District 21

Termenung bosan tengok bangunan di Putrajaya. Jangan begitu. Jom layan District 21 di IOI Mall

District 21 ini tempat anda memerah keringat dan tempat anda menjerit — sebab anda akan berjalan atas tali di siling tempat ini sampailah zip laju sampai anda anda mengucap berkali-kali.

Harga tiketnya tidak murah. Tapi kalau anda sudah bosan melihat pemandangan di Putrajaya, ini aktiviti yang boleh anda buat di sini :-

Antara Aktiviti

1. Panjat Dinding
Ya. Ada dinding memanjat untuk anda rasakan seronoknya memanjat seperti rock climber.

2. Roller Glider
Ini anda patut cuba sebab sukar dicari di Malaysia. Anda disangkut dilaluan seperti landasan keretapi yang disangkut di siling bangunan. Dan whoooosh! Glider ini akan bawa anda dengan laju. Mesti terjerit punya!

Selain 2 aktiviti ini ada lagi aktiviti-aktiviti lain yang boleh anda buat. Contohnya melompat dan melantun di gelanggang span dan masuk keluar ke perangkap besi.

Tempat ini sesuai untuk yang besar dan kecil. Kalau anda takut tempat tinggi, mungkin kurang sesuai. Tapi anda masih boleh masuk ke sini kalau cuma mahu melihat. Tapi masih kena bayar ya.

Harga Tiket

 Aktif (RM)Pelawat (RM)
Hari Biasa5810
Hujung Minggu/Cuti7510

* Pelawat adalah mereka yg hanya datang untuk melawat tanpa menaiki apa2 tarikan.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit