Farm In The City

Anak anda tak pernah pegang kambing atau arnab walaupun level Farmville dah tahap legend? Aduhai! Jom jenguk Farm In The City di Seri Kembangan ini sekarang.

Tempat ini dibuat seakan-akan seperti sebuah kampung. Jadi, binatangnya dibiarkan berkeliaran. Yang seronoknya, anak-anak anda boleh menyentuh, membelai dan memberi makan haiwan-haiwan ini.

Selain kawasan petting-zoo sebegini, ada juga kebun buah dan kawasan haiwan lain seperti burung, arnab, kura-kura dan musang.

Jadi kalau seumur hidup anak anda tak pernah tengok pokok rambutan, atau bau hamis kambing, ini peluang buat dia rasa hidup anda dulu-dulu.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara3227
Pelancong Asing4838

Waktu Operasi

 Waktu Operasi
Hari Biasa10pg – 6 ptg
Hari Cuti Sekolah/Umum9:30 pg - 6 ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit