Holiday Inn

Hotel Holiday Inn Melaka ini adalah sebuah hotel antarabangsa dengan 275 bilik di pinggir Selat Melaka.

Oleh kerana lokasinya yang dekat dengan pusat membeli belah, dan kemudahannya yang moden, hotel ini kerap menjadi pilihan pelancong berkeluarga dari dalam dan luar negara.

Jika anda tidak kisah berbelanja untuk keselesaan, ini adalah antara pilihan hotel terbaik untuk anda sekeluarga di bandar Melaka. Namun begitu, tempah awal kerana hotel ini selalunya penuh.

Yang Baik

  1. Bilik luas
  2. Ada kolam renang infiniti untuk dewasa dan kolam kecil kanak-kanak
  3. Ada shuttle ke tarikan sekeliling bandar
  4. Berada dalam jarak jalan kaki ke pusat beli belah di Dataran Pahlawan
  5. Pilihan menu sarapan yang pelbagai
  6. Ada Kids Suite — penginapan dengan bilik  khas untuk kanak-kanak

Yang Buruk

  1. Wifi berbayar
  2. Kerap penuh. Sukar untuk check-out lambat
  3. Walaupun dalam jarak jalan kaki ke Dataran Pahlawan, anda perlu melintas jalan yang sibuk.

Harga Bilik

Dari RM240 (~$58.75)

Lihat harga terkini

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami