Hutan Bandar

Kalau poket anda kurang sihat, mungkin anda mahu datang berehat di Hutan Bandar sahaja.

Gambar : TravelMalaysia

Jika anda datang dengan anak-anak, taman tema bakal merosakkan akaun bank anda. Jadi ini alternatifnya. Selain berjogging dalam taman redup, anda boleh lepaskan mereka untuk mandi di kolam buatan dan bermain di taman permainan.

Cuma kelakarnya, tempat ini bukannya terkenal sebab ianya tempat jogging atau bersiar-siar yang happening. Tempat ini terkenal kerana adanya food court untuk sarapan yang juadahnya sedap-sedap.

Jadi anda ada 2 sebab ke sini. Pertama, untuk jogging. Kedua, untuk makan-makan.

Tips

Singgah ke food courtnya. Dan cuba char mee, mee rebus atau lontong kering.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat JB?

Tempat menarik lain JB

Layan kedai makan sedap JB