Dataran Bandaraya Johor Bahru

Dataran ini tempat bersantai malam untuk orang JB.

Gambar : Garmin

Tempat ini tiada tarikan spesifik sebenarnya. Tempat ini ibarat Dataran Merdeka. Cuma bila waktu malam, ada warung-warung untuk anda jamu selera. Sotong kankung, cakoi sehinggalah steamboat ada sahaja dijual.

Kalau datang dengan anak, ada badut dan permainan seperti belon gergasi dan rollerblade untuk mereka berseronok.

Tengok Bola (atau pemainnya)

Kadang-kadang tempat ini penuh bukan sebab apa. Tapi sebab adik-adik perempuan datang menjamu mata melihat hero-hero team bola sepak JDT berlatih. Ataupun orang Johor turun untuk menonton JDT bermain di layar gergasi.

Kalau anda mahu tempat bersantai, makan-makan dan melihat gelagat orang waktu malam, jom datang sini.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat JB?

Tempat menarik lain JB

Layan kedai makan sedap JB