Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Jika anda dan keluarga sukakan alam semulajadi dan tidak takut dengan gigitan nyamuk, datanglah melawat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong.

Kredit : Zhi Yong Lee

Hutan di KL

Terletak 16km dari Kuala Lumpur, ekosistem hutan seluas 1.528 hektar di FRIM ini — dari kampung orang asli ke jambatan kanopi tergantung adalah cara terbaik untuk melarikan diri dari kesibukan Kuala Lumpur.

Anda boleh menyusuri 6 trek hutan berjejak iaitu Jejak Keruing, Jejak Rover, Jejak Engkabang, Jejak Salleh, Jejak Sebasah dan laluan berjalan kaki Razak. Di sini anda boleh melalui tempat perkelahan dan mandi di kawasan air terjun.

Selain berjalan di hutan, institut ini juga adalah tempat popular untuk berkelah, berjogging, dan berbasikal, selain menjadi tempat tumpuan pengkaji alam sekitar. Anda mungkin akan melihat beberapa kumpulan di sekitar FRIM sedang mengadakan acara hari keluarga atau dalam pertandingan memburu harta karun sewaktu anda di sini.

Tapak perkhemahan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di hutan ini tetapi dapatkan kebenaran terlebih dahulu.

Jangan lupa bawa makanan dan air untuk berkelah di sini. Pada yang tidak sempat, bolehlah menjamu selera di kantin Rukiah yang menyediakan makanan Melayu (set makan tengahari adalah sekitar RM10 ).

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Pelajar > 13 Thn (RM)Pelajar <13 Thn (RM)
Tiket Masuk1.051.05Free
Yuran Masuk Kereta
Kepong Botanical Gardens2.10 sebuah kereta
Kampus Utama5.30 sebuah kereta
Alatan Lain
Kamera DSLR5.305.305.30

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit