Borneo Reef World

Jika anda ingin melakukan aktiviti snorkelling atau menyelam di Kota Kinabalu, jarak bukan masalah.

Ini kerana anda boleh ke Borneo Reef World di Taman Tunku Abdul Rahman yang berada hanya 20 minit dari bandar.

Aktiviti di Pelantar Borneo Reef World

1. Selain snorkelling dan diving, anda juga boleh mencuba Sea Walking. Dalam aktiviti air ini, anda akan dipakaikan helmet khas yang membolehkan anda bernafas seperti biasa ketika berjalan di dalam air.

2. Warga emas yang tidak mahu melakukan aktiviti laut boleh berjalan di kawasan aquarium di bawah pelantar dan melihat suasana di dalam laut.

3. Jika anda inginkan sesuatu yang romantis, anda boleh menempah cruise dan makan malam sewaktu matahari terbenam.

Tips Pengunjung

Seperti mana-mana trip snorkelling dan aktiviti dalam air lain, kos untuk aktiviti di atas adalah tinggi.

Harga Tiket

Kanak-Kanak
Snorkelling : RM150 (~€31.89)
Snorkelling + Sea Walking : RM190 (~€40.39)

Dewasa
Snorkelling : RM200 (~€42.52)
Fun Diving : RM250 (~€53.15)
Sea Walking : RM250 (~€53.15)

Fee Lain

Untuk ke sini, anda juga perlu membayar :
Jesslepoint jetty fee RM8 (~€1.7)
Boat ke pulau Sapi RM10 (~€2.13)
Deposit RM100 (~€21.26) (dikembalikan semula)