Gua Tempurung

Gua Tempurung yang selalu anda lihat di tepi lebuhraya Utara Selatan ini sebenarnya boleh anda masuki.

Kawasan laluan gua sepanjang 3km ini dahulunya digunakan oleh penduduk setempat untuk melombong timah serta menyelamatkan diri dari Jepun. Akan tetapi setelah zaman Jepun, ia dipercayai digunakan sebagai laluan rahsia komunis untuk melarikan diri dari anggota keselamatan.

Gua yang sejuk ini sekarang dilengkapi dengan platform, sistem pencahayaan dan kemudahan tempat letak kereta. Dan walaupun ianya gua, ia telah dibuat agar mesra kanak-kanak dan mereka yang kurang cergas. Pendek kata, anda tidak perlu berpakaian sukan dengan kasut khas untuk masuk ke sini.

Jenis Pakej

Jika anda datang dengan baju biasa dan hanya ingin melihatnya secara kasar, anda boleh mengambil pakej Golden Flowstone, iaitu pakej paling murah dan mudah. Anda bakal dibawa dari pintu masuk sehingga ke Platform 3 dan turun semula ke bawah.

Pakej selama 40 minit ini bakal membawa anda sehingga ke kawasan kecil tempat melombong timah, dan anda bakal berada setinggi 60 meter dari paras tanah.

Jika itu belum cukup, anda juga boleh memilih pakej Top Of the World yang mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Akan tetapi anda perlu memanjat sehingga hampir 600 anak tangga dan anda bakal berada 100 meter dari tanah. Jadi pastikan anda cergas.

Untuk mereka yang mahukan sesuatu lebih lasak, dan tidak kisah merangkak di tempat sempit, bergelumang dengan najis kelawar dan basah lencun, anda boleh mengikuti trip yang mempunyai tambahan River Adventure. Anda akan sampai ke kaki gua, bukan melalui anak tangga tapi menerusi jalan anak sungai yang sempit tetapi menyeronokkan.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Golden Flowstone62.50
Top of The World94.50
Top Of The World (Dengan River Adventure)
116
Grand Tour (Dengan River Adventure)
2211

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit