Gurney Drive

Cari tempat menarik nak bersantai malam-malam di Penang? Layan Gurney Drive.

Kredit : Tza

Juga dikenali sebagai The New Esplanade, kawasan tepi laut ini popular bukan sahaja kerana kawasan gerai makannya, akan tetapi kerana anda boleh berjalan di siar kakinya sambil merasa angin laut.

Nak shopping? Boleh. Sebab laluan Gurney ini ada Gurney Plaza dan Gurney Paragon Mall yang moden dan siap dengan panggung wayang.

Pendek kata, kalau anda datang dengan keluarga dan mahukan rojak, pasembur dan char kue teow di Penang pada waktu malam, ini antara tempat yang mungkin ingin anda timbang-timbangkan.

Tips Pengunjung

1. Kawasan tempat makan di Gurney Drive dibahagikan kepada dua bahagian. Halal dan tidak halal.

2. Sebab ianya kawasan popular yang penuh dengan pelancong, kualiti makanan di kebanyakan warung mungkin tidak sebaik yang diharapkan. Datang untuk merasa suasana malam di Penang — bukan khas untuk makanannnya.

3. Kawasan makan di hujung Gurney Drive mula dibuka pada senja ke larut malam.

4. Kalau anda susah mencari tempat letak kereta, letak kereta di Gurney Plaza. Dari situ, jalan kaki ke sini.