Cenang Plaza Beach Hotel

Bilik di sini ada mini bar dan peti besi kecil. Jadi, tempat ini terasa selesa dan selamat.

Pantai Cenang terkenal dengan motel yang selalunya bising dan kotor. Akan tetapi Cenang Plaza Beach Hotel bukan stereotype.

Sebab ia datang dengan kemudahan moden dan lengkap.

Sudahlah, pantai di belakang hotel, pusat beli belah pula di seberang jalan. Ini cukup menyebabkan hotel ini antara hotel pilihan bagi mereka dengan bajet sederhana.

Yang Baik

  1. Kemudahan bilik yang lebih baik dari kebanyakan penginapan di sini
  2. Bertentang dengan Cenang Mall
  3. Kedai makan, restoran sangat hampir
  4. Pantai dalam jarak jalan kaki
  5. Wifi percuma
  6. Tempat letak kereta percuma

Yang Buruk

  1. Room servis terhad
  2. Tiada sarapan
  3. Bilik menghadap Cenang Mall mungkin bising dengan muzik pada malam hari

Harga Bilik

RM 199 – RM 499 Lihat harga terkini

Apa Lagi Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami