Austin Heights Adventure Park

Austin Heights Park yang dipanggil taman edutainment terbesar Malaysia mungkin kurang dikenali ramai.

Tapi ia cukup sesuai untuk mereka yang datang dengan anak kecil dan mahu berseronok bermain air atau memanjat halangan bertali. Cuma harga tiketnya bukan murah.

Jadi apa yang ada di taman bersaiz sederhana ini?

Taman Air

Dengan slide yang memang tinggi, taman tema air ini bakal buat anda seronok. Dan si kecil juga boleh bermain air di kolam air untuk family yang lebih selamat untuk mereka.

Taman Adventure Land

Halangan bertali setinggi 3 tingkat ini khas buat orang dewasa yang sudah lama tidak memanjat. Jangan risau. Ada yang mudah untuk orang baru. Dan ada yang sukar untuk mereka yang mahu menunjuk gagah.

Ice Skating

Agak rare. Tapi ya, tempat ini juga mempunyai gelanggang ice skating untuk anda sakitkan kaki dan punggung anda.

Selain dari 3 tarikan di atas, terdapat juga go-kart untuk anda berlatih skill Tokyo Drift anda, dan juga JumpStreet — untuk anda melompat, lompat dan lompat.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Anak Bwh 3 Thn (RM)
Taman Air888812
Adventure Park8888-

Peta Ke Austin Heights

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat JB?

Tempat menarik lain JB

Layan kedai makan sedap JB