Big Red Strawberry Farm

Strawberri oh strawberri! Datanglah ke sini jika anda mencari strawberri

Kredit: DavidmbyrneUkwa Travelink

Dikatakan antara tempat tanaman strawberri terbesar dan paling selesa di Cameron Highlands, pusat The Big Red Strawberry Farm di Brinchang ini adalah tempat anda melihat tanaman strawberri sambil merasai beraneka hidangan berasaskan buah berkenaan.

Dimulakan oleh seorang pendatang India yang berhijrah ke sini sebelum Merdeka, (sewaktu umurnya hanya 15 tahun), ladang ini mempunyai kafe dan kedai cenderamatanya sendiri. Jadi selain merasai muffin dan aiskrim, anda juga boleh membeli teh dan pelbagai cenderamata lain untuk dibawa pulang.

Selain itu, tidak seperti kebanyakan ladang strawberri lain di Cameron yang dibina di cerun sungai, ladang ini agak landai dan tempat letak keretanya luas. Anda juga boleh bersenang-lenang memetik buahnya walaupun ketika hujan lebat kerana ia di bawah bumbung besar.

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8:30pg – 6ptg

Peta ke Big Red Strawberry Farm

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit