Galeria Perdana

Nak lihat hadiah dari pembesar-pembesar negara kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir?

Kredit: Cecil Lee

Koleksi Galeria Perdana

Hadiah-hadiah ini dipamerkan di dalam bangunan 2 tingkat yang cukup indah.

Yang seronoknya, 2,500 cenderahati dari 9,000 hadiah yang diterima beliau datang dari seluruh dunia.

Hadiah-hadiah ini disimpan untuk tontonan rakyat kerana Tun Mahathir berpendapat bahawa hadiah-hadiah tersebut bukan untuk beliau. Tapi untuk rakyat Malaysia.

Ada 3 blok di sini. Dan ada ukiran kayu, tembikar dan porcelin hinggalah kepada koleksi senjata, fotografi dan kenderaan mengkagumkan yang telah dihadiahkan oleh pembesar-pembesar negara lain kepada beliau.

Kalau anda cintakan seni dan ingin tahu mengenai budaya dan adat sesebuah negara, ini adalah tempat tarikan terbaik untuk melihat sendiri seni berharga dari seluruh dunia.

Cuma sayangnya banyak hadiah tidak mempunyai nota kaki atau maklumat lanjut tentangnya.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara52
Pelancong Asing104

Apa Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi

Layan kedai makan sedap Langkawi

Hotel terbaik pilihan kami