galeri azlan shah

Kredit : musanggala

Galeri Sultan Azlan Shah

[DITUTUP SEMENTARA] Jenama apa yang terkenal di kalangan raja dan sultan? Tak tahu? Datang ke Galeri Sultan Azlan di Kuala Kangsar ini

Penting: Tarikan ini ditutup sementara utk kerja penyelenggaraan. Tiada maklumat bila ia bakal dibuka semula.

Di sini anda bukan sahaja boleh melihat barangan peribadi pemerintah, tetapi belajar sejarah kehidupan mantan sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Berbeza dengan sultan-sultan lain di Malaysia, beliau terkenal sebagai antara sultan paling terpelajar dan mahir dalam hal ehwal undang-undang.

Beliau bukan sahaja seorang sultan, malah juga menyandang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara termuda di negara ini.

Beliau melepaskan jawatan kehakiman tertinggi di negara ini apabila dilantik menjadi sultan Perak, menggantikan sultan Perak yang mangkat ketika itu.

galeri azlan shah kuala kangsar

Kredit : winstonfuaad

Di dalam bangunan yang merupakan bekas istana ini, anda dapat melihat pelbagai koleksi dan sejarah berkenaan Sultan Azlan. Ia bermula dari daripada waktu persekolahannya, karier beliau sebagai pengamal undang-undang serta minat mendalam beliau terhadap sukan hoki.

Anda juga dapat melihat cop mohor sultan, alat kebesaran seperti koleksi keris sehinggalah kereta diraja dan kereta peronda yang digunakan dalam gerombolan beliau.

Jika anda ingin tahu apa jenama beg atau kasut yang dipakai oleh seorang Sultan — anda wajib datang ke sini.

Sejarah Galeri

Bangunan megah ini ada sejarahnya sendiri.

depan galeri azlan shah perak

Kredit : mirijamil

Juga dikenali sebagai Istana Kota, bangunan ini dibina pada tahun 1903 pada zaman Sultan Idris Mursyidul Azam Shah untuk dijadikan istana. Ia direka oleh Kapten Maurice Cameron, dan menggunakan senibina India, Acheh dan Inggeris.

Bahan untuk bangunannya diimport dari Perancis dan Itali disamping batuan-batuan tempatan. Manakala untuk kayu yang diguna, hanya kayu Cengal dan Meranti terbaik digunakan sebagai rangka atapnya.

Sepertimana istana-istana lain di Kuala Kangsar, ia akhirnya ditukar menjadi muzium apabila tidak dihuni lagi oleh pewaris takhta kesultanan Perak.

Nota Pengunjung

Anda tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam galeri ini.

Harga Tiket:

Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara412

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 10.00 pg – 5.00 ptg
(Tutup sementara pada waktu solat Jumaat) : 12.15 tgh – 2:45 ptg

Jomjalan