Biryani Restoran Hameediyah

Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell yang berusia lebih 100 tahun ini adalah salah satu restoran paling popular di Georgetown, Penang.

Kini diwarisi oleh generasi ke-7, anda boleh memesan sajian kambing, rojak, lassi dan pelbagai menu lain yang diiktiraf sebagai antara yang terbaik di pulau ini.

Apabila ke sini, cubalah sajian yang kerap menjadi bualan ramainya — nasi biryani dan juga murtabaknya.

Pengiktirafan Chef Dunia

Jika restoran lain popular kerana sering dikunjungi selebriti, kedai ini pula dipilih sebagai tempat makan malam 50 chef dunia yang hadir untuk Festival Makanan Asia pada tahun 2014.

Tips Pengunjung

Restoran ini mungkin kelihatan kecil dari luar. Akan tetapi anda boleh ke tingkat atasnya yang berhawa dingin jika kawasan bawah telah penuh.

Peta ke Restoran Hameediyah

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang
Layan kedai makan sedap Penang
Hotel terbaik pilihan kami