Dayang Bay

Datang berkeluarga? Mahu apartmen besar, kolam renang luas dan tempat yang senang shopping? Cuba Dayang Bay.

Di sini, ada kolam khas untuk wanita dan anak-anak.

Kalau nak makan dengan family, ada ruang dapur dalam apartmen keluarga ini. Jadi. memang cukup sesuai sangat untuk mok cun semua.

Pemandangan dari balkoni juga cantik dan kemudahan kebanyakannya baru. Tapi, jangan sengih dulu.

Kalau anda nak penginapan yang dekat dengan pantai dan akses internet untuk anak remaja anda, ini bukan tempatnya tau?

Yang Baik

  1. Kolam renang infinitinya besar
  2. Ada kolam kanak-kanak dengan gelungsur air
  3. Ada kolam khas untuk wanita
  4. Apartmen keluarga lengkap dengan pantry
  5. Tempat letak kereta percuma dan luas

Yang Buruk

  1. Mungkin susah dicari dari jalan utama
  2. Signal wifi percumanya kurang bagus
  3. Tiada akses pantai yang baik

Harga Bilik

RM 225 – RM 570

Lihat harga terkini

Apa Lagi Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami