Gold Coast Melaka

Gold Coast Melaka di Bukit Katil ini memang dibuat untuk kanak-kanak.

gold coast melaka

Jadi, untuk anda yang ada anak kecil, dan hanya mahu berehat atau mencari tempat untuk family day, ini salah satu alternatif yang ada di Melaka.

Taman Tema Air Gold Coast ini mungkin tak sehebat taman air yang ada di Gold Coast Australia, tapi kolam air dan tempat mandi mandanya sudah cukup untuk buat anak anda tidak mahu balik.

Dalam Kawasan Apartmen

suasana taman air di gold coast melaka
Kolam renang, jakuzi besar dan lain-lain permainan air semuanya ada di dalam kawasan yang dikelilingi apartmen.

Kalau anda mahu tidur di sini pun boleh. Pilih saja jenis apartmen yang sesuai. Masalahnya, anak anda mesti mahu berendam lagi walaupun sudah gelap.

Ya, kalau anda mahu tahu, pool tetap juga dibuka bila tiba waktu malam.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Isnin-Jumaat
Tiket Siang2515
Tiket Malam1810
Hujung Minggu
Tiket Siang3525
Tiket Malam1810

Waktu Operasi

Sessi Siang : 8pg – 7mlm
Sessi Malam : 8mlm – 12tgh mlm

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

anak anak naik pelampung di gold coast melaka

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami