentulah Legoland Malaysia. Kalau nak yang baru, dan dalam kawasan beraircond, boleh cuba masuk ke MCM Studios Cartoon Planet.

Untuk peminat kucing cute dari Jepun boleh ke Hello Kitty & Thomas Town kat Puteri Harbour.

Waktu Operasi

Terbahagi pada 3 sesi :

  • 10am-1pm
  • 2-5pm
  • 6-10pm

Harga Tiket Masuk

Harga Tiket AsalWarganegara (RM)Pelancong Asing (RM)
Tiket Biasa6075
Pas Tahunan180230
Pas Keluarga 4 Orang218280
Rombongan Pelajar (harga setiap seorang)5050
Beli Tiket Murah AngryBird

 

JomJalan Seluruh JB

Senarai tempat menarik di JB
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan Johor
Layan kedai makan sedap JB

 

Jomjalan