Design Village

Cari barang branded murah masa bercuti di Penang? Tuju Design Village dulu.

design village mall penang

Bukan Johor je ada Factory Outlet. Penang pun tidak mahu kalah dengan Design Village Outlet Mall — yang katanya paling besar di Malaysia.

Kalau mall lain selalunya bertingkat, mall Design Village ini satu tingkat sahaja. Cuma tempat makannya saja di tingkat atas. Tapi walaupun setingkat, berjalan dari satu kedai ke kedai lain di sini bakal buat anda lemah lutut.
design village mall penangMemang besar, memang seronok. Tapi kalau anda mahu rambang mata dan masuk ke semua kedai, baik siapkan minyak angin dan duit berkoyan-koyan dulu.

Apa Yang Bestnya Design Village Outlet?

Tempat ini special. Sebabnya kedai semuanya di buat ala open air. Dan di tepi taman hijau untuk anda ambil angin.

Tapi yang lagi special ialah harganya menarik-menarik belaka. Outlet yang ada di sini banyak. Dari Levis dan Hush Puppies sampailah ke butik mewah seperti Coach. Hampir semua ada potongan harga yang jarang anda jumpa di mall biasa.

Pendek kata, kalau anda ke Penang dan nak ber shopping, tuju ke sini dahulu.

design village mall penang

Untuk Anak Kecil

Kalau anda datang dengan si kecil yang bosan menunggu anda membelek beg, jangan khuatir.

Bawa dia enjoy buai dan jongkang jongkit sementara anda duduk mengurut betis.

design village mall penang

Cara Ke Sini

Dengan Kenderaan:
Yang seronoknya, tak perlu masuk ke pulau pun dan tak perlu bersesak jem di Georgetown sebab Design Village ini di kawasan tanah besar Semenanjung.

Kalau memandu, cari jalan ke jambatan ke dua Penang. Kemudian, ikut signboard ke Bandar Cassia.

Naik Bas:
Kalau anda menginap di dalam pulau, ada bas shuttle ke sini. Tunggu di CIMB Prangin Mall (KOMTAR).

Waktu bas bertolak ialah : 10.30am , 1.30pm , 4.00ptg , 6.30ptg.

Peta Design Village Mall

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Waktu Operasi

Isnin – Khamis: 11.30 pg – 9.30 mlm
Jumaat – Ahad & Cuti Umum: 11 pg – 10 mlm

design village mall penang

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Tempat menarik kat Penang
Layan kedai makan sedap Penang
Hotel terbaik pilihan kami