Cactus Point

Penuh kaktus, penuh pokok bunga renek nak di bawa balik.

cactus point cameron highlands

Nurseri kecil ini ada banyak kaktus untuk anda beli. Dari si kecil yang berwarna-warni sampailah ke kaktus gergasi yang anda perlu bawa balik dengan lori.

pokok di cactus point

Dan kalau anda mahu mencari pokok bunga renek untuk ditanam di rumah, ini juga salah satu tempatnya. Bukan apa, pokok-pokok bunga dah siap berlabel dan diletak tersusun. Jadi tak sukar mencari apa yang anda mahu.

Nak merasa tanam lavender? Tak ada masalah. Ada banyak lavender yang di jual kalau tiba musim pokok bunga ungu ini mengembang.

Sayangnya pekerja di sini tak mesra pengunjung. Jangan banyak soal dan anak jangan dibiar berlari ke sana-sini, sah-sah kena sembur nanti.

Peta ke Cactus Point

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

pokok kaktus di cameron cactus point