Hotel Puri

Hotel Puri Melaka sesuai untuk anda yang ada jiwa seni. Ataupun kalau anda suka sejarah.

Hotel ini adalah sebuah hotel butik 3 bintang dengan 82 bilik yang dibina di dalam bekas rumah seorang jutawan Cina Peranakan.

Berdekatan dengan kawasan Jonker Street, hotel Melaka ini diminati oleh pemburu barangan antik dan mereka yang ingin berehat kerana ia agak sunyi walaupun dekat dengan kedai-kedai di Chinatown Melaka ini.

Jika anda ingin tidur di sebuah rumah agam bersejarah yang dilengkapi mini muzium, dan ingin melihat keunikan senibina lama Melaka, ini adalah hotel di Melaka yang kami syorkan untuk anda.

Tetapi jika anda mahukan hotel moden, penuh dengan kelengkapan terkini dan kolam renang untuk anak-anak, ini bukan hotelnya.

Sejarah Hotel
Rumah yang luas ini dahulunya mempunyai taman, kuda dan mini zoo yang menempatkan harimau serta rusa. Walaupun ia telah diubahsuai, hotel Puri masih mengekalkan kebanyakan kemudahan dan ukiran asal rumah ini.

Yang Baik

  • Dekat dengan Jonker Street
  • Wifi percuma
  • Ada tempat letak kereta (walaupun tidak dekat dengan hotel)

Yang Buruk

  • Hotel 3 tingkat ini tiada lif.
  • Bilik standard tiada peti sejuk mini

Harga Bilik

RM160 (~$39.23) – RM580 (~$142.22)

Lihat harga hotel di Melaka

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami