Hotel Equatorial

Hotel Equatorial Melaka ini cuma 100 meter dari kota A Famosa. Semuanya senang.

Oleh kerana lokasinya ini, anda hanya perlu berjalan kaki beberapa minit sahaja jika anda ingin melihat tempat menarik, mencari kedai makan atau ingin membeli belah di Dataran Pahlawan.

Jika anda datang berkeluarga, hotel ini adalah antara yang terbaik di Melaka kerana selain lokasinya yang baik, biliknya juga besar. Ia juga mempunyai kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Yang Baik

  1. Bilik luas
  2. Ada kolam renang untuk dewasa dan kolam kecil kanak-kanak
  3. Dekat dengan kemudahan dan tarikan pelancongan
  4. Pilihan menu sarapan yang pelbagai
  5. Bilik sunyi dari bunyi jalan
  6. Bilik dilengkapi balkoni/tingkap dengan tempat duduk dengan pemandangan sungai atau bandar

Yang Buruk

  1. Wifi percuma hanya untuk bilik Eksekutif dan ke atas sahaja.
  2. Tiada lif dari tempat letak kereta ke lobi

Harga Bilik

Dari RM240 (~$58.75)

Lihat harga terkini

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami