Island Horses

Mahu naik kuda di tepi pantai? Atau ke dalam hutan? Jom terjah Island Horses Langkawi yang dekat dengan Cable Car Langkawi ini.

Di sini anda bukan saja dapat menunggang kuda di tepi pantai, tetapi juga boleh meredah hutan berdekatan dengan air terjun telaga tujuh bersama-sama dengan pelatih berpengalaman.

Jika anda sudah biasa menunggang kuda, anda boleh memlih pakej meredah hutan sehingga ke pantai Kok. Dengan pakej ini anda boleh menunggang sambil melihat kapal berlabuh di Telaga Harbor.

Jika anda tiada masalah berbelanja, ikuti pakej 2 jam jungle trail. Dengan kos sekitar RM 800++ , anda akan masuk ke dalam hutan dara di kaki gunung Mat Chincang. Bukan sahaja anda dapat merasa seronoknya menunggang kuda, tetapi juga akan melihat herba dan pokok-pokok ubatan yang ada di kawasan hutan ini.

Kuda Tun Mahathir

Di sini anda mungkin dapat menjenguk kuda Arab bernama Al-Bariq yang dipunyai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad.

Untuk pengetahuan anda, kuda Al-Bariq ini adalah hadiah pemimpin Arab kepada beliau. Dan kuda Arab adalah termasuk di antara haiwan termahal di dunia.

Kos Menunggang

 Masa (Minit)Harga (RM)
Fun Ride
1560
Tunggangan Tepi Pantai/ Hutan60240
Jungle Trail60440

Sessi Berkuda

Terdapat 2 sessi berkuda.
7pg – 11pg dan
4ptg – 6ptg

Peta Ke Sini

Loading
Center map
Traffic
Bicycling
Transit

Apa Lagi Yg Best Kat Langkawi?

Tempat menarik kat Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami