Hutan Lipur Kanching

Jika anda ingin mengalami keseronokan dan kesejukan bermain air terjun tropika berdekatan Kuala Lumpur, silalah ke air terjun Kanching berhampiran Rawang (30 minit memandu dari KL).

Kredit : Wanie4Shared

Salah satu tempat rekreasi utama keluarga dan pencinta alam semula jadi, air terjun 7 tingkat ini sebenarnya merupakan sebahagian dari Hutan Lipur Kanching seluas 47 hektar.

Selain daripada kolam dan sungai untuk orang dewasa dan kanak-kanak, kawasan air terjun ini juga dilengkapi kawasan berkelah dan laluan mendaki.

Nota:

  • Air Terjun Kanching kadangkala sangat sesak pada hujung minggu.
  • Tiada renjer di taman ini. Awasi sendiri pada anak-anak anda.
  • Monyet berekor pendek di sini agak agresif. Jangan biar makanan dan alatan anda tidak berjaga ( Anda tidak mahu monyet2 itu melayari internet dari atas pokok menggunakan Samsung Galaxy anda kan?)

Tiket Masuk

RM 1 (~$0.25) setiap orang dewasa
Yuran Letak Kereta : RM 2 (~$0.49) setiap kenderaan.

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit