Feri Pulau Pinang

Feri Pulau Pinang ini biasa bagi orang Penang. Tapi ia tarikan menarik Penang, terutamanya jika datang dengan kanak-kanak.

Kredit : Emran Kassim, Nicholas Chan

Apa Yang Bestnya Di Sini?

Menariknya, feri bertingkat ini bukan sahaja membawa penumpang, tapi juga kenderaan. Jadi jangan terkejut bila anda lihat orang awam dan kenderaan bersesak-sesak menuju ke arah feri yang sama.

Sementara feri bergerak, anda boleh keluar dari kereta. Rasalah bayu laut. Kalau nak lagi seronok, ambil feri awal pagi atau senja.

Jangan pula rapat sangat ke tepi feri semasa selfie, takut-takut ikan pula yang berselfie dengan telefon anda nanti.

Info Pengunjung

  1. Waktu menunggu feri boleh mencecah beberapa jam jika tiba waktu cuti sekolah. Banyakkan istighfar. Dan pastikan anda sudah ke bilik air awal-awal lagi.
  2. Perjalanan dengan feri lebih lama dari perjalanan menggunakan jambatan. Tambang feri juga lebih tinggi.
  3. Feri yang ada kini sudah lama — sejak 1970an lagi. Akan tetapi kerajaan Pulau Pinang sedang merancang membawa masuk 30 feri baru serta membina jeti tambahan.
  4. Kalau takut dilambung ombak, jangan gunakan feri sewaktu hujan.

Harga Tiket Feri Penang

Kereta : RM 7.70
Dewasa : RM 1.20
Kanak-Kanak: RM 0.60

Kredit

Kredit via www.flickr.com