Fairy Caves

Terletak berdekatan pekan Bau ialah sebuah gua yang dipanggil Gua Pari-Pari atau Fairy Caves.

Kredit: Chrisandchrisbreakfree

Gua yang cukup besar ini dahulunya merupakan tempat pelarian dan berlindung pemberontak sewaktu Pemberontakan Pelombong Emas Bau pada 1857 sebelum ribuan bangsa Hakka ini dikatakan dibunuh oleh James Brooke.

Di dalam gua ini anda akan dapat melihat tumbuhan-tumbuhan hijau yang hidup di dalam gua di samping melihat keindahan dan sejuknya suasana gua — sesuatu yang sukar dibayangkan oleh mereka yang belum pernah masuk ke dalam kawasan sebegini.

Namun begitu, oleh kerana ianya gelap dan licin, anda dinasihati agar datang dengan pemandu untuk mengelak sebarang masalah.

Nota Pengunjung

Pastikan anda cergas. Anda perlu menaiki tangga demi tangga sebelum dapat masuk ke dalam gua.

Bersedia dengan kasut sukan dan baju-baju yang bakal kotor dengan najis kelawar.

Bawa makanan dan minuman sendiri kerana tiada warung atau gerai di sini.

Jarak Dari Kuching

1 jam perjalanan / 50km

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara11
Pelancong Asing52

Waktu Operasi

 Waktu Operasi
Sabtu, Ahad, Cuti UmumTutup
Isnin- Jumaat8:30 pg – 4:30 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit