Bukit Bendera

Mana sah ke Penang kalau tidak mengambil kesempatan menjenguk ikon Penang -- si Bukit Bendera ini kan?

bukit bendera train

Kredit: City-data

Tarikan di Bukit Bendera

Bukit ini dahulunya dibuka penjajah untuk menanam strawberry. Tetapi kini digunakan orang Malaysia untuk untuk melihat bandar Georgetown dari atas bukit yang sejuk.

Suhunya sejuk — 21 darjah Celcius. Jadi memang nyaman untuk anda lawat. Apa lagi kalau anda berehat sambil minum kopi panas di atas bukit ini sambil melayan panorama kawasan bandar dan laut Penang.

Tapi nanti. Bukan itu sahaja yang boleh dibuat. Anda juga boleh menaiki trem, melawat muzium burung hantu, menjamu selera atau bersolat di masjid kecil di sini.

Kalau duit bukan masalah, anda boleh ke The Habitat.

Pada zaman penjajah dulu, satu-satunya jalan ke sini ialah dengan kuda. Tapi kini anda boleh ke sini dengan mudah. Kereta kabel Swiss yang moden dan berhawa dingin bersedia membawa ratusan orang yang beratur di stesennya.

Mahu lebih adventure? Ada jalan lain ke atas bukit.
pemandangan bukit bendera senja

Ke Bukit Dengan Jungle Trekking

Ada 2 pakej yang di tawarkan di Bukit Bendera untuk pengunjung berkumpulan (10 orang ke atas).

  • Pakej di sebelah barat yang berjarak 3.8 km (2 jam) dengan pemandu hutan bermula dari RM15 seorang.
  • Pakej dari stesen atas ke bawah yang berjarak 10.2 km (5 jam) dengan pemandu hutan pula bermula dari RM40

Waktu Perjalanan & Menunggu Kereta Kabel

Tempoh perjalanan : 5 – 7 minit
Jadual berlepas : Setiap 30 minit.

Masa beratur boleh mencapai sehingga 45 minit jika anda mengunjunginya pada waktu cuti sekolah. Sila datang awal pagi atau dapatkan tiket Fast Lane jika tidak mahu beratur.

Harga Tiket Pergi dan Balik

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara
Tiket Biasa1035
Fast Lane3035
Pelancong Asing
Tiket Biasa30530
Fast Lane60560

Peta ke Bukit Bendera

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang
Layan kedai makan sedap Penang
Hotel terbaik pilihan kami