Desa Dairy Farm

Moooo .... Jom tengok New Zealand Sabah ini

Kredit : Wanista, Suraya

Dengan suhu sejuk dan pemandangan gunung, ladang tenusu Desa Dairy Farm ini menjadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem bergambar atau merakamkan penggambaran jika ia memerlukan suasana ala ladang di Eropah.

Di sini, anda boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini. Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke kandang haiwan.

Jika anda sudah letih bergambar, anda boleh berehat sambil menikmati waffle dan ais krim serta menikmati sejuknya angin gunung.

Jarak dari Kota Kinabalu

100 km/ 2 jam 30 minit

Waktu Operasi

8 pg – 5 ptg

Waktu Memerah/Memproses Susu

Memerah : 3 ptg – 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad pada 10 pg – 2 ptg

Tiket Masuk

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara31
Pelancong Asing53

Peta Ke Sini