Dark Mansion Penang

Ini pun muzium 3D -- tapi twistnya, ada lukisan yang glow in the dark.

dark mansion penang

Kalau anda belum puas selfie, dan muzium 3D yang ada belum cukup, ini satu lagi muzium 3D di Penang untuk anda terjah.

Di tingkat bawah muzium ini ada lukisan 3D biasa. Bahagian ini sama seperti muzium 3D lain. Cuma bila anda naik ke atas, anda akan masuk ke kawasan gelap dengan lukisan yang glow in the dark.

dark mansion penang

Made by the German, Bang

Kalau biasanya lukisan 3D yang ada di Malaysia menggunakan pelukis Korea, muzium ini menggunakan orang German untuk karya utamanya — lukisan Fire & Water: Tribute to Darwin.

Bila terang, lukisan besar ini nampak macam air terjun. Bila gelap, ia jadi air terjun yang memuntahkan lava gunung berapi.

Kalau muzium 3D lain buat anak anda menguap, yang ini mungkin buat mereka menganga.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara2012
Pelancong Asing2717

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10 pg – 6:30 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang
Layan kedai makan sedap Penang