Fort Margherita

Kubu Margherita berwarna putih yang dibina pada 1879 ditebing sungai Sarawak ialah kubu kerajaan Brooke di Kuching.

Dengan campuran senibina tropika dan istana British, kubu megah di atas bukit ini dibina bagi persediaan melawan lanun dari menjarah bandar Kuching melalui jalan sungai. Ternyata kubu yang diberi nama sempena nama isteri Charles Brooke ini berjaya menggerunkan musuh dari menyerang kerana tentera di dalam kubu dikatakan tidak pernah melepaskan sebarang tembakan akibat serangan.

Seperti kebanyakan penjajah, Brooke menggunakan pendekatan psikologi untuk menakut-nakutkan bakal penyerang. Pada setiap hari, tembakan meriam akan dibuat bagi menandakan waktu tamat kerja dan menunjukkan kekuatan kelengkapan Brooke.

Selain menjadi kubu, ia juga digunakan sebagai tempat membunuh tawanan. Jika anda ke sini, anda boleh melihat kawasan laman yang diguna untuk hukuman bunuh.

Namun begitu, sayangnya kubu ini telah lama dibiarkan tanpa sebarang penyelenggaraan dan untuk ke sini agak sukar. Kerja-kerja pembaikan dikatakan sedang dijalankan untuk memudahkan pengunjung tetapi tiada jangkamasa pembukaan diberi sewaktu maklumat ini ditulis.

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

Tiada info

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit