Tentang Tarikan Ini :
Anda boleh memilih untuk menikmati angin tasik di atas bot berhawa dingin atau santai-santai dengan perahu buatan tangan pakar Melayu dari Kampung Duyung, Terengganu.
Tempoh cruise anda bergantung kepada pakej yang dibeli.
Pakej untuk perahu adalah yang paling murah dan ber-durasi selama 20 minit manakala pakej makan malam di dalam bot Catamaran yang berhawa dingin dan mewah ber-durasi selama 1 ke 2 jam.
Laluan Cruise
- Masjid Putra
- Istana Darul Ehsan Palace
- Jambatan Wawasan
- Monumen Millennium Monument
- Istana Kehakiman
- Jambatan Putra
Nota: Laluan berbeza mengikut pakej.
Harga Tiket
Berbeza mengikut jenis bot.
Pakej paling murah adalah perahu. Harga menaiki perahu :
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak(RM) |
---|---|---|
Warganegara | ||
Day Cruise | 30 | 20 |
Perahu | 20 | 12 |
Pelancong Asing | ||
Day Cruise | 50 | 35 |
Perahu | 40 | 26 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2024 |
Waktu Operasi
Cruise | Perahu, Dondang Sayang, Picnic Boat | ||
---|---|---|---|
Isnin-Jumaat | 1:15 ptg - 7:30 mlm | 2 ptg - 10 mlm | |
Sabtu, Ahad | 1:15 ptg - 9:00 mlm | 2 ptg - 10 mlm |
Kaunter Tiket
Pejabat dan kaunter Cruise Putrajaya terletak di Jeti Putra. Anda boleh ke sini dengan mencari landmark Dataran Putra.
Oleh kerana ia hampir dengan Masjid Putra, anda boleh bersolat berjemaah di sini sebelum berjalan kaki ke jeti untuk menaiki bot atau perahu anda.
Makan Malam di Cruise Putrajaya
Selain dari melihat mercu tanda Putrajaya, mereka yang ingin merasai pengalaman makan tengah hari atau makan malam di dalam bot atau perahu juga boleh menempah pakej makan-makan sewaktu cruise.