Gunung Ledang

Taman Negara Gunung Ledang di Johor ini ialah tempat rekreasi popular di kalangan pelancong Singapura.

Kredit :  Mynikfoto

Hanya 30 km jauhnya daripada Muar dan hampir dengan jalan besar, tempat ini sering dikunjungi bukan sahaja kerana gunungnya, akan tetapi kerana kawasan perkelahan air terjunnya. Jangan terkejut kerana jumlah pengunjung sehari pada waktu hari cuti boleh mencecah 5,000 orang.

Untuk mereka yang mahu bermalam dalam suasana hutan tetapi dalam keadaan selesa, terdapat resort di Gunung Ledang dengan 60 chalet dan 30 kabin hutan.

Mendaki Gunung Ledang

Anda sebenarnya boleh mendaki gunung ini dan pulang semula ke kaki gunung tanpa perlu bermalam di sini. Ini kerana jarak perjalanan anda ialah kira-kira 5-6 jam.

Pendakian walaubagaimanapun perlu bersama guide Taman Negara.

Waktu paling lewat mendaki bermula pada pukul 8 pagi.

Jika anda tidak mahu naik sehingga ke atas, anda boleh mendaki sehingga ke Air Terjun Puteri yang mengambil masa kira-kira 30 minit pendakian dari Gunung Ledang Resort.

Tips Pengunjung

  • Jika anda ingin ke tapak air terjun, masuk ikut gate A.
  • Untuk mendaki, sila ke gate B (Taman Negara)

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Tiket Masuk10.50
Yuran Mendaki Warganegara Malaysia16 + 140 (Harga Guide)Tiada Info
Yuran Mendaki Pelancong Asing26 + 140 (Harga Guide)Tiada Info

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat JB?

Tempat menarik lain JB

Layan kedai makan sedap JB