Aquaria KLCC

Mahu lihat jerung dan pari di tengah-tengah kota Kuala Lumpur? JomJalan ke Aquaria KLCC.

aquaria klcc

Aquarium Moden

Taman akuarium sebesar 60,000 kaki persegi bertaraf dunia ini dekat sahaja dengan Menara Berkembar Petronas. Jadi alang-alang anda melihat kehebatan menara ciptaan manusia ini, singgah pula untuk melihat kehebatan alam ciptaan tuhan.

Antara tarikan utama Aquaria ini termasuklah terowong air 90 meter dengan travelator bergerak. Di sini, anda boleh berdiri sahaja seperti eskalator mall. Dan anda akan boleh melihat ikan jerung Sand Tiger (yang kelihatan garang tetapi tidak berbahaya), ikan pari gergasi Arapamia sebesar 10 kaki, juga penyu dan hidupan laut lain berenang di sekitar replika kapal karam Royal Nanhai.

Jika melihat haiwan di air belum cukup, anda boleh juga melihat manusia di dalam air.

Tunggu sahaja untuk menonton penyelam terlatih memberi makan hidupan air di sini pada masa yang ditetapkan setiap hari.

Dan kalau itupun belum cukup, anda boleh melihat tapak sulaiman hidup dan menyentuh jerung buluh di Kolam Sentuh (Touchpool).
aquaria klcc touchpool

Berinteraksi dengan Ikan

Jika anda mahukan lebih aksi, anda boleh membeli pakej Dive With the Shark (Menyelam Bersama Si Jerung) atau pakej Cage Rage (Selaman Dalam Sangkar). Kedua-dua pakej ini membolehkan anda menyelam ke dalam kolam Aquaria dan melihat pemangsa-pemangsa ganas taman aquarium ini dengan serapat mungkin.

Tetapi kalau anda tiada bajet untuk membuktikan keberanian anda, cukup sahaja ke Spa Ikan untuk merasakan gigitan kecil ikan-ikan pada kaki anda.

Harga Tiket

Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara493939
Pelancong Asing695949

Lihat promosi tiket (jika ada) di Aquaria Promo

Aktiviti

Anda boleh bersemuka dengan jerung dan makhluk laut yang lain dalam akuarium laut dengan 2 pakej menyelam ataupun pakej bermalam.

Dive With The Shark (Menyelam dengan Jerung)
Pakej ini hanya terbuka untuk penyelam terlatih yang berumur 14 ke atas.

Cage Rage (Selaman Dalam Sangkar)
Mereka yang bukan penyelam terlatih atau berumur 14 tahun ke bawah juga boleh menyelam, tetapi dalam sangkar besi. Sila buat tempahan terlebih dahulu. Hubungi [email protected] atau telefon 03-23331976/1977/1971

Sleep With the Sharks (Tidur Bersama Jerung)
Kanak-kanak berusia 6 hingga 13 tahun boleh menyertai program Tidur bersama Jerung pada musim cuti sekolah. Disebabkan program ini sangat popular, tempahan awal adalah disyorkan. Sila hubungi nombor atau email di atas.

Cara ke Sini

Tren RapidKL
Aquaria KLCC terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari stesen Putra Suria KLCC. Dari stesen, masuk ke pusat membeli-belah Suria KLCC. Apabila tiba di kawasan maklumat pelanggan, masuk kiri dan cari jalan ke terowong bawah tanah KLCC(di sebelah Burger King). Ikut panduan yang di beri oleh papan tanda.

Bas
Untuk penumpang KL Hop On-Hop Off, anda boleh berhenti di KLCC Garden Park.

Tempat Letak Kenderaan di Aquaria KLCC
Anda boleh meletak kereta bersebelahan KLCC Convention Centre atau di tempat letak kereta bawah tanah Convention Centre itu. Anda juga boleh meletak kereta di Suria KLCC.

Peta ke Aquaria KLCC

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

aquaria klcc diver

Apa Lagi Yg Best Kat KL?

Tempat menarik lain kat KL

Hotel terbaik pilihan kami