Hotel Hatten

Datang ke Melaka dengan keluarga? Mahu hotel moden yang dekat dengan tarikan dan senang shopping? Cuba Hotel Hatten.

Letaknya di kawasan Dataran Pahlawan. Jadi senang sangat shopping di Mahkota Parade. Dan kalau setakat nak melihat tarikan di tengah bandar Melaka, boleh sahaja dengan berjalan kaki.

Tempat letak kereta juga percuma, dan tidak seperti kebanyakan hotel di Melaka, parkir di sini berbumbung. Jika keselesaan semasa cuti adalah keutamaan anda, ini antara pilihan bajet pertengahan yang cukup baik.

Yang Baik

  • Berada di tengah bandar Melaka. Mudah untuk ke mana-mana tarikan, menjimatkan masa.
  • 2 TV LCD setiap bilik
  • Tempat letak kereta di dalam bangunan
  • Bilik luas
  • Ada kolam renang
  • Mudah mencari tempat makan

Yang Buruk

  • Tiada WIFI di bilik. Hanya akses berkabel.
  • Hanya ada 6 lif untuk lebih 700 bilik. Menunggu lif mungkin mengambil masa lama.

Harga Bilik

Dari RM240 (~$58.87)

Lihat harga terkini

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami